Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, March 24, 2010

Adik2 Comel....(~_^)

Bismillahirrahmanirrahim

Lamanya xupdate blog...huhu...ntah knapa ntah asyik tertangguh je nak update..(sebenarnya virus "M" menyerang...hehe) banyak sebenarnya nak dikongsikan tapi lately rase untuk update blog bukanlah perkara yg perlu didahulukan...ada byk lagi perkara yg lebih penting yg perlu disettlekan...alasan je kan?? huhu...

just nak share pengalaman sy jadi guru ganti di tadika JAIM Pengkalan Jajar...tp xlama pun dapat menyumbangkan jasa bakti di situ...sampai minggu depan je...selepas tu, mungkin pengalaman di tempat lain pula...insyaAllah....

Sy baru je start ngajar di situ hari isnin yg lalu (22 Mac 2010 bersamaan 6 Rabiul Akhir 1431H)...harini baru masuk hari yg ke-3..=)

Seperti di sekolah dan di tempat2 len, setiap hari isnin ada perhimpunan pagi...
yg bestnya, seronok tengok adik2 comel yg berumur dalam lingkungan 3-6 tahun tu berhimpun,menyanyi ramai2 dengan pelbagai gaya dan aksi yg comel, berikrar n paling membanggakan pabila mereka mengucap dua kalimah syahadah, membaca doa penerang hati, membaca "Radhina billahirobba wabil Islaamidina wabimuhammadin nabiyyauwa Rasuula..

waktu mulut comel adik2 tu membaca doa itu, rasa meremang di tengkuk sy bukan kerana takut tapi rasa bangga sangat3 anak2 kecil itu membaca dgn penuh semangat...anak2 kecil yg masih bersih dari dosa dan noda....sangat tenang dan menyejukkan mata melihat mereka semua...apatah lagi dalam keadaan mereka mengucapkan kalimah2 suci dan kalimah Thoyyibah...sejuk telingaku mendengarnya...semoga kalian menjadi anak2 yg soleh dan solehah dan berjaya dunia akhirat....amin...terasa semangat jihad lahir dalam diri sy mahu mendidik mereka dgn sebaik2nya...dan sy bangga dan bersyukur sgt2 kami dilahirkan sebagai muslim...sy doakan semoga anak2 kecil ini menjadi muslim yg bakal menggegarkan dunia dan penyelamat ummah akhir zaman...amin...semoga anak2 kecil ini menjadi pemuda pemudi harapan agama, bangsa dan negara...amin ya rabbal 'aalamin.

Saya attachkan beberapa gambar comel mereka untuk tatapan bersama....=)


kelas 6 Ciku

Masa untuk rehat...yeay...=)


Jom nyanyi...=p

Haziq yangg comel...=)


Perhimpunan pagi


Cikgu-cikgu n anak murid..adik yg kecil molek atas kusi tu br umur 3 tahun..ikut je mane cikgu die pegi..xbleh berpisah langsung...cikgu mc diepun mc..hehe..xnak cikgu lain ajar...nak cikgu dia gak...macam2...=p

.

Saturday, March 6, 2010

~Akibat Terlalu Dekat....~

Seorang penjual telur sedang sibuk di kedainya. Seorang pelanggannya yang sedang memilih telur ingin menguji kebijaksanaan si penjual telur. Dalam diam dia mengambil sebiji telur dan digenggamnya di dalam tangannya.

"Jika awak bijak, cuba teka apa yg ada di dalam tangan saya ini?" kata pelanggan itu menunjukkan genggamannya.

"Cuba berikan ku bayangan.." pinta penjual telur.

"Benda ini bentuknya seperti telur," ujar pelanggan.

"Lagi?"

"Warnanya seperti telur."

"Lagi?" rayu penjual telur lagi.

Pelanggan tersebut menggeleng2kan kepalanya lantas berkata," Belum cukup lagi? Baiklah, jika dimasak rasanya seperti telur. Ia cair dalam keadaan biasa tetapi apabila dipanaskan ia menjadi pepejal."

Penjual telur masih terpinga2. "Tolong berikan lagi pembayang yang lebih hampir."

"Di dalamnya ada cecair yang berwarna putih mengelilingi warna kuning!"

Setelah berfikir panjang, penjual telur menjerit: "Aku tahu jawapannya. Ia sejenis kuih!"

Pelanggan menggeleng2kan kepala, lantas membuka genggamannya. Ya, hanya sebiji telur...Apalagi?

Pengajarannya: Manusia sering menjadi 'buta' dengan apa yang terlalu hampir dengan dirinya. Orang yang paling hampir selalu dipinggirkan, tetapi apabila orang itu sudah tiada, baru terasa kehilangannya. Ya, kerap kali sesuatu itu tidak dapat dilihat bukan kerana terlalu jauh tetapi kerana terlalu dekat....

Wallahua'lam..

Friday, February 12, 2010

Teks Mufti Perak Menghadap Sultan Perak

Assalamualaikum. Untuk di munafaatkan bersama.


Teks Mufti Perak Menghadap Sultan Perak

Maksud Hadith Rasulullah S.A.W. : "Mereka yang tidak memikirkan masalah umatku BUKAN daripada kalangan umat".

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

HARI Isnin, saya ke Kuala Lumpur dan saya menemui enam peguam dan beberapa pemimpin NGO untuk mendengar taklimat mengenai keadaan agama Islam dan orang Islam di negara ini.

Taklimat berlangsung selama empat jam setengah. Pada pagi Selasa, saya telah dipanggil oleh Sultan Perak untuk menyembah taklimat. Kemudian menyembahkan taklimat yang hampir sama pula kepada Majlis Raja-Raja.. Saya memberi taklimat mengenai bahaya yang sedang dihadapi oleh umat Islam pada ketika ini.

Bencana umat Islam

Waktu ini ada kes Lina Joy (Azlina binti Jelani) yang sedang menunggu keputusan. Lina Joy memeluk Kristian dan berkahwin dengan seorang India beragama Kristian.. Dia memohon kepada Mahkamah supaya namanya ditukar kepada Lina Joy dan agama dipadamkan daripada MyKad beliau tetapi Jabatan Pendaftaran Negara tidak dapat memadamkannya kerana tiada perintah daripada Mahkamah Syariah... Lan taran itu, beliau telah mencabar ke Mahkamah Persekutuan berasaskan Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebutkan bahawa tiap-tiap individu rakyat Malaysia berhak memilih agamanya sendiri (Every person has the right to profess and practice his religion).

Kes ini dibicara di hadapan tiga hakim di Mahkamah Agung iaitu Ketua Hakim Negara, seorang hakim bukan Melayu dan seorang hakim beragama Kristian. Jika dalam kes ini Lina Joy menang; maka agama Islam akan hancur. Ia membawa implikasi:
i) Kuasa Raja mengenai agama Islam akan hilang.
ii) Kuasa Mahkamah Syariah tidak boleh dipakai..
iii) Orang Islam tidak boleh memaksa anaknya sembahyang, tidak berhak lagi kutip zakat dan tiap-tiap orang boleh mentafsir Islam ikut kehendaknya. Itulah akibatnya.

Malangnya orang Islam nampaknya tidak prihatin sehingga dalam perbicaraan itu. Tidak ramai yang hadir untuk menyatakan sikap dan Sokongan. Majlis Agama pun dilihat tidak menghantar orang Islam. Pemerhati daripada Islam tiada. Ini berbeza daripada kalangan bukan Islam. Hatta , peguam/pemerhati daripada Kedutaan Kanada , Australia dan Amerika Syarikat pun sanggup datang.

Bahkan, peguam-peguam pemerhati ini dibenarkan berhujah. Ini amat berbahaya. Ia belum pernah berlaku. Jadi Majlis Raja-Raja sedikit tersentak setelah saya melaporkan perkara ini..

Peguam Negara telah dipanggil oleh Majlis Raja-Raja dan Peguam Negara kata tidak boleh buat apa-apa. Tunggu keputusan saja. Inilah keadaan yang telah menjadi bagaikan telur di hujung tanduk.

Gerakan Kristian dan Hinduisme

Orang Melayu yang berjinak dengan Kristian biasa dilatih secara mendalam di Singapura. Identiti mereka ditukar.. Sekarang, terdapat dua gereja orang Melayu di Kuala Lumpur.. Di Brickfield, ada usaha memberi makan tengah hari percuma pada hari Jumaat kepada remaja Melayu yang lepak supaya mereka leka dan tidak pergi ke masjid. Terdapat ratusan pemuda-pemuda Melayu pergi ke gereja di Brickfield ini.

Saya telah memberitahu juga hampir 250,000 orang Islam yang murtad tapi saya dicabar oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Orang Islam yang memeluk agama Hindu sahaja sudah hampir 100,000 orang. (Sumber : jangkaan Persatuan India Muslim). Bahkan mengikut laporan pihak polis, belia-belia Islam yang menganggotai black metal, yang memaki Tuhan sudah ada 13,000 hingga 14,000.. Orang yang ikut Ayah Pin yang mempercayai "Ayah Pin itu Tuhan" adalah 14,000 orang. Ini yang menjadikan saya lantang.

