Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, December 12, 2009

3 penyakit yang Sering Berkumpul dengan Saudara Seagama

Dalam kitab "Al-Fawaid", berkata Ibnul Qayyum rahimahullah, " Berkumpul dengan ikhwan (saudara seagama) itu ada 2 bentuk":

pertama

Berkumpul sekadar mengisi waktu. Bahayanya lebih besar daripada manfaatnya. Hal ini boleh merosakkan hati dan mensia2kan waktu...

kedua

Berkumpul dalam rangka 'ta'awun' (tolong-menolong) dalam mencari sebab2 keselamatan, dan saling memberi nasihat dengan kebenaran dan kesabaran. Ini adalah kekayaan yang paling mahal dan paling bermanfaat.

akan tetapi di dalamnya ada 3 penyakit:

1. Munculnya sikap saling membangga diri.
2. Perbicaraan dan perkumpulan lebih dari keperluan.
3. Apabila hal tersebut menjadi kebiasaaan dan kesukaan, sehingga menghilangkan tujuan perkumpulan tersebut...

sumber : fitrah-hanan.blogspot.com

Friday, December 4, 2009

Selamat akhirnya...=)

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah mami n abah telah slamat sampai ke malaysia pada pukul 5.30 pg. td (4 disember 2009)..sepatutnya jika ikut jadual penerbangan awal, mereka dijangka sampai pada pukul 1.30 pg td....4 hours delayed...

kami bertolak dari rumah lebih kurg pada pukul 3.40 pg ke klia dan alhamdulillah kami telah slamat sampai di klia pada jam lebih kurang 5 pagi...setelah solat subuh, kami adik-beradik sudah tidak sabar2 lagi mahu berjumpa dan menatap wajah kesayangan bonda dan ayahanda kami yang amat kami rindui...hehe...

seorang demi seorang jemaah haji muncul dari pintu keluar balai ketibaan...mereka masing2 berpelukan bersama2 sanak saudara yg dtg menjemput mereka...sy pulak yang terasa sebak melihat mereka...tidak kusangka adik2ku juga mengalami perasaan yg sama...terharu...huhu

tidak lama kemudian, alhamdulillah kami ternampak kelibat kedua org tua kami dari kejauhan...kami terus bergegas ke arah mami n abah....air mata kegembiraan turun tanpa dipaksa...gembira sangat2 apabila akhirnya kedua ibu dan ayah kami kini berada di depan mata n telah selamat sampai ke tanah air n selamat mengerjakan ibadah haji....smoga mami n abah memperolehi haji yang mabrur....amin.....alhamdulillah mereka selamat sampai n sihat2 aja...hanya kepadaMu kusandarkan kesyukuran yang tidak terhingga Ya Allah....alhamdulillah wa syukran lillah...=)

Sekadar itu sahaja dahulu coretan mayaku yang sudah lama tidak tercoret ini....=p

wassalam...

p/s: teringin sangat nak g sana lagi...semoga Allah permudahkan urusan kita semua untuk sampai ke tanah suci Kota Mekah n Madinah...amin...

Sunday, November 22, 2009

"Pinjamkan daku pedangmu......"

Bismillahirrahmanirrahim.....

Setiap kali nak post baru, mesti sy akan mintak maaf sbb lama x update blog...=p tapi papepun, sy nak mintak maaf gak kat sahabat2 n kepada pengunjung2 blog sy yg sentiasa memberi support dan semangat kpd sy untuk terus istiqamah ber'blogging'...

Marilah sama2 kita menghayati kisah salah seorang tokoh pejuang Islam di zaman Rasulullah SAW iaitu Sayyidina Ali..

Sayyidina Ali r.a punya pedang yg begitu digeruni oleh musuh2nya...Pedang yg diberi nama 'Zulfaqar' itu sentiasa dibawa bersamanya adalam peperangan2 dgn kaum musyrikin. Dan setiap kali membawa pedang itu, Sayyidina Ali berjaya mengalahkan musuhnya.

Berita kehebatan pedang itu sampai kepada seorang lelaki. Dia juga seorang pejuang Islam. Tertarik dengannya, lelaki itu datang menemui Sayyidina Ali dan berkata, " Boleh tuan pinjamkan daku pedangmu yang hebat itu?"

Tanpa banyak bicara, Sayyidina Ali bersetuju meminjamkan pedangnya.

Lelaki itu sangat gembira. Apabila berlaku peperangan, dia pun pergi bersama pedang itu. Dia ingin merasai sendiri kehebatan pedang Sayyidina Ali itu.

"Bagaimana, kamu sudah merasai kehebatan pedang ini?" tanya Sayyidina Ali.

"Ah, biasa2 saja. Jika aku tahu begini, tak perlu akau pinjam pedang ini daripadamu. Mengapa pedang ini tidak sehebat yang dikhabarkan?"

"Kamu hanya meminjam pedang, tetapi tidak "meminjam" tangan yang memegang pedang itu," kata Sayyidina Ali.

Pengajaran : Kekuatan utama manusia bkn pada alat yang digunakan, tetapi pada dirinya sendiri..Teknologi yang canggih hanya akan membawa kebaikan jika manusia yang menggunakannya memiliki hati yang bersih dan fikiran yang bijak.. Di tangan orang yang dungu, teknologi secanggih manapun tidak akan dapat dimanfaatkan. Di tangan orang yang jahat, teknologi hanya akan membawa seribu atu kejahatan dan kehancuran.

Wallahu'alam...

Wednesday, November 11, 2009

Berehat dan tersenyum sebentar..(^_^)

Citer 1
Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri: Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri: Buku bank abanglah..

Citer 2

Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. Seorang budak pun membuka pintu
.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. Adik ada apa-apa untuk didermakan?
budak : Nanti jap. Saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????

Citer 3

Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada jalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan kawanya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu,

Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ????????


Citer 4

Seorang posmen yang datang menghantar surat ..

' Assalamualaikum '
' Walaikumsalam '
' Ni rumah encik Sameon ye?
' Ya saya'
' Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni '
' Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?'



Citer 5

Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.

Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk.... .... Benci .........

Citer 6

3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti.
Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!



Citer 7

Orang Asli Dan Polis

orang asli : selamat pagi tuan
polis : selamat pagi
polis : apa hal
orang asli : saya nak buat repot tuan!
polis : fasal apa tu?
orang asli : kawan saya di baham harimau
polis : pukul berapa
orang asli : dia tak pukul, terkam
polis : habis?
orang asli : tak habis, tinggal kepala

kisah 8

Seorang lelaki pergi ke klinik mata
. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: ' Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang l ain ?' 'Dah tentu, ' jawab doktor. 'Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca,' kata lelaki itu dengan riang.

kisah 9

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.

Shan : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...

kisah 10

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat ..
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.
'Atok buat apa tu?'.
'Atok bagi surat kat kawan atok,cu!' jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, 'Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu ?'

kisah 11

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.

Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...

*sekadar untuk bersantai dan merehatkan minda...=) take care...

wassalam

Sunday, November 8, 2009

DIpERcAyAi LeBiH UTaMa DaRiPaDa DiCinTAi

Bismillahirrahmanirrahim...

salam 'alaik..

