Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, October 22, 2010

bersawang..huhu..

Ya Allah, bersawang dah blog ni...lame xupdate...huhu

ni kira update gaklah kan...huhu...

xtau nak tulis pe...cume nak ucap gudluck kepada sume anak muridku yang akan menghadapi final exam nextweek...semoga kalian akan berjaya dalam hidup di dunia n akhirat...

ustazah doakan kejayaan kalian sume...belajar rajin2 tau...umat Islam harus cemerlang, gemilang dan terbilang!!! takbir!!!! ALLAHUAKBAR!!!

Thursday, May 6, 2010

my birthday....

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullah....

Post kali ni sy nak kongsi cerita ape yg berlaku 2 hari yg lepas (4Mei 2010)....
Sbnrnye 4 Mei tu birthday sy...(haha, siap promote lg...=p) nak tahu ape yg berlaku???? meh sy nak cite.

Pada hari tersebut, sy pergi sekolah macam biasa...masuk kelas mengajar ikut jadual yg telah diberikan...tapi yg peliknya sebelum nak masuk kelas masa ke-7 n 8 sy rasa berdebar nak ke kelas 2 Mutiara untuk mengajar (sy juga diamanahkan sebagai guru tingkatan kelas 2 M ni)...sampai2 je klas, pintu kelas tertutup...sy pun bukak pintu dengan slumbernye...=p hehe...tetibe pelajar kelas tu menyanyikan lagu besday untuk sy...di satu sudut dalam klas tu sudah tersedia kek n mee goreng...dalam hati sy, (Ya Allah diorg wat jamuan untuk meraikan besday sy ke?)...terharu sungguh sy sebab xsangka sgt2 murid2 buat surprise untuk sy....huhu...tapi dalam mase yg same sy rase serba salah gak sama ada nak teruskan mengajar atau meraikan majlis yg dah mereka aturkan untuk menyambut besday sy...

Sebab sy ni baik sy xnakla kecewakan murid2 sy...hehe...papepun sy ucapkan terima kasih banyak2 kat anak2 murid sy sbb wat plan nak raikan besday sy....satu kenangan yang cukup indah walaupun baru mengajar diorang...sy doakan semoga kalian menjadi pelajar yang cemerlang dunia akhirat n menjadi pemuda pemudi harapan agama, bangsa dan negara...amin....and all the best 4 ur becoming exam....=)

dan pada malam tu pulak, sy sekeluarga gi makan RFC (radix fried chicken). kat mydin ayer keroh..bestnye dapat makan bersama.2..lama xjalan2 cari makan camni bersama keluarga...kebetulan kat rfc terjumpa sahabat2 lama....imah, ili n paling terkejut terjumpa kak ainul kat ctu....alhamdulillah mmg bestla hari ulang tahun kali ni...rezeki melimpah ruah..insyaAllah mudah2an...amin....

terima kasih mami n abah kerana telah menjaga along dari kecil sampai sekarang ni....dan terima kasih kepada mami yg telah bersusah payah, berhempas pulas melahirkan along ke dunia ni...doakan semoga along dan adik2 menjadi anak2 yg soleh dan solehah dan ber.jaya di dunia dan akhirat....amin ya robbal'alamiin.......

Di sini, sy attachkan beberapa gambar kenangan sambutan hari lahir sy bersama pelajar2 klas 2 Mutiara...=)


besau tau kek ni..sedap2...hehe


sabau ye...tunggu ustazah potongkan kek ni...=p



jemput makan sume...=)



dapat hadiah lagi...hehe



Wednesday, April 14, 2010

Sekadar perkongsian bersama....

Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh...