Majlis Raja-Raja Bangkitkan:

1) Apa peranan masjid.
2) Apa peranan imam-imam dan pengurusan masjid.
3) Kenapa tidak bendung sedangkan ada undang-undang. .. .

Peguam Negara kata, berbezanya paderi dengan imam-imam kita ialah paderi-paderi menunggu kedatangan hadirin seperti menghormati tetamu di pintu gereja. Mereka memberi khutbah dengan terancang dan profesional sehingga orang boleh yakin dengan cakap-cakap mereka. Selesai majlis, mereka tunggu di pintu gereja dan mengucapkan selamat. Mereka suka bertanya khabar dan suka ambil tahu dan sering tawarkan pertolongan. Bezanya, khutbah kita tidak menarik. Disampai secara tidak profesional.

Di Uzbekistan dan China , walaupun 70 tahun ditekan, mereka masih kuat. Dalam keadaan yang cukup kuat ditekan, mereka cuma utamakan penyebaran salam dan kuatkan silaturrahim di samping membaca ayat-ayat suci Al-Quran di dinding-dinding masjid. Imam masih boleh berbahasa Arab. Itu ketika Komunis berkuasa. Ini rahsia kekuatan mereka dapat bertahan.

Serangan aqidah di Malaysia

Sekarang di Malaysia kita diserang dalam bentuk yang dahsyat.

Serangan pemikiran.

1) Golongan intelektual. Orang Kristian yang buat serangan. Walaupun mereka berjaya serang tetapi mereka tidak dapat tawan hati orang Islam. Untuk itu mereka cuba mempelajari Islam dengan untuk menyerang Islam. Mereka juga wujudkan fakulti-fakulti Islam di universiti Mereka.

2) Mereka juga melahirkan kekacauan kepercayaan lalu membawa pemikiran Islam liberal. Mereka letak semua agama itu sama. Ia datang daripada sumber yang sama iaitu Tuhan yang sama. Cuma masa wahyu turun, Islam diterjemah dalam mesej ketuhanan itu mengikut bahasa-bahasa berbeza sesuai dengan bangsa dan keturunan Nabi.. Tegas mereka, kitab-kitab suci itu adalah terjemahan. Oleh itu ia boleh dipinda dan ditafsirkan semula. Dalam kurun ke 16, ia telah disaran oleh Yahudi dan diterima oleh para paderi Kristian. Ini yang menjadikan Kristian berpecah kepada berpuluh-puluh mazhab. Dulu, cuma ada Kristian daripada mazhab Roman Katholik. Masing-masing menuduh masing-masing mazhab kafir. Inilah pula yang dibawa ke dalam dunia Islam.

Islam liberal begini mulai masuk pula ke Indonesia .. Mereka menguasai universiti dan media dengan dilindungi dan disokong dengan kuat oleh AS dengan berbilion-bilion USD. Ini menjadikan fakulti-fakulti pengajian Islam di universiti-universi ti di Indonesia sudah tidak ada lagi penuntut. Kini sudah ada fatwa di Indonesia bahawa perkahwinan lelaki sesama lelaki itu sah. Faraid dan Hudud sudah tidak relevan dan harus dibuang. Ini pun hampir difatwakan akhir-akhir ini oleh Majlis Agama Indonesia ... Ia sedang berkembang kerana tulisan-tulisan ini dipelopori oleh intelektual.

Sekarang, di Malaysia pun sudah terbawa-bawa. Begitu. Tulisan-tulisan yang liberal seumpama ini biasanya ditulis oleh wartawan-wartawan dalam akhbar-akhbar berbahasa Inggeris. Dulu Astora Jabat saja yang tulis dalam akhbar Melayu. Kini, Astora guna majalah Al Islam pula sebagai platform dengan ditukar namanya kepada Hussin Ab. Rahman. Kasim Ahmad pun sekarang sudah diberi tempat semula untuk menulis dalam Al Islam.

Keputusan kes pakai serban Ini ada laporannya dalam semua akhbar. Bagaimana 3 murid Islam memakai serban di sekolah telah diberhentikan dan kes mereka pula kalah di mahkamah. Sedang penganut agama lain kenapa bebas memakai serban dan mengamal agama mereka ? Ini satu penghinaan yang sungguh dahsyat ke atas Nabi kita dan Islam pada amnya.

