Monday, December 3, 2012
Contoh Ulasan Jurnal Dalam ICT
Sunday, April 15, 2012
~Tips Menghafaz Al-Quran bagi bkn Aliran Tahfiz~
Satu hari sebelum tidur – aku terbaca satu kisah bagaimana hendak menghafal Al Quran dan dengan cara yang demikian dapat membina hubungan yang intim dengan Allah swt
Kisah ini berkisar pada seorang hamba Allah bernama Ahmad – seorang pelajar kejuruteraan yang telah menghafal Al-Quran dalam masa pengajiannya sebagai seorang jurutera. Beliau mengikuti dengan tekun teknik yang telah dipelajari dari seorang syeikh dari Algeria, Shaykh Zakariya al-Siddiqi yang sedang bertugas di Institute of Human Science di Perancis. Shaykh Zakaria telah menjadi hafiz pada umur 9 tahun dan mengorbankan masanya untuk mempelajari dan mengajarkan isi kandungan Al Quran. Beliau telah menceritakan kisah Ahmad ini (nama samaran).
Tip 1 – Bangun awal
Ahmad akan bangun lebih awal dari rakan-rakannya. Beliau akan beristiqamah ke masjid pada setiap waktu fajr. Apabila balik dari rumah – beliau tidak menghabiskan masa dengan TV atau internet tetapi akan menghabiskan beberapa minit setiap hari dengan menghafal ayat-ayat Al Quran.
Tip 2 – Setiap hari cuba menghafal kurang dari apa yang anda rasa anda mampu buat
Ahmad membuat satu azam untuk menghafal keseluruhan Al-Quran. Beliau tidak mengikuti jejak langkah rakan-rakannya yang cuba menghafal satu atau dua muka surat dan akhirnya berhenti kerana tidak mampu. Ahmad akan menumpukan kepada 5 baris sehari. Ini memakan masa 20 – 30 minit sehari
.
Tip 3 – Biasa-biasakan dahulu
Untuk membiasakan diri dengan 5 barisan ayat-ayat Al-Quran, beliau akan menulis lima barisan ayat tersebut di atas sekeping kertas. Kemudian beliau akan mengulangi membacanya dan cuba menghafalnya.
Tip 4 – Simpan ayat-ayat tersebut dekat dengan anda
Ahmad akan mencari masa-masa terluang – di sana sini untuk menghafal ayat yang telah ditulis tadi …kekadang semasa menunggu bas, semasa menunggu pensyarah masuk ke kelas. Kertas yang ditulis akan sentiasa berada di koceknya dan akan dirujuk jika hafalannya tersangkut
Tip 5 – Guna apa yang dihafal dalam setiap solat
Bagi memantapkan hafalan – setiap waktu sembahyangnya – beliau akan membaca ayat yang dihafal pada hari tersebut. Dalam setiap rakaat beliau, dia akan menggilirkan pembacaan 5 barisan yang dihafal pada hari tersebut dan hari sebelumnya.
Tip 6 – Pastikan Matlamat sentiasa berada di depan anda
Bagi rusham Uthmani ada 15 barisan satu muka. Maka pada setiap hujung minggu, Ahmad bukan sahaja telah menghafal 2 muka surat Al Quran malahan berjaya menulis keseluruhan 2 muka surat.
Tip 7 – Perbaiki tajweed anda
Pada hujung minggu biasanya Ahmad akan menziarahi guru Quran yang mahir dalam pembacaan. Ahmad akan minta gurunya mendengar bacaan dua muka surat yang telah dihafalnya. Dengan ini beliau menjadi yakin dengan pembacaan dan tajweed hafalannya.
Seperkara lagi – ada satu lagi rahsia kejayaan Ahmad.
Rahsia dalaman bagi kejayaan dalam penghafalan
Seminggu sekali (biasanya pada hari Jumaat malam sabtu), Ahmad akan bangun malam untuk bertahajjud. Dalam tahajjudnya, beliau akan membaca keseluruhan dua muka surat yang telah dihafalnya.
Pada ketika ini Shaykh menyatakan berkemungkinan salah satu sebab tidak ramai yang bangun malam untuk bertahajjud ialah kerana mereka tidak ada ayat baru untuk dibaca.
Kita tahu terlalu sedikit ayat-ayat Al Quran sehingga tidak ada kenikmatan dalam bangun tahajjud…kekadangkala merasakan sembahyang wajib satu beban bukan satu nikmat.
