Thursday, May 30, 2013
Rahsia Otak
RAHSIA OTAK
Setiap hari hampir 10 ribu sel di otak mati dan tidak boleh digantikan. Proses ini terus menerus berlaku ketika sedang membaca kenyataan ini. Ini bermakna jika anda sudah berumur 30 tahun. 1 billion sel otak telah pupus. Sebab itulah semakin meningkat umur kita makin pelupalah kita. Bagaimanakah untuk mengurangkan gejala ini daripada berterusan. Teruskan pembacaan anda sehingga ke akhir halaman ini. Pasti anda akan menemui jawapannya.
Rahsia Otak
Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.
Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.
Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.
Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini.
Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.
Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama.
Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.
Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang remeh kepentingan berzikir dan mengabaikannya.
Bagian dan Fungsi Otak
Penemuan penting di dalam sejarah otak adalah kesadaran kita bahwa berbagai bagian otak mengendalikan fungsi yang berbeda-beda. Bagian-bagian otak adalah
Batang Otak, mengendalikan fungsi-fungsi penyangga kehidupan dasar misalnya pernapasan dan laju denyut jantung. Mengontrol tingkat kesiagaan. Menyiagakan anda terhadap informasi sensorik yang masuk. Mengendalikan suhu. Mengendalikan proses pencernaan. Menyampaikan informasi dari serebelum.
Serebelum atau otak kecil atau otak belakang, mengendalikan gerakan tubuh dalam ruang dan menyimpan ingatan untuk respon-respon dasar yang dipelajari.
Sistem Limbik atau otak tengah, yang posisinya sedikit lebih ke depan dan terdiri atas Talamus dan Ganglia Basal atau otak tengah. Sistem Limbik penting bagi pembelajaran dan ingatan jangka pendek tetapi juga menjaga homeostatis di dalam tubuh (tekanan darah, suhu tubuh dan kadar gula darah). Terlibat dalam emosi ketahanan hidup dari hasrat seksual atau perlindungan diri.
Menurut ilmuwan Robert Ornstein "suatu cara untuk mengingat fungsi sistem limbik adalah empat F, yang penting untuk kelangsungan hidup : Feeding (memberi makan), Fighting (berkelahi), Fleeing (melarikan diri), dan reproduksi sosial (F yang satu ini tidak disebutkan oleh sang pengarang buku.. kenapa ya.. :p).
Sistem Limbik mengandung Hipotalamus, yang sering dianggap sebagian bagian terpenting dari 'otak mamalia'. Hipotalamus meskipun kecil (besarnya hanya sepatuh gula kotak) dan beratnya hanya empat gram, hipotalamus mengatur hormon, hasrat seksual, emosi, makan, minum, suhu tubuh, keseimbangan kimiawi, tidur dan bangun, sekaligus mengatur kelenjar utama dari otak (kelenjar pituitari). Hipotalamus adalah bagian otak yang memutuskan mana yang perlu mendapat perhatian dan mana yang tidak, misalnya kapan kita lapar.
Serebum atau korteks serebral, membungkus seluruh otak dan posisinya berada di depan. Serebum adalah karya besar evolusi alam dan bertanggung jawab atas berbagai keterampilan termasuk ingatan, komunikasi, pembuatan keputusan dan kreativitas. Fungsi : pengaturan, ingatan, pemahaman, komunikasi, kreativitas, pembuatan keputusan, mind mapping, bicara, musik. Serebum dibungkus oleh suatu lapisan berkerut-kerut berupa sel-sel saraf setebal seperdelapan inci yang amat sangat menakjubkan, yang dikenal sebagai korteks serebral. Sifat kortekslah yang merumuskan kita sebagai manusia.
Area terpenting otak yang perlu dipahami dalam mengenali kekuatan otak adalah serebrum atau yang sering disebut 'otak kiri dan kanan'.