Tetibe harini nak berkongsi sedikit apa yang sy rasa bertugas di tempat baru....huhuhu

Alkisahnya begini....Alhamdulillah semasa sy sedang bertugas sementara di tadika JAIM, sy telah ditawarkan untuk berkhidmat sebagai guru GSTT di SMK Malim bermula .sejak 1 april haritu bersamaan dengan 16 Rabi'ul akhir 1431 H..Kirenya dah hampir 3 minggula sy ngajar....Sebelum ni xde pengalaman mengajar pun...Risau gak nak mengajar mase baru2 masuk sekolah...yelah, kite xde penglaman ngajar bdk2 sek lebih2 lagi bdk2 sekolah menengah yg advanced skang ni, bimbang tu adela...Alhamdulillah dengan izin Allah, peluang yg ditunggu2 akhirnya tiba jua...rezeki sy...alhamdulillah...sebelum2 ni, kawan2 sy dah dapat offer dlu dah...sedih gak mase tu sbb sy je xdapat offer lg...so, bila org tanye, " aleya dapat x GSTT, ngajar kat sekolah mane?" mase tu sedih gakla bila org tanye...haha..sabar jelah...huhuhu...

tp sy yakin setiap org ade rezeki masing2 cume lambat atau cepat je...jd kepada kawan2 yg masih menunggu untuk mendapatkan kerja, bersabarlah ye...jgn mudah putus asa....caiyok2!!! =)

klah, nanti jika berkesempatan sy sambung coretan ini...huhu...just nak gtau, esok melaka cuti sempena hari melaka bandaraya bersejarah...yeay!!! Seronoknye cuti...dapat rehatkan minda jap daripada melayan kerenah budak2 sekolah yg pelbagai ragam...huhu...mencabar tau nak ajar bdk2 zaman skang!!! macam2 kes!!!! huhuhuhu...Semoga Allah kuatkan hati sy untuk terus mendidik mereka ke jalan yg benar...Semoga apa yg sy sampaikan kepada mereka, kalau tidak banyak pun, tp harap2 ade gak sedikit yg boleh mereka ambil sebagai pedoman...amin...

to be continued,insyaAllah....
wassalam

Monday, April 12, 2010

Berwaspadalah Menggunakan Facebook


Bismillahirrahmanirrahim...

sy ingin kongsikan bersama artikel yg dicopy n paste dari blog kawan2. Selamat membaca...=)

Jika anda telah log masuk ke Facebook dalam 24 jam terakhir anda akan melihat bahawa laman rangkaian sosial telah menukar polisi. Ia dikuatkuasakan secara serta merta menyebabkan ramai pengguna facebook "terpaksa" mendedahkan identiti atau maklumat mereka yang selama ini diklasifikasikan lebih selamat, ini telah menyebabkan kemarahan dikalangan kumpulan-kumpulan hak digital dan kebebasan sivil.

Perubahan itu telah menyebabkan foto dan video pengguna kini mampu dilihat dan diakses semua orang kecuali pengguna mengubah setting tersebut secara manual. Bertambah masalah lagi apabila pengguna mengemaskini status di facebook, kini boleh diakses oleh enjin carian seperti google dan yahoo.

Perubahan ini telah menyebabkan pengguna telah kurang kuasa untuk mengawal maklumat peribadi mereka dari dikongsi pada umum.

Dianggarkan pengguna facebook kini berjumlah 350 juta. Perubahan ini telah mencetuskan emosi dan rasa tak senang hati pengguna. Jadi apa yang cuba disarankan di sini ialah, jika anda pengguna facebook, jangan dedahkan maklumat penting anda sesuka hati, jika anda ada ahli keluarga berpengaruh juga dinasihatkan tidak meletakkan atau link profile mereka ke laman anda. Sila lihat juga Privacy Setting untuk memastikan maklumat anda tidak terdedah kepada umum! Berikut adalah video bagaimana facebook mempergunakan anda!

Segala maklumat yang anda tulis di facebook adalah milik mereka! Mereka berhak menggunakan maklumat anda sesuka hati mereka! Yang bestnye segala maklumat anda di masukkan ke database CIA.

Mula-mula sekali gambar kita akan jadi hak mereka (facebook) mereka boleh menjual dengan apa jua harga mereka mahukan. Bukan itu saja, ada juga application yang di anggap bahaya yang meminta anda memasukkan maklumat-maklumat sulit seperti no kad kredit dan sebagainya, ini adalah satu teknik untuk mereka mencabul maklumat privasi pengguna.