Natijahnya
Bayangkan kegembiraan dan perasaan Ahmad apabila setelah 3 bulan dapat menghafal 1 juzuk Al Quran.
Apa yang beliau dapat bukan sahaja perasaan kejayaan dan kekuatan yang diperolehi dari Al Quran tetapi satu perasaan hubungan dalaman yang cukup hebat dengan Allah swt dan perasaan ini dirasai setiap hari yang dilaluinya.
Bayangkan betapa bangganya beliau apabila pada hari Penganugerahan Sarjana Mudanya, bukan sahaja Ahmad mendapat Pangkat Pertama dalam bidang kejuruteraan (dapat tempat ketiga dalam kelas) tetapi secara rasminya telah menghafal keseluruhan Al Quran…. Dia menjadi seorang hafiz.
Shaykh Zakariya menyatakan satu pengajaran yang cukup hebat dalam kes Ahmad:
Kejayaan terbesar bagi Ahmad bukan kerana beliau telah menghafal keseluruhan Al-Quran tetapi kerana telah terjalin satu hubungan yang amat intim dengan Al-Quran bagi setiap hari hidupnya selama 5 tahun.
Seterusnya hubungannya dengan Allah telah membuat Ahmad seorang yang sungguh istimewa. Keintiman perasaan dengan Pencipta telah menjadikan kehidupannya penuh makna dan membuat dia istiqamah dengan usahanya sedikit demi sedikit agar dapat menghafal keseluruhan Al Quran.
One can only imagine what happened to Ahmed’s levels of personal fulfilment, Iman and taqwa, as he went back every single day to develop this ritual of ihsan (spiritual excellence). Each day he woke up for Fajr and wrote out another 5 lines of Quran, his self-esteem and self-confidence soared…
“Can the reward for excellence be anything other than excellence?” Surah Rahman (55: 60)
sumber asal: http://
http://pas-sembrong-bangkit.blogspot.com/2012/03/tips-hafal-al-quran-bagi-yang-bukan.html
Tuesday, April 3, 2012
Sunday, April 1, 2012
Berpantang????
Pada hari ape ntah , alhamdulillah rezekiku dapat surat panggilan temuduga..Nasib baik dekat je...aku dapat 2 tawaran temuduga pada hari yg sama tp utk jawatan yg berbeza..syukur alhamdulillah 1 sesi pg n 1 lg sesi adalah pd waktu ptg..
Waktu hari temuduga tu merupakan hari ke-26 aku berpantang..huhu..namun ku gagahkan jua untuk pegi interbiu..cuma yg menjadi sedikit mencabar adalah aku perlu mencari org yg hendak menjaga Fayyadh...Alhamdulillah mak andak dapat meluangkan masa untuk menjaga Fayyadh..Memandangkan Fayyadh Ayyash menyusu jd aku perlu bekalkan susu ..
Pagi Khamis tu, ayahku menghantar Fayyadh ke rumah mak andak..aku mengajar mak andak bagaimana hendak handle susu perahan..susu perahan tidak banyak cuma 6 oz sahaja..risau juga aku takut tidak cukup hingga tgh hari..
Selepas menghantar Fayyadh Ayyash, kami pun menuju ke tempat temuduga..masyaAllah sungguh ramai org..almaklumlah sekarang ni berlambak lepasan graduan yg masih tidak mendapat pekerjaan..tp jawatan ni hanyalah memerlukan kelulusan SPM sahaja..aku ikhtiarkan jua pergi interbiu..mane tahu ade rezeki anak dpt kerja tetap..xkisahlah kelulusan pepun..yg penting mencari rezeki yg halal..betul x? betul3..=p
Disebabkan berkejar2 nak g awal n menghantar anakku, aku tidak sempat mengisi perutku..org berpantang xboleh perut kosong tau..huhu..sampai ke tempat temuduga, aku trus ke kaunter pendaftaran..yg mereka ni pun 1, spatutnye sape dtg awal, dialah yg diinterbiu dulu tp x, diorg ikut nombor siri yg tertera pd surat..giliranku adalah yg ke-37 plak tu..huhu..ok fine..diorg interbiu 4 org sekali..mungkin cptlahkan tiba giliranku...tunggu punyelah tunggu sampailah tgh hari masih blum tiba giliranku..nasib baik mase kul 10 lbh tu, aku n sorang member( baru knal kt ctu) g sarapan jap sementara panel pun mkn pagi gak..huhu..
