Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, September 30, 2009

La Tahzan

Jika kau bersedih sahabatku,

pandanglah ke langit kerana kau akan sedar bahawa Allah sentiasa bersamamu,

mengiringi setiap langkahmu, menyusuli setiap doamu..

Jika mereka sibuk mencari cinta, biarlah kita sibuk mencari iman.

Jika mereka sibuk mencari pasangan, biarlah kita sibuk mencari keredhaan.

Jika mereka menangis kerana kecewa bercinta, biarlah kita menangis kerana mengenang

dosa-dosa lama.

Jika mereka cintakan kemanusiaan, biarlah kita penuh cinta pada Tuhan.

Jika mereka mendambakan kehidupan duniawi, kita dambakanlah kehidupan ukhrawi.

Dalam kita melangkah,terkadang diuji dgn ujian yg terasa berat hingga kita terduduk dan

menangis. Peritnya terasa. Tp ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri kerana mungkin

air mata tika itu hadir kerana Dia mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak

lantaran ada langkah2 yang tersasar dari keikhlasan..



* Sekadar untuk muhasabah diri dan menenangkan hati yang ketika ini mungkin sedang
diuji...(",)

Monday, September 21, 2009

Salam Aidilfitri...(^_^)


Bismillahirrahmanirrahim

Di kesempatan bulan syawal yang mulia ini, masih xterlambat lagi rasanya untuk sy mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada sahabat2 yg mengenali diri ini dan kepada sesiapa sahaja yg mengunjungi blog sy..Selamat hari raya aidilfitri...Maaf zahir dan batin...Mohon maaf atas segala kekhilafan diri. Semoga ibadah kita di bulan ramadhan yang lalu diterima dan Allah sampaikan kita pada ramadhan akan datang...insyaAllah..amin...

Pemergian Ramadhan ditangisi,
Bulan penuh berkat lagi dirahmati,
Semoga Ramadhan jumpa lagi,
Kerana usia di tangan Ilahi.....

Datangnya Syawal tanda kemenangan,
Sebulan berpuasa menahan cubaan,
Sambutan raya dengan kemaafan,
Moga bergembira di hari lebaran....


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Wednesday, September 16, 2009

Tasyji'

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum,

untuk post kali ini, sy petik2 kata2 semangat daripada salah seorang sahabat..

semoga kata2 hikmah ini dapat memberi motivasi kepada kita semua untuk terus

istiqamah dalam memperjuangkan agama Islam yang tercinta....

takbir!!

ALLAHUAKBAR!!!

" In ISLAM,

*there is no word for hands up,
*there is no word for surrender,
-there are only 2 things:
  1. WIN as MUJAHID, or;
  2. DIE as a SYAHID

"....sabiluna2 JIHAD, 'amaluna2 SYAHID..."


berusahalah. ...Takbir. . Allahuakbar! !




Sekadar Renungan Sahabat2 dan sahabiah2:

Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan,

Yakin pada Allah bukanlah keindahan nikmat,

Yakin pada Allah adalah meletakkan keREDHAan pada keTENTUan-Nya,


Rasa bahagia dgn UJIAN walaupun perit,

Di situ air mata yang tertitis terasa bernilai buat menyiram api neraka,

Indahnya TARBIYAH ALLAH, tersirat rahmat & hikmah,

Di uji kita sebagai tanda sayang NYA, insya Allah.

wassalam


Sunday, September 13, 2009

9 Sebab-sebab Hati Tidak Bahagia

Antara mazmumah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2 . Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq,
pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia

5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak...tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh. .)

7. Ego - ibu segala mazmumah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah. .. Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa
mati.

Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya tetapi ialah SIFAT MAZMUMAH.

Makin tinggi mazmumah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kitA sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklah padahnya.

Wallahualam

Saturday, September 12, 2009

Pesan Roh kepada Manusia

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia.

Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut".

Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh". Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh".

Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".

Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan:
"Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika inisebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah ku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".

Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah.

Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah S.A.W berkata:

Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan
saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:

"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S.

"Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:

"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu.

Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki.

Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majli! s ilmu." Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "

Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu.

" Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarl! ah roh tersebut dari arah m ulut dengan tenang. Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad.

Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak
mereka.
5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di
langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta
jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat
tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.
Sila panjangkan kisah ini kepada semua saudara islam kita. Wallahua'lam...

Thursday, September 10, 2009

Ujian.....

Bismillahirrahmanirrahim

Ntah kenapalah hari ni ada saje yg xkena berlaku...banyak gak ujian untukku pada hari ni...td kat kilang 2 kali sy terlanggar sesuatu tanpa disedari padahal benda tu besar gakla tp ntah camane ntah boleh xprasan...nasib baik xcedera parah...huhu...(kiffarah dosa kot...huhu)...terharu sangat ramai gak yg concern kat sy...sampai siap buat sesuatu bg mengelakkan kejadian yg sama berulang...terharu lagi tp kelakar gak...huhu...time kasih bg sesiapa yg terlibat..

Harini gak sy diuji berhadapan dengan situasi yg agak mencabar....xtahu nak cerita camane tp yg pasti sy sangat sedih...huhu....

Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada hambaMu ini dalam menghadapi mehnah dan tribulasi untuk terus istiqamah di jalanMu ya Allah....tetapkanlah iman kami....semoga kau bukakanlah pintu hati mereka agar dapat melihat siapa yg benar dalam memperjuangkan agamaMu ya Allah....jauhkanlah para pejuang agamaMU serta para daie daripada difitnah.....Selamatkanlah diri kami, ahli keluarga kami dan masyarakat di sekeliling kami dari fitnah dunia akhir zaman dan matikanlah kami dalam keadaan beriman kepadaMu...sesungguhnya hati2 kami ini berada dalam genggamanMu ya Allah...semoga hati2 kami, hati2 ahli keluarga kami dan hati2 orang2 yg terdekat dengan kami terpilih untuk mendapat taufik serta hidayah dariMu....ameen...

Teringat kata2 semangat dari seorang sahabat akrab sy Siti, "Alya mesti kuat..sy pun mesti kuat...pejuang agama Allah xboleh lemah....kesedihan adalah untuk MENCARI KEKUATAN....KEKUATAN itu ada padaNYA...SABARLAH dan PERKUATKAN KESABARAN....sesungguhnya Allah bersama org2 yg sabar...

thanx siti...sahabat dunia akhiratku...insyaAllah....miss u a lots.....(",)

Friday, September 4, 2009

Iftar Jamai'e

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah smalam sy dapat bersama2 dengan sahabat2 misdec berbuka puasa bersama2 di restoran Tomyam Klasik...itupun setelah puas sy pujuk ayah sy..hehehe...kalau x, jgn harap dpt pegi..huhu..terima kasih abah..=)

Seronok sgt makan berbuka smalam..meriah..hehe...macam2 ada...kami solat maghrib di situ dan selepas mkn, kami terus ke Masjid Al-A'lami MITC untuk menunaikan solat isya' dan terawih berjemaah...

Dah lama xberbuka puasa dan berterawih dengan sahabat2..Alhamdulillah dalam training ni, sy dipertemukan dengan sahabat2...terasa sumenya indah dan manis apabila berukhuwwah kerana Allah..Rasa terharu sgt sbb walau di mana jua sy ditempatkan, pasti Allah akan menemukan sy dengan sahabat2...Sesungguhnya Allah itu lebih Maha Mengetahui...Tuhan lebih mengetahui yg terbaik untuk setiap hambaNya...kalau xberjumpa dengan sahabat, mungkin sy akan lalai dan lemah untuk meneruskan langkah menongkah arus dunia akhir zaman yg kini makin hebat dugaan dan cabarannya...alhamdulillah wa syukran lillah ya Allah....

Selepas solat terawih, sy tumpang bermalam di rumah sahabat utem (xblk umah sbb jauh n xnak susahkan sape2)...alhamdulillah bertambah lagi kenalan sahabat2 sy....papepun, berukhuwwahlah kerana Allah...Salah satu cara untuk merasai halawatul iman adalah dengan bersahabat kerana Allah...Bertemu dan berpisah hanyalah kerana Allah...hargailah sahabat2 yg kita ada kerana untuk mencari seorang sahabat yg benar2 sanggup bersama2 ketika susah dan senang amatlah sukar untuk kita temui kini...dan ingatlah sesungguhnya selemah2 ukhuwwah adalah berlapang dadalah dengan sahabat2...