Lagi menarik, kebanyakkan aplikasi yang dibina adalah lebih dari sekadar mencuri maklumat, tapi mereka juga mengkaji psikologi manusia melalui aplikasi permainan dan kuiz. Mereka cuba mendapatkan pattern sebagai contoh, bagaimana ramai manusia berfikir sekarang, adakah mereka berfikiran sama contoh (one world government?) atau masih ramai lagi yang contra dengan konsep tersebut. Jika anda pengguna facebook yang aktif, sila lebih berhati-hati kerana konspirasi ini melibatkan satu dunia, dan ia cara termudah untuk mereka membuat penyelidikan dengan kos yang minimum.

http://panjihitamdaritimur.blogspot.com/

Wednesday, March 24, 2010

Adik2 Comel....(~_^)

Bismillahirrahmanirrahim

Lamanya xupdate blog...huhu...ntah knapa ntah asyik tertangguh je nak update..(sebenarnya virus "M" menyerang...hehe) banyak sebenarnya nak dikongsikan tapi lately rase untuk update blog bukanlah perkara yg perlu didahulukan...ada byk lagi perkara yg lebih penting yg perlu disettlekan...alasan je kan?? huhu...

just nak share pengalaman sy jadi guru ganti di tadika JAIM Pengkalan Jajar...tp xlama pun dapat menyumbangkan jasa bakti di situ...sampai minggu depan je...selepas tu, mungkin pengalaman di tempat lain pula...insyaAllah....

Sy baru je start ngajar di situ hari isnin yg lalu (22 Mac 2010 bersamaan 6 Rabiul Akhir 1431H)...harini baru masuk hari yg ke-3..=)

Seperti di sekolah dan di tempat2 len, setiap hari isnin ada perhimpunan pagi...
yg bestnya, seronok tengok adik2 comel yg berumur dalam lingkungan 3-6 tahun tu berhimpun,menyanyi ramai2 dengan pelbagai gaya dan aksi yg comel, berikrar n paling membanggakan pabila mereka mengucap dua kalimah syahadah, membaca doa penerang hati, membaca "Radhina billahirobba wabil Islaamidina wabimuhammadin nabiyyauwa Rasuula..

waktu mulut comel adik2 tu membaca doa itu, rasa meremang di tengkuk sy bukan kerana takut tapi rasa bangga sangat3 anak2 kecil itu membaca dgn penuh semangat...anak2 kecil yg masih bersih dari dosa dan noda....sangat tenang dan menyejukkan mata melihat mereka semua...apatah lagi dalam keadaan mereka mengucapkan kalimah2 suci dan kalimah Thoyyibah...sejuk telingaku mendengarnya...semoga kalian menjadi anak2 yg soleh dan solehah dan berjaya dunia akhirat....amin...terasa semangat jihad lahir dalam diri sy mahu mendidik mereka dgn sebaik2nya...dan sy bangga dan bersyukur sgt2 kami dilahirkan sebagai muslim...sy doakan semoga anak2 kecil ini menjadi muslim yg bakal menggegarkan dunia dan penyelamat ummah akhir zaman...amin...semoga anak2 kecil ini menjadi pemuda pemudi harapan agama, bangsa dan negara...amin ya rabbal 'aalamin.

Saya attachkan beberapa gambar comel mereka untuk tatapan bersama....=)


kelas 6 Ciku

Masa untuk rehat...yeay...=)


Jom nyanyi...=p

Haziq yangg comel...=)


Perhimpunan pagi


Cikgu-cikgu n anak murid..adik yg kecil molek atas kusi tu br umur 3 tahun..ikut je mane cikgu die pegi..xbleh berpisah langsung...cikgu mc diepun mc..hehe..xnak cikgu lain ajar...nak cikgu dia gak...macam2...=p

.

Saturday, March 6, 2010

~Akibat Terlalu Dekat....~

Seorang penjual telur sedang sibuk di kedainya. Seorang pelanggannya yang sedang memilih telur ingin menguji kebijaksanaan si penjual telur. Dalam diam dia mengambil sebiji telur dan digenggamnya di dalam tangannya.

"Jika awak bijak, cuba teka apa yg ada di dalam tangan saya ini?" kata pelanggan itu menunjukkan genggamannya.

