Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, April 15, 2012

~Tips Menghafaz Al-Quran bagi bkn Aliran Tahfiz~

Satu hari sebelum tidur – aku terbaca satu kisah bagaimana hendak menghafal Al Quran dan dengan cara yang demikian dapat membina hubungan yang intim dengan Allah swt

Kisah ini berkisar pada seorang hamba Allah bernama Ahmad – seorang pelajar kejuruteraan yang telah menghafal Al-Quran dalam masa pengajiannya sebagai seorang jurutera. Beliau mengikuti dengan tekun teknik yang telah dipelajari dari seorang syeikh dari Algeria, Shaykh Zakariya al-Siddiqi yang sedang bertugas di Institute of Human Science di Perancis. Shaykh Zakaria telah menjadi hafiz pada umur 9 tahun dan mengorbankan masanya untuk mempelajari dan mengajarkan isi kandungan Al Quran. Beliau telah menceritakan kisah Ahmad ini (nama samaran).


Tip 1 – Bangun awal


Ahmad akan bangun lebih awal dari rakan-rakannya. Beliau akan beristiqamah ke masjid pada setiap waktu fajr. Apabila balik dari rumah – beliau tidak menghabiskan masa dengan TV atau internet tetapi akan menghabiskan beberapa minit setiap hari dengan menghafal ayat-ayat Al Quran.


Tip 2 – Setiap hari cuba menghafal kurang dari apa yang anda rasa anda mampu buat


Ahmad membuat satu azam untuk menghafal keseluruhan Al-Quran. Beliau tidak mengikuti jejak langkah rakan-rakannya yang cuba menghafal satu atau dua muka surat dan akhirnya berhenti kerana tidak mampu. Ahmad akan menumpukan kepada 5 baris sehari. Ini memakan masa 20 – 30 minit sehari

.

Tip 3 – Biasa-biasakan dahulu


Untuk membiasakan diri dengan 5 barisan ayat-ayat Al-Quran, beliau akan menulis lima barisan ayat tersebut di atas sekeping kertas. Kemudian beliau akan mengulangi membacanya dan cuba menghafalnya.


Tip 4 – Simpan ayat-ayat tersebut dekat dengan anda


Ahmad akan mencari masa-masa terluang – di sana sini untuk menghafal ayat yang telah ditulis tadi …kekadang semasa menunggu bas, semasa menunggu pensyarah masuk ke kelas. Kertas yang ditulis akan sentiasa berada di koceknya dan akan dirujuk jika hafalannya tersangkut


Tip 5 – Guna apa yang dihafal dalam setiap solat


Bagi memantapkan hafalan – setiap waktu sembahyangnya – beliau akan membaca ayat yang dihafal pada hari tersebut. Dalam setiap rakaat beliau, dia akan menggilirkan pembacaan 5 barisan yang dihafal pada hari tersebut dan hari sebelumnya.


Tip 6 – Pastikan Matlamat sentiasa berada di depan anda


Bagi rusham Uthmani ada 15 barisan satu muka. Maka pada setiap hujung minggu, Ahmad bukan sahaja telah menghafal 2 muka surat Al Quran malahan berjaya menulis keseluruhan 2 muka surat.


Tip 7 – Perbaiki tajweed anda


Pada hujung minggu biasanya Ahmad akan menziarahi guru Quran yang mahir dalam pembacaan. Ahmad akan minta gurunya mendengar bacaan dua muka surat yang telah dihafalnya. Dengan ini beliau menjadi yakin dengan pembacaan dan tajweed hafalannya.

Seperkara lagi – ada satu lagi rahsia kejayaan Ahmad.


Rahsia dalaman bagi kejayaan dalam penghafalan


Seminggu sekali (biasanya pada hari Jumaat malam sabtu), Ahmad akan bangun malam untuk bertahajjud. Dalam tahajjudnya, beliau akan membaca keseluruhan dua muka surat yang telah dihafalnya.

Pada ketika ini Shaykh menyatakan berkemungkinan salah satu sebab tidak ramai yang bangun malam untuk bertahajjud ialah kerana mereka tidak ada ayat baru untuk dibaca.

Kita tahu terlalu sedikit ayat-ayat Al Quran sehingga tidak ada kenikmatan dalam bangun tahajjud…kekadangkala merasakan sembahyang wajib satu beban bukan satu nikmat.