“Sesungguhnya di kalangan hamba-hamba Allah itu ada satu golongan,mereka

bukan dari golongan para nabi ataupun syuhada’,tetapi para nabi dan syuhada’

mencemburui mereka,tempat mereka di sisi Allah s.w.t. Kata para

sahabat, khabarkan kepada kami siapa mereka? Rasulullah S.A.W

bersabda:”Mereka adalah satu kaum yang saling cinta-mencintai kerana Allah,

bukan ada hubungan saudara-mara di kalangan mereka dan juga bukan kerana

kepentingan. Demi Allah,di wajah mereka ada cahaya dan mereka di atas cahaya.

Ketika manusia takut,mereka tidak takut. Ketika manusia bersedih, mereka tidak

bersedih.Dan mereka berkata,sesungguhnya wali-wali Allah tidak takut dan tidak

sedih.”♥


Dan Dia (Allah) yang mempersatukan hati mereka(orang yang

beriman).Walaupun kamu

menginfakkan semua(kekayaan) yang berada di bumi,nescaya kamu tidak dapat

mempersatukan hati mereka,tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka.

Sungguh Dia

Mahaperkasa, Mahabijaksana.”(surah Al-anfal, 8:63).....


Terima kasih sahabat...dan xlupa jugak nak ucap terima kasih pada en zain sbb blanje kami makan berbuka puasa...Semoga Allah merahmati dan murahkan rezeki en zain sekeluarga...amin...


p/s: insyaAllah nanti bila dah ada gambar sy akan attachkan di blog...(^_^)

Thursday, September 3, 2009

Senarai Semakan di Bulan Ramadhan


Just to share this checklist i received from my friend with you:-

AMALAN DI BULAN RAMADHAN


1. Mengucapkan tahniah (Selamat datang Ramadhan atau Selamat menyambut Ramadhan.

2. Niat sebulan bagi malam yang pertama dan selanjutnya niat untuk hari-hari.

3. Sembahyang Isyak berjamaah di masjid/surau.

4. Solat Tarawikh.

5. Tadarus membaca bersemak dan berturut-turut juzuk.

6. Tidur malam membaca 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dikejutkan bangun tepat jam
4.00 pagi insyaAllah.

7. Bangun jam 4.00 pagi dan setengah jam untuk Qiamullail ringan (Solat Tahajud, Solat Taubat
dan Solat Hajat)

8. Jam 4.30 pagi kaum ibu masak sahur.

9. Jam 5.00 pagi/5.15 pagi makan sahur.

10.Jangan tidur sesudah sahur.

11.Solat Subuh berjemaah di Masjid.

12.Tadarus pendek.

13.Matahari tinggi segalah, lakukan solat Isyraq.

14.Menjalankan kerja harian dan menjaga pancaindera.

15.Jam 11.00 pagi tunaikan Solat Dhuha.

16.Jam 12.00 tengahari tidur, niat tidur waktu Qailulah (ganti jaga satu jam diwaktu sahur)

17.Solat Zuhur berjemaah.

18.Tadarus pendek.

19.Sebelah petang kaum ibu menyediakan berbuka petang.

20.Solat Asar berjemaah di Masjid.

21.Jika masa petang jangan gunakan untuk bersiar-siar atau menonton TV yang melibatkan
kemaksiatan. Sebaik-baiknya digunakan untuk mengikuti majlis-majlis ilmu atau berdoa
kerana waktu itu amat mustajab.

22. Berbuka dengan ala kadar iaitu minuman yang belum dipanas oleh api atau dengan buah
kurma atau buah tempatan.

23.Segera Solat Maghrib di Masjid.

24.Makan malam bersama keluarga.

25.Bersiap sedia untuk ke masjid menunaikan Solat Isyak dan Tarawikh secara berjemaah.