"Cuba berikan ku bayangan.." pinta penjual telur.

"Benda ini bentuknya seperti telur," ujar pelanggan.

"Lagi?"

"Warnanya seperti telur."

"Lagi?" rayu penjual telur lagi.

Pelanggan tersebut menggeleng2kan kepalanya lantas berkata," Belum cukup lagi? Baiklah, jika dimasak rasanya seperti telur. Ia cair dalam keadaan biasa tetapi apabila dipanaskan ia menjadi pepejal."

Penjual telur masih terpinga2. "Tolong berikan lagi pembayang yang lebih hampir."

"Di dalamnya ada cecair yang berwarna putih mengelilingi warna kuning!"

Setelah berfikir panjang, penjual telur menjerit: "Aku tahu jawapannya. Ia sejenis kuih!"

Pelanggan menggeleng2kan kepala, lantas membuka genggamannya. Ya, hanya sebiji telur...Apalagi?

Pengajarannya: Manusia sering menjadi 'buta' dengan apa yang terlalu hampir dengan dirinya. Orang yang paling hampir selalu dipinggirkan, tetapi apabila orang itu sudah tiada, baru terasa kehilangannya. Ya, kerap kali sesuatu itu tidak dapat dilihat bukan kerana terlalu jauh tetapi kerana terlalu dekat....

Wallahua'lam..

Friday, February 12, 2010

Teks Mufti Perak Menghadap Sultan Perak

Assalamualaikum. Untuk di munafaatkan bersama.


Teks Mufti Perak Menghadap Sultan Perak

Maksud Hadith Rasulullah S.A.W. : "Mereka yang tidak memikirkan masalah umatku BUKAN daripada kalangan umat".

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

HARI Isnin, saya ke Kuala Lumpur dan saya menemui enam peguam dan beberapa pemimpin NGO untuk mendengar taklimat mengenai keadaan agama Islam dan orang Islam di negara ini.

Taklimat berlangsung selama empat jam setengah. Pada pagi Selasa, saya telah dipanggil oleh Sultan Perak untuk menyembah taklimat. Kemudian menyembahkan taklimat yang hampir sama pula kepada Majlis Raja-Raja.. Saya memberi taklimat mengenai bahaya yang sedang dihadapi oleh umat Islam pada ketika ini.

Bencana umat Islam

Waktu ini ada kes Lina Joy (Azlina binti Jelani) yang sedang menunggu keputusan. Lina Joy memeluk Kristian dan berkahwin dengan seorang India beragama Kristian.. Dia memohon kepada Mahkamah supaya namanya ditukar kepada Lina Joy dan agama dipadamkan daripada MyKad beliau tetapi Jabatan Pendaftaran Negara tidak dapat memadamkannya kerana tiada perintah daripada Mahkamah Syariah... Lan taran itu, beliau telah mencabar ke Mahkamah Persekutuan berasaskan Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebutkan bahawa tiap-tiap individu rakyat Malaysia berhak memilih agamanya sendiri (Every person has the right to profess and practice his religion).

Kes ini dibicara di hadapan tiga hakim di Mahkamah Agung iaitu Ketua Hakim Negara, seorang hakim bukan Melayu dan seorang hakim beragama Kristian. Jika dalam kes ini Lina Joy menang; maka agama Islam akan hancur. Ia membawa implikasi:
i) Kuasa Raja mengenai agama Islam akan hilang.
ii) Kuasa Mahkamah Syariah tidak boleh dipakai..
iii) Orang Islam tidak boleh memaksa anaknya sembahyang, tidak berhak lagi kutip zakat dan tiap-tiap orang boleh mentafsir Islam ikut kehendaknya. Itulah akibatnya.

Malangnya orang Islam nampaknya tidak prihatin sehingga dalam perbicaraan itu. Tidak ramai yang hadir untuk menyatakan sikap dan Sokongan. Majlis Agama pun dilihat tidak menghantar orang Islam. Pemerhati daripada Islam tiada. Ini berbeza daripada kalangan bukan Islam. Hatta , peguam/pemerhati daripada Kedutaan Kanada , Australia dan Amerika Syarikat pun sanggup datang.