Lama sungguh sy x m'update blog...maaflah kepada sahabat2 yg berkunjung ke blog sy kerana sejak mengambil alih sementara tahta "PAMA" ni, sy xberkesempatan untuk mengupdate blog...byk tugasan yg perlu sy utamakan...dr seawal pg hinggalah malam ada task yg perlu sy settlekan...sekali sekala je dapat berehat...(waktu malamla kalau xkeluar cari brg kantin)...

kali ni pun sy xtahu nak tulis pe...cume nak share pengalaman sikit n berkongsi artikel yg dibaca pg td yg ditulis oleh Pahrol Juoi....

Macam2 perkara yg berlaku pg td...sy hampir2 accident...mgkin kurang rehat kot pd hujung minggu...papepun, alhamdulillah Allah selamatkan sy dari ditimpa musibah itu...alhamdulillah wa syukran lillah....syukurku tidak terhingga hanya padaMu Allah...kalau mami n abah tahu, mesti diorg risau...takkan kuceritakan pada mereka...biarlah kedua org tuaku dapat beribadah dgn aman di tanah suci....=)

ni sebahagian artikel yg ingin dikongsikan...di kala ini, hanya ini yg mampu untuk kukongsikan...utk menulis sendiri mungkin bahasaku tidak seindah mana...=p namun sy sependapat dgnnya...jd sy kongsikan bersama.mudah2an ada manfaatnya bg sesiapa yg masih belum terbace..

Oleh : Pahrol Juoi

Mudah-mudahan Allah izinkan kita semua memainkan peranan untuk Islam walau di mana, di bidang apa dan sebagai apa jua pun peranan kita dalam masyarakat. Kecil sekalipun jika ikhlas pasti berbekas. Insya-Allah.


Kita perlu akui bahawa semakin sukar mencari pemimpin yang boleh dipercayai. Padahal kalau ditanyakan apakah syarat utama untuk menjadi seorang pemimpin? Jawabnya ialah kepercayaan. Itulah yang cabarannya. Terlalu sukar untuk mempercayai seseorang pada masakini. Di Amerika, dengan nada sindiran ada yang mengungkapkan:


“We thought we could trust the military,
but then came Vietnam;
We thought we could trust the politicans,
But then came Watergate;
We thought we could trust the engineers,
But then came the Challenger disaster.
.


Tanpa kepercayaan, kita hilang segala-galanya. Kepercayaan adalah faktor paling utama yang menentukan kejayaan dalam satu-satu perhubungan, samada yang berbentuk personal mahupun profesional. Bila ada kepercayaan, prasangka, cemburu, marah, hasad dengki dan lain-lain sifat mazmumah yang boleh menggugat perhubungan akan dapat diatasi.


Bagaimana membina kepercayaan? Jawabnya, cakap dan sikap kita mesti selari. Itulah integriti – sifat amanah, jujur dan tulus yang dipraktikkan dalam apa jua keadaan dan masa. Itulah asas untuk orang mempercayai kita atau sebaliknya. Pengikut mesti percayakan pemimpinnya. Bila orang mempercayai kita, pengaruh kita akan meningkat. Bila pengaruh kita meningkat, kita akan berjaya dalam memimpin.


Ingat, kepimpinan adalah pengaruh. Inilah rahsia kejayaan kepimpinan Rasulullah s.a.w. Keunggulan kepimpinannya diawali oleh kepercayaan masyarakatnya sehingga bagainda digelar Al Amin sebelum kerasulannya dan diperkukuhkan lagi dengan sifat siddiq (benar) dan amanah selepas itu.


Kata bijak-pandai, dipercayai lebih utama daripada dicintai. Kita selalunya merasa bertuah apabila dicintai – samada oleh isteri, ibu-bapa atau sahabat-sahabat. Tetapi percayalah, jika kurang dipercayai, lama kelamaan cinta orang kepada kita akan terhakis. Lihatlah betapa banyaknya perhubungan yang terputus antara ibu-bapa dengan anak, suami dengan isteri, pemimpin dengan pengikut, justeru hilangnya kepercayaan.


Bila hilang kepercayaan, rasa cinta, hormat, kasih dan taat akan musnah. Sampai bilapun manusia lebih mempercayai mata berbanding telinganya. Maksudnya, apa yang dilihat (perbuatan) lebih berkesan untuk meraih kepercayaan berbanding apa yang didengar (percakapan) – action speaks louder than words.


Jadi apabila kita merasakan orang bawahan (subordinate) kita samada isteri, anak, pekerja mahupun pengikut, semakin sukar memberi ketaatan, kerjasama dan kesetiaan itu adalah petanda kita sudah hilang pengaruh. Hilang pengaruh, kerana hilangnya kepercayaan dan hilangnya kepercayaan bila tidak ada integriti.


Tegasnya, kita tidak boleh memimpin hanya berbekalkan cinta, apatah lagi harta atau kuasa… kepercayaan lebih utama!


wallahua'lam

Sunday, October 18, 2009

Alhamdulillah wa syukran lillah...=)

Bismillahirrahmanirrahim

Harini 18 Oktober 2009 bersamaan dengan 29 Syawal 1430H merupakan salah satu hari yang amat bermakna dalam hidup sy....Alhamdulillah Allah satukan semula kami yang telah sekian agak lama terpisah....Semoga Engkau tautkan kembali hati2 kami dan semoga Kau eratkanlah ikatan hati2 kami ini mencari keredhaanMU sehingga ke akhir hayat dunia akhirat...amin....Kau selamatkanlah kami sekeluarga dari fitnah dunia akhir zaman, fitnah kubur, fitnah dajjal dan Kau selamatkanlah daku dan ahli keluargaku dari azab seksa api neraka....amin

Semoga segala ujian selama ini telah menemui jalan penyelesaian yang terbaik dan kami tahu pasti ada hikmah di setiap ujian yang melanda umat2Nya...itu tandanya Allah mahu menguji iman kita n tanda sayangNya kepada kita...insyaAllah...

Semoga Allah permudahkan segala urusan kami sekeluarga...amin....

Setiap dari kita ada peranan dan tanggungjawab masing2...seronok sangat hari ini apabila semua ada berkumpul bersama....terasa sume kerja dan beban menjadi ringan dengan kehadiran kami 4 adik beradik...=) Semoga bermula dari hari ini, kami akan menjadi lebih baik dari hari2 yang sebelumnya...Jadikanlah daku dan adik-adikku anak yang soleh dan solehah....amin....insyaAllah....Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita...
Allah uji setiap dari kalangan hamba2Nya mengikut kemampuan masing2...Redhalah dengan segala ujian yg diberikan dan hadapilah ia dengan penuh kesabaran...insyaAllah kita akan dapat merasai kemanisan ujian tersebut bila mana kita sentiasa berdoa dan bergantung harap denganNya kerana sebab itulah ujian itu diturunkan buat kita supaya kita lebih dekat dengan DIA...

In conclusion, I love my family very much...=)

p/s: Mungkin korang xbrape faham sangat post sy kali ini..=p Hanya yang mengalaminya saja yang mengerti...hehe...

Saturday, October 17, 2009

Rabbi Yassir Wala Tua'ssir Ya Kareem....Ameen...=)

Bismillahirrahmanirrahim....

Saat saya menulis post kali ini tinggal 3 hari sahaja lg ibu dan ayahku akan berangkat ke tanah suci...Macam2 perasaan yang terlintas di hati...Sayu, tenang, bangga (sbb ibu dan ayah berpeluang menjadi tetamu Allah dan dapat fokus beribadah di tempat yang dimuliakan Allah, amin), rasa berat untuk memikul amanah yang harus dipikul sepanjang tempoh pemergian ibu n ayahku ke tanah suci dan macam2 lagi....mungkin mase nilah Allah nak lebih mentarbiyahkan saya menjadi seorang anak yg lebih berdikari, bertindak secara lebih matang, menjadi kakak mithali =p, melayan kerenah adik2 yg pelbagai (setiap org lain2 ragam) huhu, pengurus kantin yang ber'kaki lebar' =p, pekerja dk yang komited (yeke? haha) n mungkin berlatih menguruskan hal ehwal rumah tangga (belajar jd surirumah..bagus2.. hehe =p)....byk tu tanggungjawab yg perlu dilaksanakan....

Hanya padaMu kuberserah Ya Allah...Rabbi yassir wala tu'assir ya kareem....Engkau permudahkanlah segala urusan kami dan semoga segalanya berjalan dengan lancar dan Kau lindungilah keselamatan kami Ya Allah...Amin...

Pesanan untuk diri :

1. Tabahkan hati melalui ujian hidup ini...."Life is a learning process"...caiyok2..=p
2. Redhakan pemergian ibu n ayah untuk mengerjakan ibadah haji....menunaikan fardu haji perlu diiringi dengan pengorbanan...tuntutan yang cukup besar...
3. Jaga adik2 baik2...Bersabar melayan kerenah diorang...huhu....Azwan nak pekse xlame lg n baru2 ni Allah uji die tym nak dkt pekse n ujian untuk ibu dan ayah sebelum bertolak ke tanah suci...Ayu pun nak final exam xlame lg...Erin, jom kita sama2 bekerja keras jg adik2 kita k...jgn nakal2 tau...hehe..Berikanlah daku kekuatan Ya Allah..amin...
4. Checklist brg2 keperluan kantin n bil2 yg perlu disettlekan...
5. Tingkatkan amalan2 n perbaiki diri dari semasa ke semasa...
6. Perbanyakkan berdoa semoga ibu dan ayah selamat pergi dan pulang dan memperolehi haji yang mabrur...amin...

p/s: ade pape pesanan lain??? =p

Tuesday, October 13, 2009

Udara atau Ilmu???

Bismillahirrahmanirrahim

Sedikit perkongsian daripada majalah solusi yang baru dibeli smalam....hehe...

Seorang lelaki muda pergi menemui seorang ahli hikmah.. " Tuan, ajarkan sy ilmu hikmah," pintanya..

"Kau benar2 inginkannya?" tanya ahli hikmah.
"Ya tuan."
"Kamu sedia diuji?"
"Sedia," jawabnya tanpa ragu.
"Baiklah bawa setempayan air ke hadapanku," pinta ahli hikmah.

Setempayan air segera dihadapkan di hadapan ahli hikmah oleh lelaki muda itu.

"Mari ke sini. Jengukkan kepalamu ke muka tempayan ini."

Lelaki muda itupun merapatkan kepalanya ke mulut tempayan. Tiba2 ahli hikmah itu menekan dan menenggelamkan kepala lelaki itu ke dalam air.

Dia meronta2 kelemasan.. Apabila nampak tidak berdaya, barulah kepalanya dilepaskan. Sebaik menghirup udara, ahli hikmah terus bertanya, "Apa yang kamu inginkan?"

"Saya inginkan ilmu."

Mendengar jawapan itu, sekali lagi kepala lelaki itu dibenamkan ke dalam air. Sekali lagi lelaki muda itu kelemasan. kali ini lebih teruk dari sebelumnya. setelah hampir lemas, baru dilepaskan lantas soalan yang sama diajukan.

"Apa yang kamu inginkan?"
"Saya inginkan ilmu!" jawab lelaki muda itu. kali ini dengan keadaan lebih tidak berdaya.

Mendengar jawapan yang sama, ahli hikmah itu membenamkan sekali lagi kepala lelaki itu ke dalam tempayan. Kali ini lebih lama. Lelaki itu meronta2. Kali ini jauh lebih hebat dan dahsyat dirasakannya..Setelah hampir nyawa2 ikan, barulah kepalanya dilepaskan.

"Apa yang kamu inginkan?"
Udara, udara, udara!!!" katanya hampir kehilanagn suara.

"Sekarang kamu sudah bersedia untuk belajar hikmah daripadaku. Jika kamu inginkan hikmah seperti kamu inginkan udara, barulah kamu layak mendapatnya.."

Pengajaran :

Keghairahan yang tinggi terhadap ilmu akan menjadikan seseorang itu ghairah untuk belajar. Tuntutlah ilmu...Carilah mutiara2 ilmu walau di mana jua kita berada...
"Life is a kearning process"....wallahua'lam...(^_^)

Wednesday, September 30, 2009

La Tahzan

Jika kau bersedih sahabatku,

pandanglah ke langit kerana kau akan sedar bahawa Allah sentiasa bersamamu,

mengiringi setiap langkahmu, menyusuli setiap doamu..

Jika mereka sibuk mencari cinta, biarlah kita sibuk mencari iman.

Jika mereka sibuk mencari pasangan, biarlah kita sibuk mencari keredhaan.

Jika mereka menangis kerana kecewa bercinta, biarlah kita menangis kerana mengenang

dosa-dosa lama.

Jika mereka cintakan kemanusiaan, biarlah kita penuh cinta pada Tuhan.

Jika mereka mendambakan kehidupan duniawi, kita dambakanlah kehidupan ukhrawi.

Dalam kita melangkah,terkadang diuji dgn ujian yg terasa berat hingga kita terduduk dan

menangis. Peritnya terasa. Tp ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri kerana mungkin

air mata tika itu hadir kerana Dia mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak

lantaran ada langkah2 yang tersasar dari keikhlasan..



* Sekadar untuk muhasabah diri dan menenangkan hati yang ketika ini mungkin sedang
diuji...(",)

Monday, September 21, 2009

Salam Aidilfitri...(^_^)


Bismillahirrahmanirrahim

Di kesempatan bulan syawal yang mulia ini, masih xterlambat lagi rasanya untuk sy mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada sahabat2 yg mengenali diri ini dan kepada sesiapa sahaja yg mengunjungi blog sy..Selamat hari raya aidilfitri...Maaf zahir dan batin...Mohon maaf atas segala kekhilafan diri. Semoga ibadah kita di bulan ramadhan yang lalu diterima dan Allah sampaikan kita pada ramadhan akan datang...insyaAllah..amin...

Pemergian Ramadhan ditangisi,
Bulan penuh berkat lagi dirahmati,
Semoga Ramadhan jumpa lagi,
Kerana usia di tangan Ilahi.....

Datangnya Syawal tanda kemenangan,
Sebulan berpuasa menahan cubaan,
Sambutan raya dengan kemaafan,
Moga bergembira di hari lebaran....


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Wednesday, September 16, 2009

Tasyji'

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum,

untuk post kali ini, sy petik2 kata2 semangat daripada salah seorang sahabat..

semoga kata2 hikmah ini dapat memberi motivasi kepada kita semua untuk terus

istiqamah dalam memperjuangkan agama Islam yang tercinta....

takbir!!

ALLAHUAKBAR!!!

" In ISLAM,

*there is no word for hands up,
*there is no word for surrender,
-there are only 2 things:
  1. WIN as MUJAHID, or;
  2. DIE as a SYAHID

"....sabiluna2 JIHAD, 'amaluna2 SYAHID..."


berusahalah. ...Takbir. . Allahuakbar! !