Serebum membagi tugas ke dalam dua kategori utama yaitu tugas otak kanan dan otak kiri.
tugas otak kanan antara lain irama, kesadaran ruang, imajinasi, melamun, warna, dimensi dan tugas tugas yang membutuhkan kesadaran holistik atau gambaran keseluruhan. Tugas otak kiri antara lain kata-kata, logika, angka, urutan, daftar dan analisis.
Istilah-istilah populer yang memayungi kegiatan belahan otak kiri adalah
- Akademik
- Intelektual
- Bisnis
Belahan otak kanan :
- Artistik
- Kreatif
- Naluriah
Sejumlah penelitian mengungkapkan bahwa kekuatan dan kelemahan yang berkelanjutan dari keterampilan kortikal setiap orang lebih merupakan fungsi kebiasaan daripada desain dasar otak. Bila seseorang memiliki kelemahan pada area tertentu, kemudian dilatih maka keterampilan dan kekuatan orang tersebut di area-area lain ikut menguat. Misalnya A lemah dalam keterampilan menggambar dilatih menggambar dan melukis, maka kinerja akademisnya akan meningkat secara keseluruhan, terutama pada bidang-bidang seperti geometri dimana persepsi dan imajinasi berperan penting.
Contoh lain adalah keterampilan yang dimiliki otak kanan yaitu melamun yang sangat penting bagi ketahanan hidup otak. Melamun memberi istirahat yang sangat diperlukan kepada bagian-bagian otak yang melakukan pekerjaan analitis dan pengulangan, melatih pemikiran proyektif dan imajinatif dan memberi kita kesempatan untuk mengintehrasikan dan mencipta. Kebanyakan jenisu besar menggunakan lamunan yang diarahkan untuk membantu mereka memecahkan masalah, menghasilkan ide dan mencapai tujuan.
Bila anda hanya mengandalkan salah satu sisi otak dan melalaikan sisi lainnya, anda mengurangi potensi keseluruhan otak secara drastis.
kutipan dari "Buku Pintar MIND MAP" by Tony Buzan...
Otak yang cerdas terletak pada badan yang sihat
Untuk mendapatkan otak yang sihat atau cerdas, kita perlu memiliki tubuh badan yang sihat terlebih dahulu. Oleh itu, anda perlulah melakukan senaman, mengamalkan amalan pemakanan yang berkhasiat, berzat, seimbang dan berjadual, amalan hidup yang betul dan menyihatkan, berpuasa, berjiwa tenang, membersihkan perut, dan lain - lain lagi rahsia yang dipaparkan di sini. Kesihatan mental bergantung kepada kesihatan tubuh badan.
SISTEM INGATAN MANUSIA
Maklumat yang diterima akan disimpan di dalam ingatan. Terdapat dua jenis sistem ingatan :
(i) INGATAN JANGKA PENDEK
Maklumat yang diterima, disimpan di dalam ingatan jangka pendek dalam tempoh yang singkat, iaitu di antara 30 saat hingga 24 jam. Proses kehilangan maklumat dari gudang ini amat pantas kerana muatannya terhad. Ianya mudah hilang dari ingatan seperti nombor telefon, senarai harga dan nombor pendaftaran kenderaan. Sesetengah maklumat dari sistem ingatan jangka pendek akan berpindah memasuki sistem ingatan jangka panjang jika ianya diberi penumpuan dan diulang-ulang. Maklumat yang tidak berpindah ke sistem ingatan jangka panjang, kebanyakkannya akan lupus begitu saja.
(ii) INGATAN JANGKA PANJANG
Ingatan ini bermaksud ingatan terhadap sesuatu maklumat dalam tempoh yang lama. Sebenarnya setiap maklumat yang tersimpan dalam ingatan jangka panjang tetap kekal sehingga ke akhir hayat seseorang. Yang menyebabkan kita tidak dapat mengingati kembali ialah kerana kelemahan untuk 'memanggil kembali' (recall) maklumat tersebut dari gudang ingatan jangka panjang.
