Jika kau bersedih sahabatku,
pandanglah ke langit kerana kau akan sedar bahawa Allah sentiasa bersamamu,
mengiringi setiap langkahmu, menyusuli setiap doamu..
Jika mereka sibuk mencari cinta, biarlah kita sibuk mencari iman.
Jika mereka sibuk mencari pasangan, biarlah kita sibuk mencari keredhaan.
Jika mereka menangis kerana kecewa bercinta, biarlah kita menangis kerana mengenang
dosa-dosa lama.
Jika mereka cintakan kemanusiaan, biarlah kita penuh cinta pada Tuhan.
Jika mereka mendambakan kehidupan duniawi, kita dambakanlah kehidupan ukhrawi.
Dalam kita melangkah,terkadang diuji dgn ujian yg terasa berat hingga kita terduduk dan
menangis. Peritnya terasa. Tp ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri kerana mungkin
air mata tika itu hadir kerana Dia mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak
lantaran ada langkah2 yang tersasar dari keikhlasan..
* Sekadar untuk muhasabah diri dan menenangkan hati yang ketika ini mungkin sedang
diuji...(",)
Bukan mudah untuk bermujahadah dalam sesuatu perkara. Tapi kuatkan hati, berpandukan akal dan iman insya Allah... :) Perkongsian yang menarik. Minta izin untuk disalin ya :) Jazaakillah-Kak Aina
ReplyDeletealya stuju ngan akak..thanx atas nasihat yg diberi..semoga kita sama2 kuatkan hati dalam bermujahadah n diberi kekuatan olehNya dalam menghadapi apa jua ujian yg menguji iman kita..amin..salinla...kata2 tu pernah diberi oleh seseorang untuk bg semangat kat alya ketika alya diuji...=)
ReplyDelete