Sekadar Renungan Sahabat2 dan sahabiah2:

Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan,

Yakin pada Allah bukanlah keindahan nikmat,

Yakin pada Allah adalah meletakkan keREDHAan pada keTENTUan-Nya,


Rasa bahagia dgn UJIAN walaupun perit,

Di situ air mata yang tertitis terasa bernilai buat menyiram api neraka,

Indahnya TARBIYAH ALLAH, tersirat rahmat & hikmah,

Di uji kita sebagai tanda sayang NYA, insya Allah.

wassalam


Sunday, September 13, 2009

9 Sebab-sebab Hati Tidak Bahagia

Antara mazmumah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2 . Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq,
pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia

5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak...tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh. .)

7. Ego - ibu segala mazmumah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah. .. Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa
mati.

Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya tetapi ialah SIFAT MAZMUMAH.

Makin tinggi mazmumah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kitA sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklah padahnya.

Wallahualam

Saturday, September 12, 2009

Pesan Roh kepada Manusia

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia.

Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut".

Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh". Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh".

Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".

Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan:
"Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika inisebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah ku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".

Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah.

Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah S.A.W berkata:

Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan
saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:

"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S.

"Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:

"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu.

Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki.

Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majli! s ilmu." Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "

Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu.

" Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarl! ah roh tersebut dari arah m ulut dengan tenang. Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad.

Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak
mereka.
5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di
langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta
jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat
tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.
Sila panjangkan kisah ini kepada semua saudara islam kita. Wallahua'lam...

Thursday, September 10, 2009

Ujian.....

Bismillahirrahmanirrahim

Ntah kenapalah hari ni ada saje yg xkena berlaku...banyak gak ujian untukku pada hari ni...td kat kilang 2 kali sy terlanggar sesuatu tanpa disedari padahal benda tu besar gakla tp ntah camane ntah boleh xprasan...nasib baik xcedera parah...huhu...(kiffarah dosa kot...huhu)...terharu sangat ramai gak yg concern kat sy...sampai siap buat sesuatu bg mengelakkan kejadian yg sama berulang...terharu lagi tp kelakar gak...huhu...time kasih bg sesiapa yg terlibat..

Harini gak sy diuji berhadapan dengan situasi yg agak mencabar....xtahu nak cerita camane tp yg pasti sy sangat sedih...huhu....

Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada hambaMu ini dalam menghadapi mehnah dan tribulasi untuk terus istiqamah di jalanMu ya Allah....tetapkanlah iman kami....semoga kau bukakanlah pintu hati mereka agar dapat melihat siapa yg benar dalam memperjuangkan agamaMu ya Allah....jauhkanlah para pejuang agamaMU serta para daie daripada difitnah.....Selamatkanlah diri kami, ahli keluarga kami dan masyarakat di sekeliling kami dari fitnah dunia akhir zaman dan matikanlah kami dalam keadaan beriman kepadaMu...sesungguhnya hati2 kami ini berada dalam genggamanMu ya Allah...semoga hati2 kami, hati2 ahli keluarga kami dan hati2 orang2 yg terdekat dengan kami terpilih untuk mendapat taufik serta hidayah dariMu....ameen...

Teringat kata2 semangat dari seorang sahabat akrab sy Siti, "Alya mesti kuat..sy pun mesti kuat...pejuang agama Allah xboleh lemah....kesedihan adalah untuk MENCARI KEKUATAN....KEKUATAN itu ada padaNYA...SABARLAH dan PERKUATKAN KESABARAN....sesungguhnya Allah bersama org2 yg sabar...

thanx siti...sahabat dunia akhiratku...insyaAllah....miss u a lots.....(",)

Friday, September 4, 2009

Iftar Jamai'e

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah smalam sy dapat bersama2 dengan sahabat2 misdec berbuka puasa bersama2 di restoran Tomyam Klasik...itupun setelah puas sy pujuk ayah sy..hehehe...kalau x, jgn harap dpt pegi..huhu..terima kasih abah..=)

Seronok sgt makan berbuka smalam..meriah..hehe...macam2 ada...kami solat maghrib di situ dan selepas mkn, kami terus ke Masjid Al-A'lami MITC untuk menunaikan solat isya' dan terawih berjemaah...

Dah lama xberbuka puasa dan berterawih dengan sahabat2..Alhamdulillah dalam training ni, sy dipertemukan dengan sahabat2...terasa sumenya indah dan manis apabila berukhuwwah kerana Allah..Rasa terharu sgt sbb walau di mana jua sy ditempatkan, pasti Allah akan menemukan sy dengan sahabat2...Sesungguhnya Allah itu lebih Maha Mengetahui...Tuhan lebih mengetahui yg terbaik untuk setiap hambaNya...kalau xberjumpa dengan sahabat, mungkin sy akan lalai dan lemah untuk meneruskan langkah menongkah arus dunia akhir zaman yg kini makin hebat dugaan dan cabarannya...alhamdulillah wa syukran lillah ya Allah....

Selepas solat terawih, sy tumpang bermalam di rumah sahabat utem (xblk umah sbb jauh n xnak susahkan sape2)...alhamdulillah bertambah lagi kenalan sahabat2 sy....papepun, berukhuwwahlah kerana Allah...Salah satu cara untuk merasai halawatul iman adalah dengan bersahabat kerana Allah...Bertemu dan berpisah hanyalah kerana Allah...hargailah sahabat2 yg kita ada kerana untuk mencari seorang sahabat yg benar2 sanggup bersama2 ketika susah dan senang amatlah sukar untuk kita temui kini...dan ingatlah sesungguhnya selemah2 ukhuwwah adalah berlapang dadalah dengan sahabat2...

“Sesungguhnya di kalangan hamba-hamba Allah itu ada satu golongan,mereka

bukan dari golongan para nabi ataupun syuhada’,tetapi para nabi dan syuhada’

mencemburui mereka,tempat mereka di sisi Allah s.w.t. Kata para

sahabat, khabarkan kepada kami siapa mereka? Rasulullah S.A.W

bersabda:”Mereka adalah satu kaum yang saling cinta-mencintai kerana Allah,

bukan ada hubungan saudara-mara di kalangan mereka dan juga bukan kerana

kepentingan. Demi Allah,di wajah mereka ada cahaya dan mereka di atas cahaya.

Ketika manusia takut,mereka tidak takut. Ketika manusia bersedih, mereka tidak

bersedih.Dan mereka berkata,sesungguhnya wali-wali Allah tidak takut dan tidak

sedih.”♥


Dan Dia (Allah) yang mempersatukan hati mereka(orang yang

beriman).Walaupun kamu

menginfakkan semua(kekayaan) yang berada di bumi,nescaya kamu tidak dapat

mempersatukan hati mereka,tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka.

Sungguh Dia

Mahaperkasa, Mahabijaksana.”(surah Al-anfal, 8:63).....


Terima kasih sahabat...dan xlupa jugak nak ucap terima kasih pada en zain sbb blanje kami makan berbuka puasa...Semoga Allah merahmati dan murahkan rezeki en zain sekeluarga...amin...


p/s: insyaAllah nanti bila dah ada gambar sy akan attachkan di blog...(^_^)

Thursday, September 3, 2009

Senarai Semakan di Bulan Ramadhan


Just to share this checklist i received from my friend with you:-

AMALAN DI BULAN RAMADHAN


1. Mengucapkan tahniah (Selamat datang Ramadhan atau Selamat menyambut Ramadhan.

2. Niat sebulan bagi malam yang pertama dan selanjutnya niat untuk hari-hari.

3. Sembahyang Isyak berjamaah di masjid/surau.

4. Solat Tarawikh.

5. Tadarus membaca bersemak dan berturut-turut juzuk.

6. Tidur malam membaca 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dikejutkan bangun tepat jam
4.00 pagi insyaAllah.