Sementara tu, hatiku xkeruan =p memikirkan keadaan anak yg ditinggalkan..aku call mak andak bertanyakan kabar anakku..risau susu xcukup n dia xpandai minum susu guna botol..tp ada gak aku ajar Fayyadh kdg2 sbb nanti bila dah keje senang..alhamdulillah mak andak kate anakku ok..mula2 tu xpandai minum guna botol tp lame2 ok...alhamdulillah....bijak anak ummi ni..^^..fuh, lega!!!!
Masa terus berlalu...kami yg xdiinterbiu lg ni trus menunggu & menunggu..lame betul diorg interbiu untuk setiap group yg dipanggil..ingatkan kalau masuk ramai2 cptlahkan..tp x..huhu..aku dah mula xtenang kerana memikirkan bekalan susu untuk anakku yg xbyk..sian baby lapar...dlm pukul 1, aku call lg mak andak..mak andak ckp susu dah tinggal sikit..huhu..lglah hatiku xkeruan sekali lg...kalau tahu lambat camni, aku balik dulu..haha...Dalam kul 2 akhirnya baru sampai turnku..bygkanlah dr kul 8.30am, kul 2 baru turn sampai..calon2 untuk sesi ptg sudah mula kelihatan dah..tertekan juga aku..hehe..
Time aku, 7 org sekali masuk..kami adalah 7 org terakhir utk sesi pg..huhu..Ketika diinterbiu, macam biasa mereka suruh perkenalkan diri n nyatakan pekerjaan terkini...ringan je mulutku mengatakan bahawa aku sebenarnya sedang dalam berpantang..penemuduga sume terkejut..mereka kagum kerana aku tetap dtg walaupun sedang berpantang..yelah, nak dpt kerja tetapkan..mereka ckpla, insyaAllah ade rezeki anak nanti..amin..insyaAllah..moga Allah lembutkan hati mereka untuk mengambilku bekerja...amin...
Ok, habis untuk sesi pg.. aku meminta kebenaran kepada urusetia untuk dtg lewat untuk sesi ptg..mujur mereka memahami...alhamdulillah...ok, skrg aku memikirkan cara yg terbaik untuk sesi ptg..mula2 kna ambil anak dulu..risau anak lapar..then aku call suami..suami pula masih di sekolah...so, minta tlg mami hantarkan anak ke tempat temuduga, sementara suruh suami pula dtg trus ke tempat temuduga untuk jaga anak masa aku diinterbiu nanti..huhu..alhamdulillah mami n suami dtg hampir masa yg sama...then, memandangkan aku dah minta kebenaran utk dtg lewat, kami pun pulang dahulu ke rumah untuk makan n merehatkan diri...Sebab dah tahu nak tunggu turn interbiu lame, kul 5 baru aku gerak ke sana..haha..sampai2 alhamdulillah instinctku btul...xsampai turn lg...siap bawak baby lg p interbiu..=) babyku menjadi perhatianla kat sana..hehe..bkn ape, sbb bawak baby skali adalah kerana baby menyusu..alhamdulillah sesi interbiu ptg berjalan ngan lancar..tawakkal'alallah..mudah2an ada rezeki dapat kerja tetap..amin..
Hari Khamis tu, kiranya seharianla aku berada di Majlis Agama Islam Melaka...seronok gak pengalaman kali ini..anjakan paradigma sejak dah bergelar ibu..macam2 perkara kena adjust n difikirkan untuk kemaslahatan bersama..=)
Ya Allah, moga berikanlah pekerjaan yg terbaik untuk hambaMu ini..andai ini adalah pekerjaan yg terbaik untukku, ahli keluargaku , untuk dunia n akhiratku, Engkau permudahkanlah Ya Allah..amin...(^_^)
Friday, March 30, 2012
Kisah Seorang Pemuda, Seorang Sheikh dan Segelas Susu.
Dan sheikh itu memanggil seorang daripada pelajarnya untuk menemaninya dalam perjalanan itu dan sheikh menyuruh pelajarnya itu memukul pemuda itu di hadapan orang ramai apabila tertumpahnya air susu itu.
Dan kemudiannya, pemuda itu sungguh dapat menghantar segelas susu itu ke tempat yg dikendaki tanpa tertumpahnya air susu itu.
Dan apabila sheikh itu bertanya kepada pemuda itu: Berapa banyakkah pemandangan dan berapa banyakkah wanita muda yg kamu lihat dalam perjalanan itu?
Pemuda itu menjawab: Wahai sheikhku, aku tidak pernah melihat mana-mana pemandangan yg indah, aku hanya takut dipukul atau dimalukan di hadapan orang ramai apabila tertumpahnya air susu itu.
