Bismillahirrahmanirrahim...
sy ingin kongsikan bersama artikel yg dicopy n paste dari blog kawan2. Selamat membaca...=)
sy ingin kongsikan bersama artikel yg dicopy n paste dari blog kawan2. Selamat membaca...=)
Jika anda telah log masuk ke Facebook dalam 24 jam terakhir anda akan melihat bahawa laman rangkaian sosial telah menukar polisi. Ia dikuatkuasakan secara serta merta menyebabkan ramai pengguna facebook "terpaksa" mendedahkan identiti atau maklumat mereka yang selama ini diklasifikasikan lebih selamat, ini telah menyebabkan kemarahan dikalangan kumpulan-kumpulan hak digital dan kebebasan sivil.
Perubahan itu telah menyebabkan foto dan video pengguna kini mampu dilihat dan diakses semua orang kecuali pengguna mengubah setting tersebut secara manual. Bertambah masalah lagi apabila pengguna mengemaskini status di facebook, kini boleh diakses oleh enjin carian seperti google dan yahoo.
Perubahan ini telah menyebabkan pengguna telah kurang kuasa untuk mengawal maklumat peribadi mereka dari dikongsi pada umum.
Dianggarkan pengguna facebook kini berjumlah 350 juta. Perubahan ini telah mencetuskan emosi dan rasa tak senang hati pengguna. Jadi apa yang cuba disarankan di sini ialah, jika anda pengguna facebook, jangan dedahkan maklumat penting anda sesuka hati, jika anda ada ahli keluarga berpengaruh juga dinasihatkan tidak meletakkan atau link profile mereka ke laman anda. Sila lihat juga Privacy Setting untuk memastikan maklumat anda tidak terdedah kepada umum! Berikut adalah video bagaimana facebook mempergunakan anda!
Segala maklumat yang anda tulis di facebook adalah milik mereka! Mereka berhak menggunakan maklumat anda sesuka hati mereka! Yang bestnye segala maklumat anda di masukkan ke database CIA.
Mula-mula sekali gambar kita akan jadi hak mereka (facebook) mereka boleh menjual dengan apa jua harga mereka mahukan. Bukan itu saja, ada juga application yang di anggap bahaya yang meminta anda memasukkan maklumat-maklumat sulit seperti no kad kredit dan sebagainya, ini adalah satu teknik untuk mereka mencabul maklumat privasi pengguna.
Lagi menarik, kebanyakkan aplikasi yang dibina adalah lebih dari sekadar mencuri maklumat, tapi mereka juga mengkaji psikologi manusia melalui aplikasi permainan dan kuiz. Mereka cuba mendapatkan pattern sebagai contoh, bagaimana ramai manusia berfikir sekarang, adakah mereka berfikiran sama contoh (one world government?) atau masih ramai lagi yang contra dengan konsep tersebut. Jika anda pengguna facebook yang aktif, sila lebih berhati-hati kerana konspirasi ini melibatkan satu dunia, dan ia cara termudah untuk mereka membuat penyelidikan dengan kos yang minimum.
http://panjihitamdaritimur.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment