Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, November 22, 2009

"Pinjamkan daku pedangmu......"

Bismillahirrahmanirrahim.....

Setiap kali nak post baru, mesti sy akan mintak maaf sbb lama x update blog...=p tapi papepun, sy nak mintak maaf gak kat sahabat2 n kepada pengunjung2 blog sy yg sentiasa memberi support dan semangat kpd sy untuk terus istiqamah ber'blogging'...

Marilah sama2 kita menghayati kisah salah seorang tokoh pejuang Islam di zaman Rasulullah SAW iaitu Sayyidina Ali..

Sayyidina Ali r.a punya pedang yg begitu digeruni oleh musuh2nya...Pedang yg diberi nama 'Zulfaqar' itu sentiasa dibawa bersamanya adalam peperangan2 dgn kaum musyrikin. Dan setiap kali membawa pedang itu, Sayyidina Ali berjaya mengalahkan musuhnya.

Berita kehebatan pedang itu sampai kepada seorang lelaki. Dia juga seorang pejuang Islam. Tertarik dengannya, lelaki itu datang menemui Sayyidina Ali dan berkata, " Boleh tuan pinjamkan daku pedangmu yang hebat itu?"

Tanpa banyak bicara, Sayyidina Ali bersetuju meminjamkan pedangnya.

Lelaki itu sangat gembira. Apabila berlaku peperangan, dia pun pergi bersama pedang itu. Dia ingin merasai sendiri kehebatan pedang Sayyidina Ali itu.

"Bagaimana, kamu sudah merasai kehebatan pedang ini?" tanya Sayyidina Ali.

"Ah, biasa2 saja. Jika aku tahu begini, tak perlu akau pinjam pedang ini daripadamu. Mengapa pedang ini tidak sehebat yang dikhabarkan?"

"Kamu hanya meminjam pedang, tetapi tidak "meminjam" tangan yang memegang pedang itu," kata Sayyidina Ali.

Pengajaran : Kekuatan utama manusia bkn pada alat yang digunakan, tetapi pada dirinya sendiri..Teknologi yang canggih hanya akan membawa kebaikan jika manusia yang menggunakannya memiliki hati yang bersih dan fikiran yang bijak.. Di tangan orang yang dungu, teknologi secanggih manapun tidak akan dapat dimanfaatkan. Di tangan orang yang jahat, teknologi hanya akan membawa seribu atu kejahatan dan kehancuran.

Wallahu'alam...

Wednesday, November 11, 2009

Berehat dan tersenyum sebentar..(^_^)

Citer 1
Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri: Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri: Buku bank abanglah..

Citer 2

Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. Seorang budak pun membuka pintu
.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. Adik ada apa-apa untuk didermakan?
budak : Nanti jap. Saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????

Citer 3

Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada jalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan kawanya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu,

Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ????????


Citer 4

Seorang posmen yang datang menghantar surat ..

' Assalamualaikum '
' Walaikumsalam '
' Ni rumah encik Sameon ye?
' Ya saya'
' Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni '
' Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?'



Citer 5

Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.

Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk.... .... Benci .........

Citer 6

3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti.
Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!



Citer 7

Orang Asli Dan Polis

orang asli : selamat pagi tuan
polis : selamat pagi
polis : apa hal
orang asli : saya nak buat repot tuan!
polis : fasal apa tu?
orang asli : kawan saya di baham harimau
polis : pukul berapa
orang asli : dia tak pukul, terkam
polis : habis?
orang asli : tak habis, tinggal kepala

kisah 8

Seorang lelaki pergi ke klinik mata
. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: ' Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang l ain ?' 'Dah tentu, ' jawab doktor. 'Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca,' kata lelaki itu dengan riang.

kisah 9

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.

Shan : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...

kisah 10

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat ..
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.
'Atok buat apa tu?'.
'Atok bagi surat kat kawan atok,cu!' jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, 'Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu ?'

kisah 11

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.

Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...

*sekadar untuk bersantai dan merehatkan minda...=) take care...

wassalam

Sunday, November 8, 2009

DIpERcAyAi LeBiH UTaMa DaRiPaDa DiCinTAi

Bismillahirrahmanirrahim...

salam 'alaik..

Lama sungguh sy x m'update blog...maaflah kepada sahabat2 yg berkunjung ke blog sy kerana sejak mengambil alih sementara tahta "PAMA" ni, sy xberkesempatan untuk mengupdate blog...byk tugasan yg perlu sy utamakan...dr seawal pg hinggalah malam ada task yg perlu sy settlekan...sekali sekala je dapat berehat...(waktu malamla kalau xkeluar cari brg kantin)...

kali ni pun sy xtahu nak tulis pe...cume nak share pengalaman sikit n berkongsi artikel yg dibaca pg td yg ditulis oleh Pahrol Juoi....

Macam2 perkara yg berlaku pg td...sy hampir2 accident...mgkin kurang rehat kot pd hujung minggu...papepun, alhamdulillah Allah selamatkan sy dari ditimpa musibah itu...alhamdulillah wa syukran lillah....syukurku tidak terhingga hanya padaMu Allah...kalau mami n abah tahu, mesti diorg risau...takkan kuceritakan pada mereka...biarlah kedua org tuaku dapat beribadah dgn aman di tanah suci....=)

ni sebahagian artikel yg ingin dikongsikan...di kala ini, hanya ini yg mampu untuk kukongsikan...utk menulis sendiri mungkin bahasaku tidak seindah mana...=p namun sy sependapat dgnnya...jd sy kongsikan bersama.mudah2an ada manfaatnya bg sesiapa yg masih belum terbace..

Oleh : Pahrol Juoi

Mudah-mudahan Allah izinkan kita semua memainkan peranan untuk Islam walau di mana, di bidang apa dan sebagai apa jua pun peranan kita dalam masyarakat. Kecil sekalipun jika ikhlas pasti berbekas. Insya-Allah.


Kita perlu akui bahawa semakin sukar mencari pemimpin yang boleh dipercayai. Padahal kalau ditanyakan apakah syarat utama untuk menjadi seorang pemimpin? Jawabnya ialah kepercayaan. Itulah yang cabarannya. Terlalu sukar untuk mempercayai seseorang pada masakini. Di Amerika, dengan nada sindiran ada yang mengungkapkan:


“We thought we could trust the military,
but then came Vietnam;
We thought we could trust the politicans,
But then came Watergate;
We thought we could trust the engineers,
But then came the Challenger disaster.
.


Tanpa kepercayaan, kita hilang segala-galanya. Kepercayaan adalah faktor paling utama yang menentukan kejayaan dalam satu-satu perhubungan, samada yang berbentuk personal mahupun profesional. Bila ada kepercayaan, prasangka, cemburu, marah, hasad dengki dan lain-lain sifat mazmumah yang boleh menggugat perhubungan akan dapat diatasi.


Bagaimana membina kepercayaan? Jawabnya, cakap dan sikap kita mesti selari. Itulah integriti – sifat amanah, jujur dan tulus yang dipraktikkan dalam apa jua keadaan dan masa. Itulah asas untuk orang mempercayai kita atau sebaliknya. Pengikut mesti percayakan pemimpinnya. Bila orang mempercayai kita, pengaruh kita akan meningkat. Bila pengaruh kita meningkat, kita akan berjaya dalam memimpin.


Ingat, kepimpinan adalah pengaruh. Inilah rahsia kejayaan kepimpinan Rasulullah s.a.w. Keunggulan kepimpinannya diawali oleh kepercayaan masyarakatnya sehingga bagainda digelar Al Amin sebelum kerasulannya dan diperkukuhkan lagi dengan sifat siddiq (benar) dan amanah selepas itu.


Kata bijak-pandai, dipercayai lebih utama daripada dicintai. Kita selalunya merasa bertuah apabila dicintai – samada oleh isteri, ibu-bapa atau sahabat-sahabat. Tetapi percayalah, jika kurang dipercayai, lama kelamaan cinta orang kepada kita akan terhakis. Lihatlah betapa banyaknya perhubungan yang terputus antara ibu-bapa dengan anak, suami dengan isteri, pemimpin dengan pengikut, justeru hilangnya kepercayaan.


Bila hilang kepercayaan, rasa cinta, hormat, kasih dan taat akan musnah. Sampai bilapun manusia lebih mempercayai mata berbanding telinganya. Maksudnya, apa yang dilihat (perbuatan) lebih berkesan untuk meraih kepercayaan berbanding apa yang didengar (percakapan) – action speaks louder than words.


Jadi apabila kita merasakan orang bawahan (subordinate) kita samada isteri, anak, pekerja mahupun pengikut, semakin sukar memberi ketaatan, kerjasama dan kesetiaan itu adalah petanda kita sudah hilang pengaruh. Hilang pengaruh, kerana hilangnya kepercayaan dan hilangnya kepercayaan bila tidak ada integriti.


Tegasnya, kita tidak boleh memimpin hanya berbekalkan cinta, apatah lagi harta atau kuasa… kepercayaan lebih utama!


wallahua'lam