Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, March 30, 2012

Kisah Seorang Pemuda, Seorang Sheikh dan Segelas Susu.

Seorang pemuda datang kepada seorang sheikh dan bertanya kepada sheikh itu: Aku seorang pemuda yg masih lagi muda dan keinginan-keinginanku tersangat banyak, dan aku tidak mampu untuk menghalang diriku dari melihat kepada manusia dan kepada wanita-wanita di pasar. Apakah yg patut aku lakukan?

Kemudian sheikh itu memberikan kepada pemuda itu ...segelas susu yg penuh sehingga ke bibir gelas dan memberikan pesanan kepadanya supaya dia sampaikan gelas itu kepada suatu tempat tertentu dengan melalui pasar itu tanpa air susu itu tertumpah sedikit pun.

Dan sheikh itu memanggil seorang daripada pelajarnya untuk menemaninya dalam perjalanan itu dan sheikh menyuruh pelajarnya itu memukul pemuda itu di hadapan orang ramai apabila tertumpahnya air susu itu.

Dan kemudiannya, pemuda itu sungguh dapat menghantar segelas susu itu ke tempat yg dikendaki tanpa tertumpahnya air susu itu.

Dan apabila sheikh itu bertanya kepada pemuda itu: Berapa banyakkah pemandangan dan berapa banyakkah wanita muda yg kamu lihat dalam perjalanan itu?

Pemuda itu menjawab: Wahai sheikhku, aku tidak pernah melihat mana-mana pemandangan yg indah, aku hanya takut dipukul atau dimalukan di hadapan orang ramai apabila tertumpahnya air susu itu.

Kemudian sheikh itu berkata: Dan demikianlah keadaannya orang yg beriman. Orang yg beriman takutkan Allah dan takutkan kehinaan pada hari kiamat apabila dia melakukan maksiat. Merekalah orang-orang yg beriman yg menjaga diri mereka dari melakukan maksiat. Merekalah orang-orang yg sentiasa menumpukan perhatian mereka pada "HARI KIAMAT".

Sunday, March 18, 2012

Galeri Kelahiran Fayyadh....

Fayyadh pd hari ke-15

Fayyadh pd hari ke-14

Fayyadh Ayyash bersama abinya

Kecik2 dah pandai bertakbir!! Allahuakbar!! =)

Moga anak ummi n abi ini menjadi anak yg soleh n penyejuk hati...amin..


Hari kedua Fayyadh..Yeay, boleh bawak baby blk dah...=)

Sejurus selepas aku keluar dari kamar bersalin

Pakaian pertama Fayyadh sejurus selepas dilahirkan..
Selamat menjenguk dunia anakku..moga anak ummi n abi mampu mengharungi cabaran dan dugaan dunia yg penuh pancaroba ini...moga menjadi khalifah yg bakal memakmurkan bumi Allah ini...amin..

Rasenye ini check up terakhirku di hospital terendak..=)

Ketika mengandungkan Muhammad Fayyadh Ayyash...(^_^)

Monday, March 12, 2012

Kenangan Terindah...

Bismillahirrahmanirrahim...

Sebelum mencoretkan pengalamanku ketika proses kelahiran Fayyadh, tiada kata yg dapat menggambarkan perasaan gembiraku setelah memperolehi cahaya mata sendiri..Subhanallah Maha Suci Allah yg menciptakan..Allah itu Maha Hebat!! Dari seketul darah dan akhirnya menjadi seorang manusia yg sempurna...Daripada tiada kepada ada..terasa diriku ini begitu kerdil di hadapan Allah...terima kasih ya Allah kerana mengurniakan kami seorang cahaya mata yg sangat comel...anugerah yang xterhingga dariMu..Syukur alhamdulillah...

Di awal kehamilanku, lbh kurg pd minggu ke-6 aku disuruh pergi ke Hospital Besar Melaka untuk buat pemeriksaan kandungan kerana 3 kali berlaku bleeding tp xla teruk mana...tp takut miscarriage kami pergi wat check up...masa scan tu organ mula2 yg terbentuk adalah jantung..nampak jantung baby berdenyut2...subhanallah...alhamdulillah doktor cakap baby ok n rahim pun ok...

Janin dalam kandunganku dari sehari ke sehari makin membesar dan membesar sehinggalah pada 39w 4days...jeng3...hari yg kutunggu2 telah tiba...