7. Bangun jam 4.00 pagi dan setengah jam untuk Qiamullail ringan (Solat Tahajud, Solat Taubat
dan Solat Hajat)

8. Jam 4.30 pagi kaum ibu masak sahur.

9. Jam 5.00 pagi/5.15 pagi makan sahur.

10.Jangan tidur sesudah sahur.

11.Solat Subuh berjemaah di Masjid.

12.Tadarus pendek.

13.Matahari tinggi segalah, lakukan solat Isyraq.

14.Menjalankan kerja harian dan menjaga pancaindera.

15.Jam 11.00 pagi tunaikan Solat Dhuha.

16.Jam 12.00 tengahari tidur, niat tidur waktu Qailulah (ganti jaga satu jam diwaktu sahur)

17.Solat Zuhur berjemaah.

18.Tadarus pendek.

19.Sebelah petang kaum ibu menyediakan berbuka petang.

20.Solat Asar berjemaah di Masjid.

21.Jika masa petang jangan gunakan untuk bersiar-siar atau menonton TV yang melibatkan
kemaksiatan. Sebaik-baiknya digunakan untuk mengikuti majlis-majlis ilmu atau berdoa
kerana waktu itu amat mustajab.

22. Berbuka dengan ala kadar iaitu minuman yang belum dipanas oleh api atau dengan buah
kurma atau buah tempatan.

23.Segera Solat Maghrib di Masjid.

24.Makan malam bersama keluarga.

25.Bersiap sedia untuk ke masjid menunaikan Solat Isyak dan Tarawikh secara berjemaah.

KELEBIHAN-KELEBIHAN YANG LAIN


1. Menghadiri majlis ilmu setiap langkah di beri pahala ibadah sunah setahun.

2. Mengekali berjemaah diberi balasan dengan disediakan sebuah bandar khas di Syurga.

3. Membuat hubungan baik kepda kedua ibu bapa, Allah pandang dengan penuh kasih sayang.

4. Isteri taat kepada suami diberi pahala seperti pahala Asiah dan Mariam.

5. Sesiapa yang menyampaikan hajat saudaranya disampaikan 1000 hajatnya di akhirat.


Mengurangkan berat badan di dalam menjalani ibadah Ramadhan


1.
Sebelum puasa timbang badan

2. Kawal berbuka puasa

3. Pastikan semakin lama menunaikan ibadah puasa akan semakin kurang berat badan

4. Elakan daripada makan berlebihan

RANCANG PENINGKATAN IBADAH RAMADHAN


1. Sepuluh hari yang pertama adakan muhasabah amalan.

2. Sepuluh hari yang kedua, pastikan keimanan bertambah kuat dan selaraskan dengan
sempena Nuzul Quran.

3. Sepuluh hari yang ketiga kuatkan azam untuk beramal di malam Al Qadr :

i. Dengan melakukan Solat Maghrib,Isyak dan Tarawikh berjemaah.

ii. Atau ditambah dengan Solat Subuh berjemaah

iii. Duduk dengan air sembahyang dan baca Al-Quran, Ayat Kursi, Surah Al Baqarah terakhir
(Amanarrasul) , Surah Az-Zalzalah, Suraah Al Kafirun, Surah al Ikhlas dan Surah Yasin.

iv. Bagi kaum ibu yang uzur, baca zikir.

v. Bangun qiamullail tunaikan Solat Tahajud, Solat Taubat, Solat Hajat, Solat Tasbih, Solat Istikarah.

vi. Jika sedang beramal, badan terasa sejuk dan terharu maka inilah tanda-tanda mendapat Lailatul Qadar.

SELAMAT TINGGAL RAMADHAN


i. Pastikan Tarawikh terakhir

ii. Ucapkan Selamat Tinggal Ramadhan dengan penuh terharu dan berdoa semoga
dipertemukan sekali lagi dengan Ramadhan yang akan datang.


Selamat beramal...Wallahua'lam...Wassalam....(^_^)

Wednesday, September 2, 2009

Salam Takziah....

Bismillahirrahmanirrahim....

Semalam seharian sy tidak menjumpai handset sy....Alhamdulillah harini dengan izin Allah sy jumpa semula handset sy...Ada 8 mesej dan 5 missed call yang tertera di skrin handset tu...Dalam byk2 mesej, ada satu mesej mengenai berita yg menyedihkan smalam...Ayah kepada salah seorang junior sy telah kembali ke rahmatullah...Tp sy tahu pun sbb ada seorg sahabat mesej kat nombor sy yg satu lg ptg td....Terkejut dibuatnya kerana ini adalah ujian kedua yg besar buat adik mariyam pada tahun ini kerana baru sahaja awal tahun ni adik mariyam telah kehilangan bondanya yg tercinta dan smalam ayahandanya pula telah pergi buat selama2nya..Innalillahiwainnailaihiroji'un...

Papepun, takziah diucapkan kepada mariyam hoziri..Semoga roh ayahanda dan bonda mariyam ditempatkan di kalangan org2 yg soleh...amin....Dan semoga mariyam tabah menghadapi ujian ini.. apabila mati anak adam maka terputus segalanya melainkan 3 perkara salah satunya doa anak yang soleh... semoga adik mariyam sentiasa mendoakan kesejahteraan roh ayahanda dan bonda beliau.. amin.


Buat kita yg masih mempunyai ibu bapa yg tersayang, hargailah mereka dan berbaktilah kepada mereka sementara kita masih mempunyai peluang itu...Ingatlah jasa dan pengorbanan mereka membesarkan dan mendidik kita sehingga kita berada pada tahap ini...


بروا اباءكم يُبِرُّكُمْ أَبْنَاؤُكُمْ وعفوا تعف نساءك

"Berbuat baiklah dan belas kasihan kamu kepada ibu bapa kamu, nescaya kamu akan dibuat baik dan dikasih sayang oleh anak-anak kamu."


Wassalam...

p/s: Marilah sama2 kita sedekahkan al-fatihah buat arwah ayahanda dan bonda adik mariyam...Al-Fatihah......

Sunday, August 30, 2009

Perkongsian rohani...(^_^)

Bismillahirrahmanirrahim

Ketika sedang membelek2 buku, sy terjumpa sedikit nota ringkas yang mungkin boleh sy kongsikan bersama sahabat2 sekalian...Ni adalah antara point2 yang sy dapat semasa menghadiri usrah bersama abi...

  • Jadikanlah dirimu orang yang berilmu, orang yang mendengar ilmu, orang yang kasihkan ilmu, orang yang belajar.....

  • Orang yang mendapat hidayah adalah orang yang sangat beruntung...

  • Menuntut ilmu kena ada usaha, mengamalkannya pada diri kita dan kadangkala kita kena paksa diri kita...

  • Nafsu menyebabkan kita susah untuk tingkatkan diri, amal solat sunat, semua terasa berat pabila diri dikuasai nafsu.

Apakah makanan nafsu??