Kemudian sheikh itu berkata: Dan demikianlah keadaannya orang yg beriman. Orang yg beriman takutkan Allah dan takutkan kehinaan pada hari kiamat apabila dia melakukan maksiat. Merekalah orang-orang yg beriman yg menjaga diri mereka dari melakukan maksiat. Merekalah orang-orang yg sentiasa menumpukan perhatian mereka pada "HARI KIAMAT".
Tuesday, March 20, 2012
Sunday, March 18, 2012
Galeri Kelahiran Fayyadh....
Selamat menjenguk dunia anakku..moga anak ummi n abi mampu mengharungi cabaran dan dugaan dunia yg penuh pancaroba ini...moga menjadi khalifah yg bakal memakmurkan bumi Allah ini...amin..
Monday, March 12, 2012
Kenangan Terindah...
Terima kasih mami kerana melahirkan along ke dunia ni n jaga along dengan baik sejak kecil sampai skrg...segala jasa dan pengorbanan mami n abah xdpt along balas...insyaAllah along akan berusaha untuk menjadi anak yg solehah...amin...
Ya Allah, ampunilah segala dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihiku sejak kecil lagi...amin...
Saturday, March 10, 2012
~Syukur Alhamdulillah~...
Alhamdulillah, aku telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yg comel pada 4 Mac 2012 yang lalu...Berat baby 3.4kg...alhamdulillah bersalin normal dan dipermudahkan Allah dalam proses melahirkan..terima kasih kepada semua sahabat n sedara mara especially mami, abah, mak, ayah, adik beradik, ipar duai n semua yg telah mendoakan kami...
Nanti insyaAllah akan kuceritakan pengalamanku melahirkan bayi sulong kami...
Subhanallah Maha Suci Allah yg mengaturkan segalanya...Adios...
Sempena hari ke-7 kelahiran, maka kami isytiharkan nama anak kami ini MUHAMMAD FAYYADH AYYASH BIN TAJUL AARIF...InsyaAllah nanti aku akan attachkan gambar baby..=)
daa...
Wednesday, February 29, 2012
~39 Weeks Already~
Alhamdulillah kini usia kandunganku telah mencecah 39 minggu...Ingatkan xsampai sbb sejak usia kandungan mencecah 34 minggu lagi aku dah bersedia bila2 masa nak bersalin...sebabnya ada kawanku , ketika usia 34 minggu dah bersalin..Walaubagaimanapun, aku sentiasa berdoa agar anak dalam kandunganku ini dilahirkan cukup bulan...Now, hanya tinggal lbh krg 5 hari lagi nak sampai due date iaitu 6 mac 2012..tapi, sampai sekarang masih belum ada tanda2 lagi nak besalin...Harap2 baby akan lahir sebelum atau pd tarikh due datenye...amin...
Masa 34 weeks pregnant, aku dan suami pulang ke kampung suami di Pengkalan Hulu perak..jauh juga...sebab tu risau takut terbersalin on the way tu..segala kelengkapan baby n mamanye dibawa sekali..preparation awalkan..risau juga..hehe..alhamdulillah kami selamat pergi n pulang ke melaka dgn selamatnya..
Sekarang ni aku cuma menunggu tanda2 untuk bersalin sambil selalu baca blog org cerita tentang pengalaman bersalin diorang, cari info2 berkenaan amalan mudah bersalin n semuanya byk pasal saat menanti kelahiran baby..
Masuk minggu 38, aku ada rendam air akar Siti Fatimah tapi xberanila nak minum dgn warna airnya yg kuning macam teh O n ada bau sikit2..Tanye mami, dah boleh minum ke air tu..mami cakap dah..cuma aku je yg takut2 nak minum...hehe..masuk minggu 39, baru aku berani minum..itupun setelah tukar air rendaman tu dgn air yg baru...oklah sikit..
Sebelum bersalin ni, aku harap aku dapat setlekan ape2 yg xsettle lg...antaranya:
1. Kemaskan rumah sebaik mungkin sbb nanti nak berpantang kat kampung tinggal rumah lame, so bila balik senang hati sbb rumah bersih, xlah serabut n penat sgt dlm keadaan berpantang nak kna kemas rumahkan..=)
2. Last check brg keperluan baby n mama die..( selagi xbersalin, asyik duk belek , pastu kuarkan , masukkan balik brg2 baby n mama) ish3...=p
3. Dapat selesaikan khatam al-quran...amin...
4. Makan ape yg teringin sbb pas bersalin dah xboleh makan sembarangan..huhu..(antaranya KFC dah tertunai..=p, ABC, Vanilla Oreo..n pe lg ye..haha)
rasenye tu je kot..
