Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, April 14, 2010

Sekadar perkongsian bersama....

Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh...

Tetibe harini nak berkongsi sedikit apa yang sy rasa bertugas di tempat baru....huhuhu

Alkisahnya begini....Alhamdulillah semasa sy sedang bertugas sementara di tadika JAIM, sy telah ditawarkan untuk berkhidmat sebagai guru GSTT di SMK Malim bermula .sejak 1 april haritu bersamaan dengan 16 Rabi'ul akhir 1431 H..Kirenya dah hampir 3 minggula sy ngajar....Sebelum ni xde pengalaman mengajar pun...Risau gak nak mengajar mase baru2 masuk sekolah...yelah, kite xde penglaman ngajar bdk2 sek lebih2 lagi bdk2 sekolah menengah yg advanced skang ni, bimbang tu adela...Alhamdulillah dengan izin Allah, peluang yg ditunggu2 akhirnya tiba jua...rezeki sy...alhamdulillah...sebelum2 ni, kawan2 sy dah dapat offer dlu dah...sedih gak mase tu sbb sy je xdapat offer lg...so, bila org tanye, " aleya dapat x GSTT, ngajar kat sekolah mane?" mase tu sedih gakla bila org tanye...haha..sabar jelah...huhuhu...

tp sy yakin setiap org ade rezeki masing2 cume lambat atau cepat je...jd kepada kawan2 yg masih menunggu untuk mendapatkan kerja, bersabarlah ye...jgn mudah putus asa....caiyok2!!! =)

klah, nanti jika berkesempatan sy sambung coretan ini...huhu...just nak gtau, esok melaka cuti sempena hari melaka bandaraya bersejarah...yeay!!! Seronoknye cuti...dapat rehatkan minda jap daripada melayan kerenah budak2 sekolah yg pelbagai ragam...huhu...mencabar tau nak ajar bdk2 zaman skang!!! macam2 kes!!!! huhuhuhu...Semoga Allah kuatkan hati sy untuk terus mendidik mereka ke jalan yg benar...Semoga apa yg sy sampaikan kepada mereka, kalau tidak banyak pun, tp harap2 ade gak sedikit yg boleh mereka ambil sebagai pedoman...amin...

to be continued,insyaAllah....
wassalam

Monday, April 12, 2010

Berwaspadalah Menggunakan Facebook


Bismillahirrahmanirrahim...

sy ingin kongsikan bersama artikel yg dicopy n paste dari blog kawan2. Selamat membaca...=)

Jika anda telah log masuk ke Facebook dalam 24 jam terakhir anda akan melihat bahawa laman rangkaian sosial telah menukar polisi. Ia dikuatkuasakan secara serta merta menyebabkan ramai pengguna facebook "terpaksa" mendedahkan identiti atau maklumat mereka yang selama ini diklasifikasikan lebih selamat, ini telah menyebabkan kemarahan dikalangan kumpulan-kumpulan hak digital dan kebebasan sivil.

Perubahan itu telah menyebabkan foto dan video pengguna kini mampu dilihat dan diakses semua orang kecuali pengguna mengubah setting tersebut secara manual. Bertambah masalah lagi apabila pengguna mengemaskini status di facebook, kini boleh diakses oleh enjin carian seperti google dan yahoo.

Perubahan ini telah menyebabkan pengguna telah kurang kuasa untuk mengawal maklumat peribadi mereka dari dikongsi pada umum.

Dianggarkan pengguna facebook kini berjumlah 350 juta. Perubahan ini telah mencetuskan emosi dan rasa tak senang hati pengguna. Jadi apa yang cuba disarankan di sini ialah, jika anda pengguna facebook, jangan dedahkan maklumat penting anda sesuka hati, jika anda ada ahli keluarga berpengaruh juga dinasihatkan tidak meletakkan atau link profile mereka ke laman anda. Sila lihat juga Privacy Setting untuk memastikan maklumat anda tidak terdedah kepada umum! Berikut adalah video bagaimana facebook mempergunakan anda!

Segala maklumat yang anda tulis di facebook adalah milik mereka! Mereka berhak menggunakan maklumat anda sesuka hati mereka! Yang bestnye segala maklumat anda di masukkan ke database CIA.

Mula-mula sekali gambar kita akan jadi hak mereka (facebook) mereka boleh menjual dengan apa jua harga mereka mahukan. Bukan itu saja, ada juga application yang di anggap bahaya yang meminta anda memasukkan maklumat-maklumat sulit seperti no kad kredit dan sebagainya, ini adalah satu teknik untuk mereka mencabul maklumat privasi pengguna.

Lagi menarik, kebanyakkan aplikasi yang dibina adalah lebih dari sekadar mencuri maklumat, tapi mereka juga mengkaji psikologi manusia melalui aplikasi permainan dan kuiz. Mereka cuba mendapatkan pattern sebagai contoh, bagaimana ramai manusia berfikir sekarang, adakah mereka berfikiran sama contoh (one world government?) atau masih ramai lagi yang contra dengan konsep tersebut. Jika anda pengguna facebook yang aktif, sila lebih berhati-hati kerana konspirasi ini melibatkan satu dunia, dan ia cara termudah untuk mereka membuat penyelidikan dengan kos yang minimum.

http://panjihitamdaritimur.blogspot.com/