Bermulanya proses kelahiran Muhammad Fayyadh Ayyash begini...pada 3 Mac 2012, bgn Subuh seperti biasa...tp Subuh tu, perutku terasa seperti memulas2...Aku beritahu pd abg...namun ku teruskan solat Subuh n baca Surah Maryam n Surah Luqman slps solat...Aku juga wat solat hajat n solat sunat Dhuha...Selepas solat aku berdoa pada Allah, jika ditakdirkan baby akan keluar pada haritu, maka turunkanlah tanda yg jelas...Sebelum tu, pada awal perancangan , weekend tu kami bercadang tidak pulang ke umbai kerana suamiku bertugas di asrama, perlu melatih pelajar untuk persediaan pertandingan syarahan n malam tu pula ada program majlis ilmu yg memerlukan khidmat tenaga suamiku...walaubagaimanapun, entah kenapa entah, aku beria2 mahu pulang juga ke umbai kerana aku mahu kalau boleh, di akhir2 kehamilanku aku berada di rumah mami n abah...tp bila suami ada kekangan, apakan dayaku..suami pun jadi serba salah sbb almaklumlah aku ni sensitif sikit orgnye..menangis2 aku kerana xdapat blk kampung..=p hahaha..

ok, sambungan dari doaku itu td, masyaAllah, Allah makbulkan doaku..subhanallah...terharu...aku ke bilik air, tgk ada turun tanda darah...aku beritahu abg, maka confirm itu adalah tanda bahawa masa bersalin makin hampir...yeay, weekend tu dapat blk kampung..=p...instinctku kadang2 ada benarnya..hehe..biiznillah...

kami ambil brg2 yg perlu n pulang dulu ke umbai tidak terus ke hospital kerana mamiku berpesan kalau dah ada tanda jgn terus p hospital..proses kelahiran mengambil masa yg lama...

sepanjang perjalanan, contraction berterusan berlaku...setiap 15 minit sekali..namun xla sakit sgt..aku masih boleh bertahan sakitnya...sampai di umbai, contraction masih berlaku...setiap 10 minit sekali, kemudian makin cpt 5 minit skali..masih tidak terasa sakit yg melampau..sakit sikit2 je..

Disebabkan bimbang kerana contraction makin laju, maka mami, abah n suami suruh g hospital..aku dan abg pergi ke hospital pd tgh hari tu...sebelum ke hospital, suamiku melakukan solat sunat hajat n solat sunat dhuha...selepas itu, aku disuruh minum air selusuh, air akar fatimah n minum pati ayam brand...iyek..nak muntah minum pati ayam brand...hanyir giler...huhu...tp ada petua kate bagus minum untuk mudahkan kelahiran, aku minum ajelah..kite ikhtiarkan...sampai di hospital, aku masih boleh berjalan lg sehingga ke kaunter pendaftaran di kamar bersalin...aku disuruh buat pemeriksaan untuk CTG dan cek bukaan rahim..baru buka 1.5 cm..then, aku ditahan masuk wad pada pukul 2 lbh..

contraction still berlaku sampailah waktu Isyak, sakit perutku makin terasa kuat dan makin kuat...Contractionku consistent dari ptg 5 minit skali tp kali ni makin kuat n sakit sepanjang malam..aku tidak dapat tidur sepanjang malam tu menahan sakit perut yg makin terasa..setiap 4 jam, nurse akan dtg wat check up tekanan darah n cek jantung baby..8pm, 12 tgh mlm n 4am...selalunye, tekanan darahku rendah tp sejak contraction, tekanan darahku maintain 120/80...alhamdulillah normal..jantung baby pun normal..dlm pukul 4am, doktor cek bukaan rahimku lagi..dah buka 3cm..alhamdulillah..nurse cakap pukul 8am nanti cek lg...suamiku sepanjang malam tidur di surau hospital kerana suami tidak dibenarkan teman isteri di wad..suamiku sentiasa bertanyakan keadaanku...alhamdulillah aku dapat seorang suami yg sgt mengambil berat n penyayang..

pukul 7.30am pada 4 Mac 2012, sarapan dihantar..abg call bertanyakan kabarku...entah knape aku menangis kerana menahan sakit contraction yg makin kuat n terharu mendengar suami memberi semangat n kata2 dorongan agar aku bersabar..aku bersarapan sambil mengalirkan air mata menahan kesakitan..huhu..

lbh krg pukul 9lbh2, doktor cek lagi bukaan rahimku...kini bukaan rahim dah 6cm..doktor panggil nurse suruh hantarku ke labor room..masa ni lbh krg pukul 10.30am..huhu..berdebar2 rasenye bila nak dihantar ke labor room..aku call beritahu pd abg suruh bersedia juga untuk ke labor room menemaniku bersalin..aku memohon ampun dan maaf kepada suamiku sementara aku ditolak ke labor room... suamiku memberitahu pula pd abah, mami,mak ayah n sedara mara yg lain agar mendoakan agar segalanya dipermudahkan..terharu aku kerana sementara menunggu aku masuk labor room, suamiku sempat membaca 3x surah maryam n sekali surah yassin...