Makanan nafsu adalah tidur..Untuk tundukkan nafsu, kita kena paksa diri/nafsu untuk beramal walaupun payah..Paksa diri melawan nafsu namanya mujahadunnafs atau tarbiyah..Tidak sempurna iman selagi nafsu tidak tunduk kepada perintah Allah..Tarbiyah bermula daripada qiamullail...Sebab ape...sebab bukan mudah untuk kita bangun melawan nafsu tidur kita pada tengah malam ketika manusia lain sedang nyenyak tidur...Bangunlah!!! Tunaikanlah solat tahajjud jika tersedar...(peringatan untuk sy sama)..Sebenarnya kalau kita tersedar dalam area kul 3 n above tu bkn kita saje2 tersedar...tp malaikat yg kejutkan kita untuk bgn qiam..cuma kita je xtahu..abi ada pesan jgn biarkan bgn terkejut tu berlalu begitu sahaja..kalau xdapat bgn tahajjud pun at least beristighfar n berdoa...huhuhu...takut2 nanti kalau kita xbgn qiam, malaikat dah xsudi nak kejutkan kita pd malam seterusnya...rugilah kitakan..huhu...lainlah kalau kita mmg dah biasa bgn malam...betapa sygnya Allah pada hamba2NYA...dikejutkannya kita pada sepertiga malam untuk kita berdating dengannya...tp kita yg selalu xsudi...huhu..(Ampunkan kami Ya Allah).....

Camane nak didik nafsu???

  • yang pertama.....dengan ilmu

  • yang kedua.....dengan perbanyakkan berpuasa...

  • ketiga....Banyakkan ibadah

Tanda orang yang bertambah ilmu ialah amalannya juga bertambah....

Jangan menghadiri majlis ilmu melainkan dapat menghilangkan ;

1. Syak kepada yakin..
2. Riak kepada ikhlas..
3. Permusuhan kepada nasihat..
4. Dunia kepada akhirat..

Rumusannya, sama2lah kita muhasabah semula diri kita di tahap manakah iman kita...semoga madrasah ramadhan yang menjelma ini menjadi medan untuk kita pertingkatkan amal ibadah dan iman kita...belum pasti lagi samada kita akan berjumpa ramadhan seterusnya...anggaplah ini ramadhan terakhir buat kita untuk kita topup amalan kita...Untuk peringatan bersama...wassalam (",)

Ramadhan kareem...=)

Resepi untuk Menjadi Orang Yang Didoakan oleh Malaikat

Bismillahirrahmanirrahim...

post kali ini sekali lagi sekadar mahu berkongsi dengan para sahabat mengenai resepi untuk menjadi orang2 yg didoakan oleh malaikat...

Oleh : Syaikh Dr. Fadhl Ilahi

Allah SWT berfirman, "Sebenarnya (malaikat - malaikat itu) adalah hamba - hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah - perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang dihadapan mereka dan yang dibelakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa’at melainkan kepada orang - orang yang diridhai Allah, dan mereka selalu berhati - hati karena takut kepada-Nya" (QS Al Anbiyaa’ 26-28)


Inilah orang - orang yang didoakan oleh para malaikat :
  • Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa ‘Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan karena tidur dalam keadaan suci’" (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/37)
· ·
  • Orang yang duduk menunggu shalat. Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah salah seorang diantara kalian yang duduk menunggu shalat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia’" (Shahih Muslim no. 469)
· ·
  • Orang - orang yang berada di shaf bagian depan di dalam shalat. Imam Abu Dawud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra’ bin ‘Azib ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat kepada (orang - orang) yang berada pada shaf - shaf terdepan" (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud I/13
Nak malaikat doakan kita, jom kita berusaha ke arah itu...insyaAllah mudah je kan...selamat mencuba!! ;p

Monday, August 24, 2009

Sahur Memelihara Kesihatan Walaupun Seteguk Air...

Bismillahirrahmanirrahim...

Ramadhan kareem..Sunguh pantas masa berlalu...Kini ramadhan telah datang menyapa kita kembali...Bulan yg dinanti2kan oleh org2 yg ingin memperbaiki amal ibadah dan merebut menambahkan ganjaran pahala..Marilah kita bersama2 mengambil peluang di bulan yg mulia ini untuk merebut ganjaran pahala yg besar yg telah disediakan Allah kepada hamba2NYA...Sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...Bulan ramadhan adalah bulan tarbiyah untuk kita semua...

Ingin sy kongsi bersama para sahabat sekalian mengenai artikel yg dibaca mengenai SAHUR..mungkin sahabat2 pernah terbaca tp sy saje ingin mengingatkan kembali...Sabda nabi, "Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat"...=)

Rasulullah saw bersabda yg bermaksud, "Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat."(Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tarmizi, Nasai dan Ibnu Majah).

Melalui hadis ini amalan sahur dikaitkan dgn keberkatan dan keberkatan membawa makna rahmat, kebaikan serta restu Ilahi. Amalan bersahur ini membezakan puasa org Islam dgn puasa Yahudi dan Nasrani (ahli kitab). Dalam hadis nabi lagi ada menyebut, "Makanlah sahur sekalipun dgn seteguk air"(Hadis riwayat Ibnu Hibban).

Hadis ini menunjukkan kepentingan sahur kpd org yg berpuasa walaupun makan atau minum dengan sedikit sahaja sekalipun hanya seteguk air. Dalam hadis lain menyatakan kelebihan org yg bersahur seperti sabda rasulullah saw yg bermaksud, "Sesungguhnya Allah dan malaikatnya mengucapkan selawat(berdoa dan memohon drpda Allah akan keredhaan dan keampunan Allah) ke atas org yg bersahur"(Hadis riwayat At-Tabani)

Menurut kajian dari Pusat Perubatan Harvard, mendapati mereka yang tidak bersarapan pagi berisiko menjadi gemuk, sakit jantung dan menghidap penyakit kencing manis..Kajian yg sama juga menunjukkan, mereka yg bersarapan pagi menanggung risiko 50 peratus lebih rendah diserang masalah kesihatan berkaitan lebihan kadar gula dalam darah berbanding yg jarang bersarapan pagi. Hal ini menjadi lebih penting kepada kanak2 yg berpuasa kerana jika mereka meninggalkan sarapan pagi memberi kesan yg lebih negatif kerana tubuh mereka yg kecil.

Justeru, secara umumnya, mereka yg berpuasa tanpa mengabaikan sahur tidak mendapat kemudaratan drpda puasa mereka malah ia adalah merupakan ibadah kerana ianya adalah sunnah.

Allah berfirman bermaksud, "Katakanlah, mahukah aku khabarkan kepadamu apa yg lebih baik dari yg demikian itu? Bagi mereka yg bertaqwa ada syurga di sisi Tuhan mereka yg mengalir di bawahnya sungai2. Mereka kekal di dalamnya. Mereka juga dikurniakan isteri2 yg suci serta mendapat keredhaan Allah. Dan Allah Maha Melihat akan hamba2NYA. Iaitu org yg berdoa, Ya tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah dosa kami dan peliharalah kami drpda seksa neraka. (Merekalah) org yg sabar, yg benar, yg taat, yg menafkahkan hartanya di jalan Allah dan yg memohon ampun pada waktu sahur." (Surah Ali Imran ayat 15-17)

Sumber: Oleh Dr Danial Zainal Abidin



Friday, August 7, 2009

Kenangan bersama Nisa' especially Nisa' kawasan Gelang Patah..