KELEBIHAN-KELEBIHAN YANG LAIN


1. Menghadiri majlis ilmu setiap langkah di beri pahala ibadah sunah setahun.

2. Mengekali berjemaah diberi balasan dengan disediakan sebuah bandar khas di Syurga.

3. Membuat hubungan baik kepda kedua ibu bapa, Allah pandang dengan penuh kasih sayang.

4. Isteri taat kepada suami diberi pahala seperti pahala Asiah dan Mariam.

5. Sesiapa yang menyampaikan hajat saudaranya disampaikan 1000 hajatnya di akhirat.


Mengurangkan berat badan di dalam menjalani ibadah Ramadhan


1.
Sebelum puasa timbang badan

2. Kawal berbuka puasa

3. Pastikan semakin lama menunaikan ibadah puasa akan semakin kurang berat badan

4. Elakan daripada makan berlebihan

RANCANG PENINGKATAN IBADAH RAMADHAN


1. Sepuluh hari yang pertama adakan muhasabah amalan.

2. Sepuluh hari yang kedua, pastikan keimanan bertambah kuat dan selaraskan dengan
sempena Nuzul Quran.

3. Sepuluh hari yang ketiga kuatkan azam untuk beramal di malam Al Qadr :

i. Dengan melakukan Solat Maghrib,Isyak dan Tarawikh berjemaah.

ii. Atau ditambah dengan Solat Subuh berjemaah

iii. Duduk dengan air sembahyang dan baca Al-Quran, Ayat Kursi, Surah Al Baqarah terakhir
(Amanarrasul) , Surah Az-Zalzalah, Suraah Al Kafirun, Surah al Ikhlas dan Surah Yasin.

iv. Bagi kaum ibu yang uzur, baca zikir.

v. Bangun qiamullail tunaikan Solat Tahajud, Solat Taubat, Solat Hajat, Solat Tasbih, Solat Istikarah.

vi. Jika sedang beramal, badan terasa sejuk dan terharu maka inilah tanda-tanda mendapat Lailatul Qadar.

SELAMAT TINGGAL RAMADHAN


i. Pastikan Tarawikh terakhir

ii. Ucapkan Selamat Tinggal Ramadhan dengan penuh terharu dan berdoa semoga
dipertemukan sekali lagi dengan Ramadhan yang akan datang.


Selamat beramal...Wallahua'lam...Wassalam....(^_^)

Wednesday, September 2, 2009

Salam Takziah....

Bismillahirrahmanirrahim....

Semalam seharian sy tidak menjumpai handset sy....Alhamdulillah harini dengan izin Allah sy jumpa semula handset sy...Ada 8 mesej dan 5 missed call yang tertera di skrin handset tu...Dalam byk2 mesej, ada satu mesej mengenai berita yg menyedihkan smalam...Ayah kepada salah seorang junior sy telah kembali ke rahmatullah...Tp sy tahu pun sbb ada seorg sahabat mesej kat nombor sy yg satu lg ptg td....Terkejut dibuatnya kerana ini adalah ujian kedua yg besar buat adik mariyam pada tahun ini kerana baru sahaja awal tahun ni adik mariyam telah kehilangan bondanya yg tercinta dan smalam ayahandanya pula telah pergi buat selama2nya..Innalillahiwainnailaihiroji'un...

Papepun, takziah diucapkan kepada mariyam hoziri..Semoga roh ayahanda dan bonda mariyam ditempatkan di kalangan org2 yg soleh...amin....Dan semoga mariyam tabah menghadapi ujian ini.. apabila mati anak adam maka terputus segalanya melainkan 3 perkara salah satunya doa anak yang soleh... semoga adik mariyam sentiasa mendoakan kesejahteraan roh ayahanda dan bonda beliau.. amin.


Buat kita yg masih mempunyai ibu bapa yg tersayang, hargailah mereka dan berbaktilah kepada mereka sementara kita masih mempunyai peluang itu...Ingatlah jasa dan pengorbanan mereka membesarkan dan mendidik kita sehingga kita berada pada tahap ini...


بروا اباءكم يُبِرُّكُمْ أَبْنَاؤُكُمْ وعفوا تعف نساءك

"Berbuat baiklah dan belas kasihan kamu kepada ibu bapa kamu, nescaya kamu akan dibuat baik dan dikasih sayang oleh anak-anak kamu."


Wassalam...

p/s: Marilah sama2 kita sedekahkan al-fatihah buat arwah ayahanda dan bonda adik mariyam...Al-Fatihah......