Bahkan, peguam-peguam pemerhati ini dibenarkan berhujah. Ini amat berbahaya. Ia belum pernah berlaku. Jadi Majlis Raja-Raja sedikit tersentak setelah saya melaporkan perkara ini..

Peguam Negara telah dipanggil oleh Majlis Raja-Raja dan Peguam Negara kata tidak boleh buat apa-apa. Tunggu keputusan saja. Inilah keadaan yang telah menjadi bagaikan telur di hujung tanduk.

Gerakan Kristian dan Hinduisme

Orang Melayu yang berjinak dengan Kristian biasa dilatih secara mendalam di Singapura. Identiti mereka ditukar.. Sekarang, terdapat dua gereja orang Melayu di Kuala Lumpur.. Di Brickfield, ada usaha memberi makan tengah hari percuma pada hari Jumaat kepada remaja Melayu yang lepak supaya mereka leka dan tidak pergi ke masjid. Terdapat ratusan pemuda-pemuda Melayu pergi ke gereja di Brickfield ini.

Saya telah memberitahu juga hampir 250,000 orang Islam yang murtad tapi saya dicabar oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Orang Islam yang memeluk agama Hindu sahaja sudah hampir 100,000 orang. (Sumber : jangkaan Persatuan India Muslim). Bahkan mengikut laporan pihak polis, belia-belia Islam yang menganggotai black metal, yang memaki Tuhan sudah ada 13,000 hingga 14,000.. Orang yang ikut Ayah Pin yang mempercayai "Ayah Pin itu Tuhan" adalah 14,000 orang. Ini yang menjadikan saya lantang.

Majlis Raja-Raja Bangkitkan:

1) Apa peranan masjid.
2) Apa peranan imam-imam dan pengurusan masjid.
3) Kenapa tidak bendung sedangkan ada undang-undang. .. .

Peguam Negara kata, berbezanya paderi dengan imam-imam kita ialah paderi-paderi menunggu kedatangan hadirin seperti menghormati tetamu di pintu gereja. Mereka memberi khutbah dengan terancang dan profesional sehingga orang boleh yakin dengan cakap-cakap mereka. Selesai majlis, mereka tunggu di pintu gereja dan mengucapkan selamat. Mereka suka bertanya khabar dan suka ambil tahu dan sering tawarkan pertolongan. Bezanya, khutbah kita tidak menarik. Disampai secara tidak profesional.

Di Uzbekistan dan China , walaupun 70 tahun ditekan, mereka masih kuat. Dalam keadaan yang cukup kuat ditekan, mereka cuma utamakan penyebaran salam dan kuatkan silaturrahim di samping membaca ayat-ayat suci Al-Quran di dinding-dinding masjid. Imam masih boleh berbahasa Arab. Itu ketika Komunis berkuasa. Ini rahsia kekuatan mereka dapat bertahan.

Serangan aqidah di Malaysia

Sekarang di Malaysia kita diserang dalam bentuk yang dahsyat.

Serangan pemikiran.

1) Golongan intelektual. Orang Kristian yang buat serangan. Walaupun mereka berjaya serang tetapi mereka tidak dapat tawan hati orang Islam. Untuk itu mereka cuba mempelajari Islam dengan untuk menyerang Islam. Mereka juga wujudkan fakulti-fakulti Islam di universiti Mereka.

2) Mereka juga melahirkan kekacauan kepercayaan lalu membawa pemikiran Islam liberal. Mereka letak semua agama itu sama. Ia datang daripada sumber yang sama iaitu Tuhan yang sama. Cuma masa wahyu turun, Islam diterjemah dalam mesej ketuhanan itu mengikut bahasa-bahasa berbeza sesuai dengan bangsa dan keturunan Nabi.. Tegas mereka, kitab-kitab suci itu adalah terjemahan. Oleh itu ia boleh dipinda dan ditafsirkan semula. Dalam kurun ke 16, ia telah disaran oleh Yahudi dan diterima oleh para paderi Kristian. Ini yang menjadikan Kristian berpecah kepada berpuluh-puluh mazhab. Dulu, cuma ada Kristian daripada mazhab Roman Katholik. Masing-masing menuduh masing-masing mazhab kafir. Inilah pula yang dibawa ke dalam dunia Islam.

