Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, April 21, 2009

Travel to KL

Hari Sabtu haritu, sy ke Petaling Jaya bersama dengan beberapa org sahabat kerana ada program bersama dengan anak-anak Melaka di perantauan...yang bestnya dapat jumpa IR Nizar Jamaluddin...1st time dapat jumpa dia yang dikatakan kini menjadi ikon kepada golongan para belia...rasa bersyukur sangat sebab diberi peluang berjumpa dengan org yg hebat seperti beliau..dan yang paling best dalam program tu sy dapat berjumpa dengan kengkawan lama n baru yg merupakan anak jati Melaka..susah nak dapat pluang berjumpa seperti itu...

Program abes lewat petang...pada mulanya kami bercadang untuk bermalam di sana..tp alhamdulillah dipermudahkan urusan, kami bertolak balik malam tu jugak..."eh, ada bookfairla kat PWTC...Jomla kita g ramai2..."kata Kak Fizah...sy n sahabat2 lain pun bersetuju...sebelum bertolak balik, kitorg singgah ke PWTC dl...best sgt2..alhamdulillah hajat untuk ke pesta buku tercapai walaupun pd mulanya mmg xplan pun, tp alhamdulillah rezeki...(kebetulan sbnrnya housemateku 'uyun nak ke pesta buku...sebenarnya sy dah pesan dah kat 'uyun minta tlg blikan buku2 yg best) waktu kami g tu, byk booth hampir tutup...org tetap ramai tp xla sesak macam di siang hari...

eee, geramnya tgk buku2 ni...rasa nak je beli sume...hehe..nasibla xbwk duit byk..huu..(kataku di dalam hati)...memandangkan kami pun bergegas mengejar masa untuk pulang, kami tidak lama di situ...on the way nak ke parking kereta, tanpa disangka2 sy telah berjumpa dengan classmate lama SMAP dl...Anuar...stil macam dulu...xbyk perubahan..hehe..dl masa kat skolah, bdk2 ni suka buli dia..sian kat nuarkan...huu..sy ingat lagi masa form 4, kitorg bdk2 klas ada main tukar2 hadiah...sy kena bagi hadiah kat anuar ni....sebelum tu kalau xsilap, kitorg boleh demand nak ape..adala dalam 3 -4 list yg bleh disenaraikan...antara hadiah yg anuar mintak buku add math tuuu...anuar ni mmg rajin tp sian kat dia, bdk2 ni suka buli n sakat dia...

xsangka sgt jumpa die kat pwtc...tup2 skrg ni dia sdg amik medic kat uitm...nak cerita betapa tekadnya azam dia nak amik medic, dia sanggup repeat matrik untuk merealisasikan impian dia nak jd doktor...alhamdulillah dia berjaya ditawarkan kos medic yg menjadi impian dia selama ni..semoga cita2mu tercapai..amin...

setelah bersalaman ngan sahabat2 lain, kami pun bertolak pulang ke melaka...bermalam di umah sahabat sebelum meneruskan perjalanan ke JB...

sampai je rumah, xsabar rasanya nak baca buku2 yg dibeli...(byk buku yg sy beli sblum ni tp xsempat nak baca..hee..=p) antara buku yang sy beli, "Risalah Untuk Mukminah...Jgn Terpedaya", Bidadari dari Timur n Rahsia Al-Quran Terunggul...buku yg sy pesan pd 'uyun xdapat lagi (sebab 'uyun xsampai umah lagi..hehe..) pada 'uyun sy pesan buku "Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul"...

sy dah khatam dah buku tulisan Fatimah Syarha tu...best sgt..semoga apa yg baik dapat dijadika suri tauladan buat muslimah2 yg mahu menjadi muslimah solehah...

sepanjang perjalanan ni, byk sgt yg sy belajar...betullah kata org, jauh perjalanan luas pengetahuan n pengalaman...syukur sgt2 kerana masih berpeluang menikmati dan menjalani kehidupan sebagai khlaifa hAllah di muka bumi ini...Semoga kami tetap akan terus istiqamah di jalanMU..amin...

No comments:

Post a Comment