Antara amalan2 untuk mudah bersalin pula..
1. Perbanyakkan membaca al-quran..dah dekat2 due, banyakkan baca surah maryam n yusuf...
2. Doa Nabi Yunus...LA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZZOLIMIN..
3. Baca surah al-fatehah, surah insyirah, ayat kursi..
4. istighfar banyak2..
5. zikir ..ya latif 100x
6. Rabbi sallim sallim 25x
7. Rabbi yassir wala tua'ssir ya karim 25x..
8. Rabbi yassir wiladati taisiiro 25x
9. Rabbi yassir wiladati taisiiro, wasallimni wasallim ma fii bathni wa athil hayati wahayaatahu fii tho'atika wa ridhoka..
Maksudnya: Ya allah permudahkanlah aku bersalin, selamatkan apa yang kukandung, panjangkan umur yang dikandung serta taat dan mendapat keredhaanNya..
Setakat tu dulu untuk coretanku pada kali ini...
Pesanan buat diriku..la takhof wala tahzan..innallaha ma'ana..Allah telah anugerahkan kekuatan dan kemampuan untuk setiap wanita untuk menghadapi saat kelahiran..Yakinlah dgn janji dan pertolongan Allah...Pasti kita akan dapat merasai nikmat dan kebesaranNya melalui proses kelahiran itu nanti..moga pengalaman itu nanti akan semakin mendekatkan diri kita kepadaNya...amin...=)
Thursday, February 23, 2012
Doa Mudah Bersalin
Bismillahirrahmanirrahim...
sedang belek2 blog org lain, sy terjumpadoa ni untuk dikongsikan bersama kepada bakal2 ibu n ibu2 yg akan bersalin...smoga Allah permudahkan urusan kita semua nanti...amin...share from http://shafidamama.blogspot.com/2011/10/doa-mudah-bersalin_21.html
اللَّهُمَّ احْفَظْ وَلَدِيْ مَا دَاْمَ فِي بَطْنِي
وَاشْفِهِ أَنْتَ شَاْفٍ لاَ شِفَاء إلاَّ شِفَاْؤُكَ شِفَاءً لاَ يُغَاْدِرُ سَقَمًا
اللَّهُمَّ اخْرِجْهُ مِنْ بَطْنِي يَوْمَ وِلاْدَتِهِ سَهْلاً و تَسلِيْمًا
اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ صَحِيْحًا كَاْمِلاً حَاْذِقًا عَاْقِلاً عَاْلِمًا زَكِياًّ مُؤْمِنًا صَاْلِحًا
اللَّهُمَّ احْسِنْ خُلُقَهُ وَافْصَحْ لِسَاْنَهُ وَاحْسِنْ صَوْتَهُ لِقِرَآءَةِ
الْقُرْآنَ وَالْحَدِيْثَ بِبَرَكَةٍ مُحَمَّدٍ صَلَّى الله ُعَلَيْهِ وَسَلَّمْ
Maksudnya:
Ya Allah, Peliharalah anakku selama dia berada dalam kandunganku,
Dan sembuhkanlah ia, Engkaulah Maha Penyembuh, tiada penawar melainkan penawar Engkau, penawar yang tidak lagi mengundang sebarang penyakit,
Ya Allah, keluarkanlah dia dari kandunganku pada hari kelahirannya secara mudah dan selamat,
Ya Allah, jadikanlah bayiku sihat, sempurna, pintar, berakal, berpengetahuan, cerdik, beriman serta soleh.
Ya Allah, perelokkanlah akhlaknya, fasihkanlah lidahnya, merdukanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan al- Hadith Rasulullah S.A.W
يَخْرُجُ مِن بَيْنِ الصُّلْبِ وَالتَّرَائِبِ
Yang keluar dari tulang sulbi lelaki dan tulang dada perempuan.
setelah baca ayat ini, niatkanlah di dalam hati " Ya Allah, luaskanlah bukaan tulang punggungku seperti luasnya bukaan timur dan barat dan keluarkanlah anakku dengan mudah,cepat dan selamat, aminnn".
baca ayat ini sekerap yang mungkin bila-bila masa sahaja sambil mengusap perut ibu ya.
selamat berkongsi :)