Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, March 6, 2010

~Akibat Terlalu Dekat....~

Seorang penjual telur sedang sibuk di kedainya. Seorang pelanggannya yang sedang memilih telur ingin menguji kebijaksanaan si penjual telur. Dalam diam dia mengambil sebiji telur dan digenggamnya di dalam tangannya.

"Jika awak bijak, cuba teka apa yg ada di dalam tangan saya ini?" kata pelanggan itu menunjukkan genggamannya.

"Cuba berikan ku bayangan.." pinta penjual telur.

"Benda ini bentuknya seperti telur," ujar pelanggan.

"Lagi?"

"Warnanya seperti telur."

"Lagi?" rayu penjual telur lagi.

Pelanggan tersebut menggeleng2kan kepalanya lantas berkata," Belum cukup lagi? Baiklah, jika dimasak rasanya seperti telur. Ia cair dalam keadaan biasa tetapi apabila dipanaskan ia menjadi pepejal."

Penjual telur masih terpinga2. "Tolong berikan lagi pembayang yang lebih hampir."

"Di dalamnya ada cecair yang berwarna putih mengelilingi warna kuning!"

Setelah berfikir panjang, penjual telur menjerit: "Aku tahu jawapannya. Ia sejenis kuih!"

Pelanggan menggeleng2kan kepala, lantas membuka genggamannya. Ya, hanya sebiji telur...Apalagi?

Pengajarannya: Manusia sering menjadi 'buta' dengan apa yang terlalu hampir dengan dirinya. Orang yang paling hampir selalu dipinggirkan, tetapi apabila orang itu sudah tiada, baru terasa kehilangannya. Ya, kerap kali sesuatu itu tidak dapat dilihat bukan kerana terlalu jauh tetapi kerana terlalu dekat....

Wallahua'lam..

No comments:

Post a Comment