Islam liberal begini mulai masuk pula ke Indonesia .. Mereka menguasai universiti dan media dengan dilindungi dan disokong dengan kuat oleh AS dengan berbilion-bilion USD. Ini menjadikan fakulti-fakulti pengajian Islam di universiti-universi ti di Indonesia sudah tidak ada lagi penuntut. Kini sudah ada fatwa di Indonesia bahawa perkahwinan lelaki sesama lelaki itu sah. Faraid dan Hudud sudah tidak relevan dan harus dibuang. Ini pun hampir difatwakan akhir-akhir ini oleh Majlis Agama Indonesia ... Ia sedang berkembang kerana tulisan-tulisan ini dipelopori oleh intelektual.

Sekarang, di Malaysia pun sudah terbawa-bawa. Begitu. Tulisan-tulisan yang liberal seumpama ini biasanya ditulis oleh wartawan-wartawan dalam akhbar-akhbar berbahasa Inggeris. Dulu Astora Jabat saja yang tulis dalam akhbar Melayu. Kini, Astora guna majalah Al Islam pula sebagai platform dengan ditukar namanya kepada Hussin Ab. Rahman. Kasim Ahmad pun sekarang sudah diberi tempat semula untuk menulis dalam Al Islam.

Keputusan kes pakai serban Ini ada laporannya dalam semua akhbar. Bagaimana 3 murid Islam memakai serban di sekolah telah diberhentikan dan kes mereka pula kalah di mahkamah. Sedang penganut agama lain kenapa bebas memakai serban dan mengamal agama mereka ? Ini satu penghinaan yang sungguh dahsyat ke atas Nabi kita dan Islam pada amnya.

Allah jadikan sembahyang berjemaah lima waktu. Ini bertujuan untuk melahirkan ukhwah. Hikmahnya cukup besar. Seorang orientalis buat kajian kenapa ada rakaat-rakaat dalam sembahyang.. . Orientalis yang akhirnya masuk Islam itu, sembahyang itu sebagai satu bentuk caj. Pertemuan bahu dengan bahu, kaki dan kaki dia akan caj kuasa rohani. Untuk itu, kita perlu kuatkan diri. Orang Hindu sedang kuatkan diri mereka. Mereka giat buat tokong Hindu. Di Perak misalnya, ada 2,000 tokong Hindu sedangkan masjid cuma 560 buah sahaja. Dan agama Hindu ini semakin menampakkan keganasan. Terdapat ramai juga orang Melayu yang diHindukan.. . Kini, Filem-filem Bollywood juga digunakan untuk mendakyahkan agama Hindu di seluruh dunia.

Harap kepada siapa?

Kita tidak boleh lagi harapkan pihak berkuasa JAKIM, Jabatan Agama atau pihak kerajaan untuk melindungi kita. Allah tidak amanahkan Islam, al-Quran dan Sunnah ini kepada kerajaan tetapi Allah amanahkan kepada setiap individu Muslim.

Allah S.W.T berfirman:
"Kami wariskan al-Quran itu kepada hamba-hamba Kami yang terpilih iaitu yang beriman kepada Allah; (bukan kepada kerajaan)."

Peringatan-peringat an Daripada Allah S.W.T.
Tsunami, gerak gempa bumi, ramai umat Islam yang mati. Ini peringatan. Kenapa di Acheh dan Bangladesh ? Bukan bermakna orang Acheh yang bermaksiat, tetapi mungkin maksiat berlaku di tempat lain.. Bagaimanapun, pada malam kejadian itu, ada permainan tari menari dan pesta minum arak di pantai yang berdekatan.

Demikian, sedikit ringkasan.. Wallahu a'lam

Dato' Harussani Bin Zakaria
Mufti DiRaja Negeri Perak

Jika anda masih seorang Islam tolong sampaikan kepada seramai umat Islam demi kepentingan Islam dan survival generasi akan datang..