Maklumat dari ingatan jangka panjang tidak akan luput. Ianya masih wujud dalam ingatan, cuma mengambil masa untuk dikeluarkan kerana sudah lama tidak digunakan. Anda mungkin pernah terserempak dengan kawan lama tetapi tidak dapat mengingati namanya. Puas anda cuba mengingati namanya semasa berbual tetapi gagal. Setelah pulang, tiba-tiba baru anda teringat namanya. Begitu juga kadang-kadang kita terlupa dengan sesuatu yang sudah diingati seperti nama jalan, bangunan atau tajuk buku. Selepas beberapa ketika kita mampu mengingatinya semula.
Ini menunjukkan maklumat itu masih ada, tetap tersimpan. Kita masih 'ingat' maklumat tersebut, bukan lupa. Cuma itu adalah kelemahan kita untuk memanggil kembali maklumat itu. Itulah yang dimaksudkan dengan perkataan 'LUPA' dalam kehidupan seharian. Penyelidikan pakar psikologi dan neurologi menegaskan kenyataan "Setiap maklumat yang tersimpan di dalam ingatan jangka panjang tidak akan hilang dan musnah selama-lamanya sehingga ke akhir hayat seseorang." Ini bukanlah cakap-cakap kosong tanpa bukti ilmiah dari para pengkaji otak. Pelbagai eksperimen saintis otak dan amalan ahli hypnotisme membuktikan penyataan tersebut. Dr. Wilder Penfield, seorang saintis otak dari Universiti McGill, Montreal, telah melakukan pembedahan ke atas otak pesakitnya. Beliau telah mengalirkan arus elektrik dengan kadar yang sangat halus pada otak subjeknya iaitu pada bahagian yang dikenali sebagai neucortex. Terbukti subjeknya didapati mampu mengingati peristiwa-peristiwa puluhan tahun lampau dengan terperinci. Misalnya warna baju, nombor-nombor telefon, perbualan pada hari-hari yang tertentu pada puluhan tahun yang lalu.
Begitu juga yang berlaku kepada para subjek ahli-ahli hypnotisme. Hypnotisme adalah ilmu membangkitkan minda bawah sedar seseorang dengan menidurkannya terlebih dahulu. Subjek-subejk ahli hypnotisme juga mampu mengingati kembali peristiwa lampau dan mampu menceritakan apa yang dilakukan oleh mereka pada hari-hari tertentu pada 10,20 malah 50 tahun yang lampau! Kedua-dua jenis eksperimen ini membuktikan maklumat tersebut tetap kekal di dalam ingatan dan tidak akan luput selama-lamanya.Orang genius dan yang mempunyai ingatan luar biasa ialah orang yang berkebolehan 'memanggil kembali' maklumat yang tersimpan di dalam sistem ingatan jangka panjang. Itu sahaja kebolehan mereka. Benarlah pendapat Professor Diraja Ungku Aziz bahawa manusia mempunyai kemampuan untuk menyimpan ilmu pengetahuan yang tidak terhingga banyaknya jika mengetahui tekniknya.Jika anda ingin menjadi gemius, anda haruslah menguatkan potensi otak dengan meransang, melatih, menyubur, menyihat dan mencergaskan otak melalui kaedah-kaedah moden dan tradisional. Kajian menunjukkan keupayaan otak boleh ditingkatkan perkembangannya melalui berbagai-bagai rangsangan, saranan, pemakanan, senaman, latihan, amalan dan pantang hidup. Kajian ulama-ulama Islam menambah bahawa amalan-amalan kerohanian termasuk doa, ibadah dan taqwa juga boleh menyubur dan mengaktifkan sel-sel otak.
Cara meningkatkan kekuatan otak anda
Pernahkah anda melihat seseorang yang tanpa usaha yang gigih dapat mempelajari konsep dan ilmu pengetahuan yang baru dengan cepat sementara orang lain harus berjuang untuk mendapatkan sesuatu ilmu itu?