Buat julung kalinya Nisa' telah menganjurkan Nisa' Indoor Games ataupun permainan rakyat melayu yang dikelolakan oleh Nisa' Malaysia. Bertempat di Dewan Jubli perak, Bangunan Sultan Sultan Abdul Aziz, Shah Alam pada 25 april 2009 bermula jam 8 pagi hingga 6 petang. Sebanyak 14 buah negeri telah mengambil bahagian.Nisa' Johor telah menghantar lebih kurang 42 orang peserta untuk mengambil bahagian di setiap aktivti. 30 antaranya merupakan peserta setiap permainan yang dipertandingkan. Majlis telah dimulai dengan perbarisan oleh setiap negeri.

Gimik perasmian yang agak unik di mana seramai 30 org ajk (Wakil Nisa' Shah Alam) berlakon sebagai buah catur mewakili johan catur kanak-kanak Malaysia iaitu adik Nurnabila. Adik Nurnabila telah dipilih sebagai ikon bagi Nisa' Indoor Games kali ini. Seterusnya ucapan persamian oleh Pengarah Nisa' Malaysia, Kak Mas dan sedikit kata-kata motivasi oleh beliau telah merangsang semua pemain untuk bermain dengan bersungguh-sungguh!

Rata-rata peserta begitu bersemangat dan tidak sabar utk memulakan pertandingan. Lebih kurang jam 10.30 pagi permainan bermula secara serentak. Antara pertandingan yangtelah dipertandingan ialah Batu seremban, Catur, Congkak, Carom, Ceper, Dart, Dam Aji dan Dam Ular, Setiap permainan di bahagikan kepada 2 kategori iaitu kategori remaja (15-25thn) dan kategori umum (26-40thn). Terdapat juga kategori walk in di mana setiap individu dibenarkan bermain semua permainan dengan bayaran RM 5.

Permainan berlangsung dengan lancar dan dihentikan seketika untuk rehat dan solat dan solat pada jam 1.30 tengahari dan disambung pada jam 2.30 petang. Sesi petang menyaksikan acara-acara semi final dan final.

Majlis penutup menjadi kemuncak acara yang dirasmikan oleh Dr Halimah, Exco Selangor. Pastinya Nisa' Indoor Game menjadi kenangan yang indah buat peserta yang menyertainya, kerana mempunyai kelainan dan kemeriahannya yang tersendiri. Nisa' Gelang Patah mengucapkan tahniah kepada yang menang dan kepada yang tidak menang, semangat juang yang ditunjukkan amat dihargai! Tidak lupa terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan NIG ini secara langsung atau tidak langsung. Tahniah!

Kejayaan Nisa' Johor : Merangkul 7 pingat dalam NIG kali ini. Syabas, teruskan usaha!



Naib Juara Catur Dewasa - Nisa' Gelang Patah (Mewakili Nisa' Johor)

Singgah menunaikan kewajipan sebagai Hamba-Nya

Cenderamata Menarik!


Walk in game - Snake and Ladder


Tidak melepaskan peluang bermain semua permainan yang ada


Memang ramai yang hadir. mengahampiri 600 org....

p/s: Mengimbau kembali kenangan semasa di Johor..miss u guys!!!

Solat dan Warna : Rahsia solat pada awal waktu

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Saya rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak ?

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.


Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.


Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan system penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ...). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis(infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la ...) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.


Apabila masuk waktuIsyak, alam berubah ke warnaIndigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi,qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.


Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas
sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.


Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.

Wallahualam. Artikel ini saya ambil daripada sahabat. Apa sekalipun, Allah mengetahui segala-galanya kerana Dia yang menciptakan alam ini dan segala isinya. Cuma tinggal kita saja samada nak berfikir atau pun tidak. Wallahu’alam.

Nak Tahu x??

Adakah bahan pencuci yang kita gunakan selama ini mengandungi lemak haiwan?

Tahukah anda banyak bahan pencuci dipasaran mengandungi lemak haiwan dan tanpa kita sedari kita adalah salah seorang pengguna bahan pencuci tersebut? Bahan pencuci yang saya maksudkan di sini adalah bahan pencuci pakaian kita sama ada ia dalam keadaan serbuk iaitu kategori sabun atau cecair iaitu kategori detergent. Saya tidak akan menyenaraikan jenis-jenis sabun yang dimaksudkan kerana saya mungkin boleh disaman atas kenyataan tersebut. Namun sebagai pengguna muslim, adalah tanggungjawab kita untuk menjaga kesucian pakaian kita yang kita gunakan seharian untuk beribadah. Maka di sini perlu kita kongsikan bersama pengetahuan bagi menjaga kemaslahatan ummah.

Kebanyakkan produk pencuci yang mengandungi lemak haiwan ini adalah bahan pencuci yang mempunyai jenama dari luar negara, tapi tidak kesemua bahan pencuci luar negara menggunakan lemak haiwan. Jadi bagaimanakah kita dapat mengetahuinya?

Pernahkah anda merendam pakaian anda dengan larutan sejenis bahan pencuci selama beberapa hari (hampir seminggu) dan pakaian anda menjadi berbau busuk? Bukankah itu satu keadaan yang pelik? Jika anda merendam pakaian anda dengan air paip biasa di dalam baldi selama beberapa hari, pakaian anda tidak akan menjadi sebusuk pakaian yang direndam dengan larutan bahan pencuci tertentu. Menurut kajian yang dilakukan oleh satu intitusi, bau busuk ini adalah disebabkan oleh lemak haiwan yang terdapat dalam bahan pencuci tersebut. Maka, salah satu cara untuk mengetahui adakah sabun yang anda gunakan selama ini mengandungi lemak haiwan atau pun tidak, gunakan cara rendaman ini. Jika rendaman anda berbau busuk maka anda disarankan bertukar kepada bahan pencuci yang tidak berbau busuk walaupun setelah berhari-hari. Serbuk pencuci yang tidak menggunakan lemak haiwan tidak akan menghasilkan bau busuk walaupun direndam pada tempoh yang lama. Jika anda prihatin terhadap isu ini sila kongsikan bersama rakan anda. Pilihlah produk yang dihasilkan oleh pengeluar muslim yang dijamin kesucian bahan yang digunakan.

Wallahualam.

rujukan website: http://www.faeizonl ine.com/index. php?option= com_content& view=article& id=99:adakah- bahan-pencuci- yang-kita- gunakan-selama- ini-mengandungi- lemak-haiwan& catid=3:blog

Thursday, August 6, 2009

Mati Itu Pasti..Untuk Renungan Bersama...

p/s : Copy and paste dari sahabat...

Suatu renungan yang boleh dijadikan iktibar, perihal suatu hakikat kematian yang pasti dihadapi dan dialami setiap insan. Ia juga sebagai iktibar melihatkan dunia pada hari ini diibaratkan umpama unta tua yang menunggu hari. Begitu juga manusia. Setiap hari kita dikhabarkan pelbagai berita mengenai kematian, kemalangan jalan raya, bunuh, jatuh bangunan, bencana alam seperti gempa bumi, tanah runtuh dan pelbagai lagi corak dan bentuk pengakhiran kematian kita. Ianya sebagai renungan dan koreksi buat diri dan anda semua.


Di kisahkan suatu hari seperti yang dinukilkan oleh Syekh Abdurahman Al-Sinjari, dalam Al-Buka min Khasyatillah, Nabi Ya’qub berdialog dengan Malaikat Izrail.“Aku ingin sesuatu yang harus engkau penuhi sebagai tanda persudaraan kita,” pinta Nabi Ya’kub.


