Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, August 7, 2009

Kenangan bersama Nisa' especially Nisa' kawasan Gelang Patah..

Buat julung kalinya Nisa' telah menganjurkan Nisa' Indoor Games ataupun permainan rakyat melayu yang dikelolakan oleh Nisa' Malaysia. Bertempat di Dewan Jubli perak, Bangunan Sultan Sultan Abdul Aziz, Shah Alam pada 25 april 2009 bermula jam 8 pagi hingga 6 petang. Sebanyak 14 buah negeri telah mengambil bahagian.Nisa' Johor telah menghantar lebih kurang 42 orang peserta untuk mengambil bahagian di setiap aktivti. 30 antaranya merupakan peserta setiap permainan yang dipertandingkan. Majlis telah dimulai dengan perbarisan oleh setiap negeri.

Gimik perasmian yang agak unik di mana seramai 30 org ajk (Wakil Nisa' Shah Alam) berlakon sebagai buah catur mewakili johan catur kanak-kanak Malaysia iaitu adik Nurnabila. Adik Nurnabila telah dipilih sebagai ikon bagi Nisa' Indoor Games kali ini. Seterusnya ucapan persamian oleh Pengarah Nisa' Malaysia, Kak Mas dan sedikit kata-kata motivasi oleh beliau telah merangsang semua pemain untuk bermain dengan bersungguh-sungguh!

Rata-rata peserta begitu bersemangat dan tidak sabar utk memulakan pertandingan. Lebih kurang jam 10.30 pagi permainan bermula secara serentak. Antara pertandingan yangtelah dipertandingan ialah Batu seremban, Catur, Congkak, Carom, Ceper, Dart, Dam Aji dan Dam Ular, Setiap permainan di bahagikan kepada 2 kategori iaitu kategori remaja (15-25thn) dan kategori umum (26-40thn). Terdapat juga kategori walk in di mana setiap individu dibenarkan bermain semua permainan dengan bayaran RM 5.

Permainan berlangsung dengan lancar dan dihentikan seketika untuk rehat dan solat dan solat pada jam 1.30 tengahari dan disambung pada jam 2.30 petang. Sesi petang menyaksikan acara-acara semi final dan final.

Majlis penutup menjadi kemuncak acara yang dirasmikan oleh Dr Halimah, Exco Selangor. Pastinya Nisa' Indoor Game menjadi kenangan yang indah buat peserta yang menyertainya, kerana mempunyai kelainan dan kemeriahannya yang tersendiri. Nisa' Gelang Patah mengucapkan tahniah kepada yang menang dan kepada yang tidak menang, semangat juang yang ditunjukkan amat dihargai! Tidak lupa terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan NIG ini secara langsung atau tidak langsung. Tahniah!

Kejayaan Nisa' Johor : Merangkul 7 pingat dalam NIG kali ini. Syabas, teruskan usaha!



Naib Juara Catur Dewasa - Nisa' Gelang Patah (Mewakili Nisa' Johor)

Singgah menunaikan kewajipan sebagai Hamba-Nya

Cenderamata Menarik!


Walk in game - Snake and Ladder


Tidak melepaskan peluang bermain semua permainan yang ada


Memang ramai yang hadir. mengahampiri 600 org....

p/s: Mengimbau kembali kenangan semasa di Johor..miss u guys!!!

No comments:

Post a Comment