Napoleon Bonaparte dapat menyebutkan nama ribuan prajurit yang setia kepadanya. Juara catur peringkat dunia dapat mengingati suatu pertandingan yang telah berlangsung bertahun-tahun lalu. Kadang-kadang saya bertanya bagaimana cara para intelektual ini melakukannya.
Walaupun sebagian dari mereka lahir dengan IQ yang luar biasa, sementara yang lain tidak. Namun, ada beberapa teknik yang dapat membantu anda belajar lebih cepat, belajar lebih baik, dan menyerap informasi sebaik mungkin.
Berikut adalah 7 tips yang boleh meningkatkan kekuatan otak anda.
1. Ajarlah kepada orang lain.
Jika ada sesuatu yang ingin anda pelajari, cubalah untuk mengajarkannya juga kepada orang lain.
Proses pembelajaran tradisional membantu anda untuk menghafal sebuah idea, namun mengajarkan sesuatu kepada orang lain membuat anda benar-benar memahami konsep dan bagaimana cara mengaplikasikannya. Untuk mengajar seseorang, anda harus bersedia kemungkinan adanya pertanyaan dan melihat topik dari sudut pandangan yang berbeza. Mengajarkan orang lain akan secara praktikal meningkatkan pemahaman anda.
Mengajar orang lain juga bermaksud kita sentiasa mengulang-ulang ilmu yang kita perolehi. Secara tidak langsung ilmu itu akan berkembang dan lebih mendalam di dalam minda kita.
2. Tulislah sebuah artikel.
Sangat mudah untuk mempelajari sesuatu dari buku. Hanya dengan membaca anda boleh memperolehi ilmu itu. Tapi apakah ilmu itu akan lebih mendalam dan berkesan hanya dengan membaca…?
Dalam suatu keadaan, jika anda harus menulis sebuah artikel yang berkenaan dengan suatu topik, apakah anda dapat menghasilkan sesuatu yang lebih baik hanya dengan menulis..?
Oleh itu, jika anda mahu menjadi ahli dalam suatu topik pilihan anda, baca dan tulislah buku mengenai hal tersebut. Ini akan memungkinkan anda untuk menelusuri aspek-aspek lain yang sedang anda pelajari. Dengan menuliskannya juga, anda akan menghubungkannya dengan idea-idea yang sudah anda ketahui dan menciptakan sebuah jaringan pengetahuan yang lebih baik.
3. Bermula dengan sebuah Blog.
Belajar sesuatu melalui sebuah blog dengan menulis dan bercerita mengenai pengalaman anda. Ini akan meningkatkan proses pembelajaran anda. Menulis sebuah blog membuatkan anda berfikir sesuatu yang pernah berlaku dan akan berlaku di masa hadapan yang kemudian anda tulis orang lain dapat mengetahuinya. Jika anda ingin meningkatkan kemampuan otak anda ke-level yang berikutnya, saya menyarankan anda untuk bermula dengan blog anda sendiri.
Menulis blog akan menjadi hal yang menarik secara intelektual sekaligus dapat menjadi aktiviti harian yang akan menjana kemampuan minda anda.
4. Jagalah tubuh anda dengan baik.
Sementara anda mencuba untuk meningkatkan kemampuan belajar anda, anda harus memastikan otak dan tubuh anda dalam keadaan sihat. Otak adalah sebahagian dari tubuh yang memerlukan banyak bahan bakar dan oksigen jika anda mengharapkannya dapat berfungsi secara efisyen. Dalam proses pembelajaran, anda harus memberi makan dan merawat tubuh dan otak anda untuk memaksimakan proses.
Untuk mencapai matlamat tersebut, anda harus:
Makan setiap beberapa jam untuk mempertahankan gula darah anda pada level yang tinggi.
Bersukan setiap hari.
Melakukan rekreasi secara releks beberapa minit setiap hari.