Natijahnya


Bayangkan kegembiraan dan perasaan Ahmad apabila setelah 3 bulan dapat menghafal 1 juzuk Al Quran.

Apa yang beliau dapat bukan sahaja perasaan kejayaan dan kekuatan yang diperolehi dari Al Quran tetapi satu perasaan hubungan dalaman yang cukup hebat dengan Allah swt dan perasaan ini dirasai setiap hari yang dilaluinya.

Bayangkan betapa bangganya beliau apabila pada hari Penganugerahan Sarjana Mudanya, bukan sahaja Ahmad mendapat Pangkat Pertama dalam bidang kejuruteraan (dapat tempat ketiga dalam kelas) tetapi secara rasminya telah menghafal keseluruhan Al Quran…. Dia menjadi seorang hafiz.

Shaykh Zakariya menyatakan satu pengajaran yang cukup hebat dalam kes Ahmad:

Kejayaan terbesar bagi Ahmad bukan kerana beliau telah menghafal keseluruhan Al-Quran tetapi kerana telah terjalin satu hubungan yang amat intim dengan Al-Quran bagi setiap hari hidupnya selama 5 tahun.

Seterusnya hubungannya dengan Allah telah membuat Ahmad seorang yang sungguh istimewa. Keintiman perasaan dengan Pencipta telah menjadikan kehidupannya penuh makna dan membuat dia istiqamah dengan usahanya sedikit demi sedikit agar dapat menghafal keseluruhan Al Quran.

One can only imagine what happened to Ahmed’s levels of personal fulfilment, Iman and taqwa, as he went back every single day to develop this ritual of ihsan (spiritual excellence). Each day he woke up for Fajr and wrote out another 5 lines of Quran, his self-esteem and self-confidence soared…


“Can the reward for excellence be anything other than excellence?” Surah Rahman (55: 60)


sumber asal: http://

http://pas-sembrong-bangkit.blogspot.com/2012/03/tips-hafal-al-quran-bagi-yang-bukan.html

Tuesday, April 3, 2012

~Perbualan Seorang Bayi Sebelum Kelahirannya..~

Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

* Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”

Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

* Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”

Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

* Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

* Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

* Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

* Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

* Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”

Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat.”

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu.

Sunday, April 1, 2012

Berpantang????

Bismillahirrahmanirrahim...

Pada hari ape ntah , alhamdulillah rezekiku dapat surat panggilan temuduga..Nasib baik dekat je...aku dapat 2 tawaran temuduga pada hari yg sama tp utk jawatan yg berbeza..syukur alhamdulillah 1 sesi pg n 1 lg sesi adalah pd waktu ptg..

Waktu hari temuduga tu merupakan hari ke-26 aku berpantang..huhu..namun ku gagahkan jua untuk pegi interbiu..cuma yg menjadi sedikit mencabar adalah aku perlu mencari org yg hendak menjaga Fayyadh...Alhamdulillah mak andak dapat meluangkan masa untuk menjaga Fayyadh..Memandangkan Fayyadh Ayyash menyusu jd aku perlu bekalkan susu ..

Pagi Khamis tu, ayahku menghantar Fayyadh ke rumah mak andak..aku mengajar mak andak bagaimana hendak handle susu perahan..susu perahan tidak banyak cuma 6 oz sahaja..risau juga aku takut tidak cukup hingga tgh hari..

Selepas menghantar Fayyadh Ayyash, kami pun menuju ke tempat temuduga..masyaAllah sungguh ramai org..almaklumlah sekarang ni berlambak lepasan graduan yg masih tidak mendapat pekerjaan..tp jawatan ni hanyalah memerlukan kelulusan SPM sahaja..aku ikhtiarkan jua pergi interbiu..mane tahu ade rezeki anak dpt kerja tetap..xkisahlah kelulusan pepun..yg penting mencari rezeki yg halal..betul x? betul3..=p

Disebabkan berkejar2 nak g awal n menghantar anakku, aku tidak sempat mengisi perutku..org berpantang xboleh perut kosong tau..huhu..sampai ke tempat temuduga, aku trus ke kaunter pendaftaran..yg mereka ni pun 1, spatutnye sape dtg awal, dialah yg diinterbiu dulu tp x, diorg ikut nombor siri yg tertera pd surat..giliranku adalah yg ke-37 plak tu..huhu..ok fine..diorg interbiu 4 org sekali..mungkin cptlahkan tiba giliranku...tunggu punyelah tunggu sampailah tgh hari masih blum tiba giliranku..nasib baik mase kul 10 lbh tu, aku n sorang member( baru knal kt ctu) g sarapan jap sementara panel pun mkn pagi gak..huhu..