Allah jadikan sembahyang berjemaah lima waktu. Ini bertujuan untuk melahirkan ukhwah. Hikmahnya cukup besar. Seorang orientalis buat kajian kenapa ada rakaat-rakaat dalam sembahyang.. . Orientalis yang akhirnya masuk Islam itu, sembahyang itu sebagai satu bentuk caj. Pertemuan bahu dengan bahu, kaki dan kaki dia akan caj kuasa rohani. Untuk itu, kita perlu kuatkan diri. Orang Hindu sedang kuatkan diri mereka. Mereka giat buat tokong Hindu. Di Perak misalnya, ada 2,000 tokong Hindu sedangkan masjid cuma 560 buah sahaja. Dan agama Hindu ini semakin menampakkan keganasan. Terdapat ramai juga orang Melayu yang diHindukan.. . Kini, Filem-filem Bollywood juga digunakan untuk mendakyahkan agama Hindu di seluruh dunia.

Harap kepada siapa?

Kita tidak boleh lagi harapkan pihak berkuasa JAKIM, Jabatan Agama atau pihak kerajaan untuk melindungi kita. Allah tidak amanahkan Islam, al-Quran dan Sunnah ini kepada kerajaan tetapi Allah amanahkan kepada setiap individu Muslim.

Allah S.W.T berfirman:
"Kami wariskan al-Quran itu kepada hamba-hamba Kami yang terpilih iaitu yang beriman kepada Allah; (bukan kepada kerajaan)."

Peringatan-peringat an Daripada Allah S.W.T.
Tsunami, gerak gempa bumi, ramai umat Islam yang mati. Ini peringatan. Kenapa di Acheh dan Bangladesh ? Bukan bermakna orang Acheh yang bermaksiat, tetapi mungkin maksiat berlaku di tempat lain.. Bagaimanapun, pada malam kejadian itu, ada permainan tari menari dan pesta minum arak di pantai yang berdekatan.

Demikian, sedikit ringkasan.. Wallahu a'lam

Dato' Harussani Bin Zakaria
Mufti DiRaja Negeri Perak

Jika anda masih seorang Islam tolong sampaikan kepada seramai umat Islam demi kepentingan Islam dan survival generasi akan datang..

Saturday, December 12, 2009

3 penyakit yang Sering Berkumpul dengan Saudara Seagama

Dalam kitab "Al-Fawaid", berkata Ibnul Qayyum rahimahullah, " Berkumpul dengan ikhwan (saudara seagama) itu ada 2 bentuk":

pertama

Berkumpul sekadar mengisi waktu. Bahayanya lebih besar daripada manfaatnya. Hal ini boleh merosakkan hati dan mensia2kan waktu...

kedua

Berkumpul dalam rangka 'ta'awun' (tolong-menolong) dalam mencari sebab2 keselamatan, dan saling memberi nasihat dengan kebenaran dan kesabaran. Ini adalah kekayaan yang paling mahal dan paling bermanfaat.

akan tetapi di dalamnya ada 3 penyakit:

1. Munculnya sikap saling membangga diri.
2. Perbicaraan dan perkumpulan lebih dari keperluan.
3. Apabila hal tersebut menjadi kebiasaaan dan kesukaan, sehingga menghilangkan tujuan perkumpulan tersebut...

sumber : fitrah-hanan.blogspot.com

Friday, December 4, 2009

Selamat akhirnya...=)

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah mami n abah telah slamat sampai ke malaysia pada pukul 5.30 pg. td (4 disember 2009)..sepatutnya jika ikut jadual penerbangan awal, mereka dijangka sampai pada pukul 1.30 pg td....4 hours delayed...

kami bertolak dari rumah lebih kurg pada pukul 3.40 pg ke klia dan alhamdulillah kami telah slamat sampai di klia pada jam lebih kurang 5 pagi...setelah solat subuh, kami adik-beradik sudah tidak sabar2 lagi mahu berjumpa dan menatap wajah kesayangan bonda dan ayahanda kami yang amat kami rindui...hehe...

seorang demi seorang jemaah haji muncul dari pintu keluar balai ketibaan...mereka masing2 berpelukan bersama2 sanak saudara yg dtg menjemput mereka...sy pulak yang terasa sebak melihat mereka...tidak kusangka adik2ku juga mengalami perasaan yg sama...terharu...huhu

tidak lama kemudian, alhamdulillah kami ternampak kelibat kedua org tua kami dari kejauhan...kami terus bergegas ke arah mami n abah....air mata kegembiraan turun tanpa dipaksa...gembira sangat2 apabila akhirnya kedua ibu dan ayah kami kini berada di depan mata n telah selamat sampai ke tanah air n selamat mengerjakan ibadah haji....smoga mami n abah memperolehi haji yang mabrur....amin.....alhamdulillah mereka selamat sampai n sihat2 aja...hanya kepadaMu kusandarkan kesyukuran yang tidak terhingga Ya Allah....alhamdulillah wa syukran lillah...=)

Sekadar itu sahaja dahulu coretan mayaku yang sudah lama tidak tercoret ini....=p

wassalam...

p/s: teringin sangat nak g sana lagi...semoga Allah permudahkan urusan kita semua untuk sampai ke tanah suci Kota Mekah n Madinah...amin...