Tidur sekurang-kurangnya tujuh jam setiap hari.
Minum banyak air.
Makan sedikit. Makan yang berlebihan cenderung membuat orang menjadi mengantuk.
5. Belajar dengan teknik gambaran.
Belajar sesuatu dengan teknik gambaran. Mulakan proses pembelajaran dengan melihat gambar dan menterjemahkannya menjadi satu idea. Dari buku bergambar, cuba belajar dengan menggunakan panca indera dan penglihatan.
Saat anda perlu memahami suatu hal dengan cepat, indera penglihatan akan membantu anda untuk membuat gambaran tentang suatu topik pada fikiran anda. Gambarkan juga pada selembar kertas. Anda boleh gambarkan apapun, sebuah imaginasi, grafik, atau hanya aliran waktu.
Sentiasa tambahkan gambaran pada fikiran anda sementara anda belajar dan cuba menciptakan terus gambar di fikiran anda selagi anda berfikir.
Lebih baik lagi jika anda tidak membatasi diri anda dengan gambar visual. Belajarlah dengan kekuatan panca indera tersebut yang disertakan sekali dengan idea pemikiran anda.
6. Tingkatkan motivasi anda.
Motivasi adalah alat untuk meningkatkan daya ingatan dan kesedaran. Cuba fikirkan mahasiswa sekolah yang berusaha sebelum ujian bermula. Mereka memiliki motivasi yang tinggi kerana ingin memperolehi sesuatu yang lebih baik dalam peperiksaan tersebut. Mereka dapat menguasai sesuatu ilmu itu kerana mereka mahu. Motivasi ini membuat proses pembelajaran mereka pada tahap motivasi yang tinggi.
Jika anda bukan lagi mahasiswa yang suka menunggu dan menanti namun tetap ingin memotivasikan diri anda, cubalah berfikir sesuatu yang berkaitan dengan cita-cita. Jika anda menciptakan suatu cita-cita yang terus anda kejar, maka anda akan belajar lebih cepat sebagai motivasi untuk mendapatkan cita-cita tersebut.
Sebagai contoh, jika anda belajar atau bekerja untuk memahami satu subjek yang berlembar-lembar, anda mungkin akan memberi motivasi diri anda untuk pergi ke kedai buku atau perpustakaan, bermain video game, atau mungkin menonton rancangan TV kegemaran anda. Oleh itu, pilihlah jenis motivasi yang sesuai dengan anda.
7. Belajarlah selagi anda tidur.
Alangkah indahnya bila anda dapat menghabiskan waktu tidur sambil mempelajari bahan pelajaran dengan hanya menekan tombol play pada CD player anda? Tentu saja indah…. Tapi bolehkah kita belajar sesuatu perkara semasa kita tidur.
Satu kajian dari sebuah universiti mengatakan bahawa kita dapat belajar semasa tidur namun ia perkara itu tidak dapat dilakukan jika anda tertidur nyenyak.
Namun, sebuah bukti menunjukan bahwa anda dapat belajar pada masa tidur ringan, sebuah keadaan sebelum anda tertidur nyenyak.
Perlu diingat bahwa apa yang anda dengar itu tidak lebih dari fakta, kosa kata, dan perkara yang ringan lainnya. Anda tidak dapat mempelajari sesuatu yang berat pada tahap tidur ringan.
Baru-baru ini, pengkaji di jerman menemui bahawa penggunaan stimulasi elektrik pada tahap tertentu dalam tidur dapat meningkatkan kemampuan seseorang untuk mengingat fakta.
Menarik untuk dikaji, teknologi pembelajaran apa lagi yang akan muncul di masa hadapan.
Kesimpulan
Teknik dan cara yang boleh menjana ketajaman otak anda. Jadikan minda anda sesuatu yang kreatif dan melahirkan idea yang boleh memberikan manfaat kepada diri anda.
Friday, January 11, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)