Sementara aku di labor room, contraction makin kuat..tidak seperti sebelumnya...aku harus tunggu sehingga bukaan rahim menjadi 10cm..nurse bg ubat tahan sakit...aku bertarung dgn kesakitan contraction di labor room lbh krg 2jam..sambil menahan kesakitan, aku mengamalkan teknik pernafasan n zikir2 yg terlintas pd waktu itu..zikir mudah bersalin n doa nabi yunus...alhamdulillah sedikit sebanyak membantu...bila rasa sakit sgt2, tarik nafas dalam2 n cpt2...bila xsakit bernafas seperti biasa....akhirnya aku rasa seperti hendak meneran..aku menyuruh doktor memanggil suamiku untuk masuk ke labor room...doktor n nurse2 yang lain memberi arahan masa bila nak meneran...aku hanya mengikut..suamiku tidak putus2 memberi semangat n menyuruhku membaca doa nabi yunus, selawat n istighfar...aku praktikkan teknik meneran yg aku baca..teran panjang2...alhamdulillah doktor memuji caraku meneran...kpala baby mula kelihatan....doktor suruh teran lagi panjang2 dan alhamdulillah akhirnya aku terdengar tangisan suara bayiku...doktor meletakkan bayi di dalam dakapanku...tiada perkataan lain yg kuucapkan melainkan subhanallah, alhamdulillah allahuakbar apabila pertama kali melihat cahaya mata sulong kami sempurna, selamat dilahirkan...mereka menyuruhku menyebut jantina anak kami kuat2..aku sebut...LELAKI..kemudian suamiku disuruh mengambil wuduk untuk mengazankan putera sulong kami...alhamdulillah segalanya selamat n dipermudahkan Allah...bayi kami dilahirkan pada pukul 12.45 tgh hari seberat 3.4 kg pada 4 Mac 2012 bersamaan dengan 11 Rabiul Akhir 1433H...Allah aturkan cantik kelahiran ini kerana kalau ikut due 6 Mac tp aku bersalin awal 2 hari iaitu pd hari ahad..sgt cantik aturan Allah...mengapa aku berkata sedemikian?

1. kerana mamiku bekerja kantin sibuk..mamiku pernah pesan tp dgn nada bergurau..lbh krg begini katanya.." kalau along rasa sakit nak bersalin, jgn beritahu mami..dah selamat semua baru gtau..takut nanti xboleh nak fokus wat keje..hati xtenang..tp kalau waktu cuti xpe, boleh bgtahu...( alhamdulillah aku turun tanda pada hari sabtu, jd boleh bgtahu)..hehe..

2. turun tanda pada hari sabtu, jadi baby berkemungkinan lahir pada hari sabtu / ahad..jadi suamiku dapat cuti betul2 straight 2 minggu termasuk cuti sekolah yg seminggu tu...ramai kawan2 abg jeles abg cuti panjg..hehe..bgslah abg dpt cuti pnjg..kalau x, asyik kna ganggu je ngan anak2 murid n parents..kejap2 call..kejap2 call..huhu..jd, bila abg cuti pjg, nobody can't disturb him..hehe..

3. baby lahir pada hari ahad, jd hari ketujuh kelahiran jatuh pada hari sabtu..mudah nak wat kenduri ambil berkat sunnah hari ketujuh beri nama, cukur rambut n wat kenduri aqiqah...alhamdulillah...

4. abg ade exam pada musim cuti sekolah...alhamdulillah baby lahir pada 4 mac lbh krg ikut due, jd abg boleh teman n jg aku n baby di wad n boleh fokus exam pd minggu hadapannya..xrisau dah..kalau akau bersalin pd cuti sekolah, xdptla abg temankan...huhu...alhamdulillah Allah atur cantik dah..

5. Adik ayuku yang tinggal di asrama pun boleh ziarahku di hospital sebaik aku bersalin..kalau bersalin waktu persekolahan, xdptla adik ayuku tgk anak buah dia yg pertama tu fresh2..hehe

Alhamdulillah , kesimpulannya, Allah dah aturkan cantik setiap perkara untuk setiap hambaNya..yg penting kita sentiasa berdoa mohon pertolongan dariNya...

La takhof wala tahzan..innallahama'ana...

Begitulah sedikit sebanyak coretan perkongsian pengalamanku melahirkan cahaya mata pertama kami...mohon doakan moga anak kami menjadi anak yg soleh, bijaksana, cerdik, berilmu pengetahuan, bakal menjadi penyelamat ummah n anak yg menjadi penyejuk mata n penenang hati mama n abinya...amin...=)

Terima kasih mami kerana melahirkan along ke dunia ni n jaga along dengan baik sejak kecil sampai skrg...segala jasa dan pengorbanan mami n abah xdpt along balas...insyaAllah along akan berusaha untuk menjadi anak yg solehah...amin...

Ya Allah, ampunilah segala dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihiku sejak kecil lagi...amin...

Saturday, March 10, 2012

~Syukur Alhamdulillah~...



Alhamdulillah, aku telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yg comel pada 4 Mac 2012 yang lalu...Berat baby 3.4kg...alhamdulillah bersalin normal dan dipermudahkan Allah dalam proses melahirkan..terima kasih kepada semua sahabat n sedara mara especially mami, abah, mak, ayah, adik beradik, ipar duai n semua yg telah mendoakan kami...

Nanti insyaAllah akan kuceritakan pengalamanku melahirkan bayi sulong kami...

Subhanallah Maha Suci Allah yg mengaturkan segalanya...Adios...

Sempena hari ke-7 kelahiran, maka kami isytiharkan nama anak kami ini MUHAMMAD FAYYADH AYYASH BIN TAJUL AARIF...InsyaAllah nanti aku akan attachkan gambar baby..=)

daa...