Sunday, November 22, 2009

"Pinjamkan daku pedangmu......"

Bismillahirrahmanirrahim.....

Setiap kali nak post baru, mesti sy akan mintak maaf sbb lama x update blog...=p tapi papepun, sy nak mintak maaf gak kat sahabat2 n kepada pengunjung2 blog sy yg sentiasa memberi support dan semangat kpd sy untuk terus istiqamah ber'blogging'...

Marilah sama2 kita menghayati kisah salah seorang tokoh pejuang Islam di zaman Rasulullah SAW iaitu Sayyidina Ali..

Sayyidina Ali r.a punya pedang yg begitu digeruni oleh musuh2nya...Pedang yg diberi nama 'Zulfaqar' itu sentiasa dibawa bersamanya adalam peperangan2 dgn kaum musyrikin. Dan setiap kali membawa pedang itu, Sayyidina Ali berjaya mengalahkan musuhnya.

Berita kehebatan pedang itu sampai kepada seorang lelaki. Dia juga seorang pejuang Islam. Tertarik dengannya, lelaki itu datang menemui Sayyidina Ali dan berkata, " Boleh tuan pinjamkan daku pedangmu yang hebat itu?"

Tanpa banyak bicara, Sayyidina Ali bersetuju meminjamkan pedangnya.

Lelaki itu sangat gembira. Apabila berlaku peperangan, dia pun pergi bersama pedang itu. Dia ingin merasai sendiri kehebatan pedang Sayyidina Ali itu.

"Bagaimana, kamu sudah merasai kehebatan pedang ini?" tanya Sayyidina Ali.

"Ah, biasa2 saja. Jika aku tahu begini, tak perlu akau pinjam pedang ini daripadamu. Mengapa pedang ini tidak sehebat yang dikhabarkan?"

"Kamu hanya meminjam pedang, tetapi tidak "meminjam" tangan yang memegang pedang itu," kata Sayyidina Ali.

Pengajaran : Kekuatan utama manusia bkn pada alat yang digunakan, tetapi pada dirinya sendiri..Teknologi yang canggih hanya akan membawa kebaikan jika manusia yang menggunakannya memiliki hati yang bersih dan fikiran yang bijak.. Di tangan orang yang dungu, teknologi secanggih manapun tidak akan dapat dimanfaatkan. Di tangan orang yang jahat, teknologi hanya akan membawa seribu atu kejahatan dan kehancuran.

Wallahu'alam...

Wednesday, November 11, 2009

Berehat dan tersenyum sebentar..(^_^)

Citer 1
Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri: Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri: Buku bank abanglah..

Citer 2

Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. Seorang budak pun membuka pintu
.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. Adik ada apa-apa untuk didermakan?
budak : Nanti jap. Saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????

Citer 3

Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada jalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan kawanya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu,

Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ????????


Citer 4

Seorang posmen yang datang menghantar surat ..

' Assalamualaikum '
' Walaikumsalam '
' Ni rumah encik Sameon ye?
' Ya saya'
' Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni '
' Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?'



Citer 5

Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.

Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk.... .... Benci .........

Citer 6

3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti.
Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!



Citer 7

Orang Asli Dan Polis

orang asli : selamat pagi tuan
polis : selamat pagi
polis : apa hal
orang asli : saya nak buat repot tuan!
polis : fasal apa tu?
orang asli : kawan saya di baham harimau
polis : pukul berapa
orang asli : dia tak pukul, terkam
polis : habis?
orang asli : tak habis, tinggal kepala

kisah 8

Seorang lelaki pergi ke klinik mata
. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: ' Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang l ain ?' 'Dah tentu, ' jawab doktor. 'Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca,' kata lelaki itu dengan riang.

kisah 9

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.

Shan : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...

kisah 10

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat ..
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.
'Atok buat apa tu?'.
'Atok bagi surat kat kawan atok,cu!' jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, 'Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu ?'

kisah 11

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.

Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...

*sekadar untuk bersantai dan merehatkan minda...=) take care...

wassalam