Sementara tu, hatiku xkeruan =p memikirkan keadaan anak yg ditinggalkan..aku call mak andak bertanyakan kabar anakku..risau susu xcukup n dia xpandai minum susu guna botol..tp ada gak aku ajar Fayyadh kdg2 sbb nanti bila dah keje senang..alhamdulillah mak andak kate anakku ok..mula2 tu xpandai minum guna botol tp lame2 ok...alhamdulillah....bijak anak ummi ni..^^..fuh, lega!!!!

Masa terus berlalu...kami yg xdiinterbiu lg ni trus menunggu & menunggu..lame betul diorg interbiu untuk setiap group yg dipanggil..ingatkan kalau masuk ramai2 cptlahkan..tp x..huhu..aku dah mula xtenang kerana memikirkan bekalan susu untuk anakku yg xbyk..sian baby lapar...dlm pukul 1, aku call lg mak andak..mak andak ckp susu dah tinggal sikit..huhu..lglah hatiku xkeruan sekali lg...kalau tahu lambat camni, aku balik dulu..haha...Dalam kul 2 akhirnya baru sampai turnku..bygkanlah dr kul 8.30am, kul 2 baru turn sampai..calon2 untuk sesi ptg sudah mula kelihatan dah..tertekan juga aku..hehe..

Time aku, 7 org sekali masuk..kami adalah 7 org terakhir utk sesi pg..huhu..Ketika diinterbiu, macam biasa mereka suruh perkenalkan diri n nyatakan pekerjaan terkini...ringan je mulutku mengatakan bahawa aku sebenarnya sedang dalam berpantang..penemuduga sume terkejut..mereka kagum kerana aku tetap dtg walaupun sedang berpantang..yelah, nak dpt kerja tetapkan..mereka ckpla, insyaAllah ade rezeki anak nanti..amin..insyaAllah..moga Allah lembutkan hati mereka untuk mengambilku bekerja...amin...

Ok, habis untuk sesi pg.. aku meminta kebenaran kepada urusetia untuk dtg lewat untuk sesi ptg..mujur mereka memahami...alhamdulillah...ok, skrg aku memikirkan cara yg terbaik untuk sesi ptg..mula2 kna ambil anak dulu..risau anak lapar..then aku call suami..suami pula masih di sekolah...so, minta tlg mami hantarkan anak ke tempat temuduga, sementara suruh suami pula dtg trus ke tempat temuduga untuk jaga anak masa aku diinterbiu nanti..huhu..alhamdulillah mami n suami dtg hampir masa yg sama...then, memandangkan aku dah minta kebenaran utk dtg lewat, kami pun pulang dahulu ke rumah untuk makan n merehatkan diri...Sebab dah tahu nak tunggu turn interbiu lame, kul 5 baru aku gerak ke sana..haha..sampai2 alhamdulillah instinctku btul...xsampai turn lg...siap bawak baby lg p interbiu..=) babyku menjadi perhatianla kat sana..hehe..bkn ape, sbb bawak baby skali adalah kerana baby menyusu..alhamdulillah sesi interbiu ptg berjalan ngan lancar..tawakkal'alallah..mudah2an ada rezeki dapat kerja tetap..amin..

Hari Khamis tu, kiranya seharianla aku berada di Majlis Agama Islam Melaka...seronok gak pengalaman kali ini..anjakan paradigma sejak dah bergelar ibu..macam2 perkara kena adjust n difikirkan untuk kemaslahatan bersama..=)

Ya Allah, moga berikanlah pekerjaan yg terbaik untuk hambaMu ini..andai ini adalah pekerjaan yg terbaik untukku, ahli keluargaku , untuk dunia n akhiratku, Engkau permudahkanlah Ya Allah..amin...(^_^)