Apakah itu.” tanya Izrail.
Jika ajalku telah dekat, beritahulah aku.” ujar Nabi Ya'kub.


Malaikat itu menjawab, “
Baik, aku akan memenuhi hajatmu.
Aku akan mengirimkan tidak hanya satu utusan, tapi dua atau tiga utusan.” Setelah itu keduanya berpisah.


Hingga setelah lama malaikat itu datang kembali.

Wahai sahabatku, apakah engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?” tanya Nabi Ya’qub.

Ya, Aku datang untuk mencabut nyawamu.” jawab malaikat Izrail.
Lalu dimana utusanmu yang ketiga?” tanya Nabi Ya’qub lagi.
Sudah kukirim. Iaitu Putihnya rambutmu setelah hitamnya, lemahnya tubuhmu setelah gagah, dan membongkoknya badanmu setelah tegap. Wahai Ya’qub itulah utusanku untuk setiap anak Adam.”

Tetapi, kematian itu tidak hanya akan menimpa kepada orang-orang yang sudah lanjut usia (tua) saja, tapi semua orang baik itu hatta bayi yang baru lahir atau belum lahir, anak-anak, remaja, dewasa sehingga orang tua yang sudah lanjut juga. Pokoknya, setiap yang berjiwa baik manusia, haiwan, tumbuhan dan lain sebagainya akan merasakan mati, sebagaimana yang difirmankan oleh Allah SWT,
Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati…” (Ali-Imaran: 185)

Malahan di lain ayat-Nya Allah SWT menerangkan bahwa kematian itu terjadi atas izin Allah SWT sebagai sebuah ketetapan yang telah ditentukan waktunya, sebagaimana firman-Nya,
Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya…” (Ali Imran: 145)

Maka, oleh yang demikian, dimanapun kita, apa pun yang kita lakukan, jika Allah SWT telah menetapkan ketentuan-Nya, bahawa saat ini, minit ini, jam ini, dan hari ini kita di takdirkan mati, maka matilah kita. Allah SWT berfirman,
Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, walaupun kamu berada di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh…” ( An-Nisa: 7

Kematian adalah sesuatu yang pasti akan terjadi dan akan menimpa kepada setiap yang berjiwa. Yang jadi masalah adalah tidak ada yang tahu bilakah kematian itu akan menimpa. Malahan Rasulullah SAW sendiri pun tidak diberitahu oleh Allah SWT. Sehingga timbul pertanyaan pada diri masing-masing, kenapa Allah SWT merahsiakan perihal kematian ini?

Ada beberapa alasan yang perlu kita ambil pengajaran dari sebab kematian itu dirahsiakan:


1. Agar Manusia Tidak Cinta Dunia


DR. Aidh Al-Qarni dalam sebuah bukunya Cambuk Hati berkata bahwa, “Dunia adalah jambatan akhirat. Oleh karana itu, seberangilah ia dan janganlah anda menjadikannya sebagai tujuan. Tidaklah berakal orang yang membangun gedung-gedung di atas jambatan”.

Imam Al-Ghazali dalam kitab 'Ihya Ulumiddin menukil beberapa hadith mengenai masalah dunia diantaranya adalah:
Rasulullah SAW bersabda,
“Dunia itu penjara bagi orang Mukmin dan surga bagi orang kafir”.


Dan sabda nabi lagi, “
Dunia itu terkutuk. Terkutuklah apa yang ada di dalamnya kecuali yang ditujukan kepada Allah.”


Abu Musa Al-Asy’ari berkata bahawa Raulullah SAW telah bersabda, “
Barangsiapa mencintai dunianya, nescaya ia akan membahayakan akhiratnya. Dan barangsiapa mencintai akhiratnya, nescaya ia akan membahayakan dunianya. Maka utamakanlah apa yang kekal daripada apa yang binasa.”
Pokoknya adalah agar kita tidak cinta pada sesuatu yang pasti tiada.
Jangan sampai ada makhluk, benda, harta, jabatan yang menjadi penghalang kita dari Allah SWT.


2. Agar Manusia Tidak Menangguh-nangguh Amal


Kita tidak pernah tahu bilakah kita akan mati. Detik, minit, jam, hari, minggu, bulan dan tahun, semua dirahsiakan Allah SWT. Oleh itu, janganlah manusia itu menunda-nunda atau bertangguh dalam beribadah, dan semua amal perbuatan baik yang akan kita lakukan, taubat yang kita lakukan, maaf yang kita ucapkan.
Kata Hukamak,
Penundaanmu untuk beramal karana menanti waktu senggang, adalah timbul dari hati yang bodoh.”

Beberapa tips untuk kita mengatur waktu dalam kehidupan dunia yang mana perlu diperhatikan hal-hal berikut:


1–Utamakan kehidupan akhirat, dan jadikan hidup didunia sebagai jambatan menuju akhirat, dan jangan menunda waktu beramal.

2–Berpegang dan bertanggungjawab dengan waktu, karena apabila salah menggunakan waktu, maka waktu itu akan memenggal kita. Ertinya terputus seseorang dengan waktu terputus pula amal selepasnya.

3–Mengejar dunia, tidak akan ada akhirnya, lepas satu datang pula lainnya. Amal yang tertunda kerana habisnya waktu, akan melemahkan semangat untuk menjalankan ibadah. Akibatnya hilang pula wujud kita sebagai hamba Allah yang wajib beribadah.

4–Pergiatlah waktu beramal sebelum tibanya waktu ajal.

5–Perketat waktu ibadah sebelum datang waktu berserah.

6–Jangan menunda amal bakti sebelum datang waktu mati.

7–Aturlah waktu untuk beramal agar kelak tidak menyesal.


3. Agar Dapat Mencegah Maksiat


Ibnu Bathal berkata: “Jihadnya seseorang atas dirinya adalah jihad yang lebih sempurna”.
Allah SWT berfirman, “
Dan adapun orang yang takut pada kebesaran Tuhan-nya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya” (An-Nazi’at: 40).

Jihad seseorang atas dirinya sendiri berupaya mencegah diri dari maksiat, mencegah diri dari apa yang syubhat dan mencegah diri dari melayan syahwat.


Meninggalkan maksiat merupakan perjuangan, sedang keengganan meninggalkannya adalah pengingkaran. Maka, untuk menghindari maksiat, tidak lain dengan menemukan jalan keluarnya, dan satu-satunya jalan keluar adalah ketaatan dan menempatkan diri pada pergaulan yang dapat terhindar dari panggilan dan godaan hawa nafsu itu sendiri.


4. Agar Menjadi Orang Yang Bijak


Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang bijak adalah yang merendahkan dirinya dan beramal untuk kehidupan setelah mati. Sementara orang bodoh adalah orang yang mengikuti diri pada hawa nafsunya dan berharap kepada Allah dengan angan-angan kosong.

Oleh yang demikian, jadilah orang yang bijak. Kerana hanya orang yang bijaklah tahu bagaimana dia mempersiapkan diri untuk mati. Mereka tahu bagaimana merubah yang fana ini menjadi sesuatu yang kekal.
Misalnya, bagaimana caranya harta yang diperoleh di dunia fana ini bisa berubah menjadi kekal. Maka caranya adalah dengan mengeluarkan sebagiannya atau semuanya untuk diinfa'kan kejalan Allah yakni untuk saham atau investment untuk akhiratnya kelak.


Kematian itu suatu yang PASTI. Wallahu'alam


Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah sebenar-benar taqwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam”.

Ali Imran : 102