Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, October 18, 2009

Alhamdulillah wa syukran lillah...=)

Bismillahirrahmanirrahim

Harini 18 Oktober 2009 bersamaan dengan 29 Syawal 1430H merupakan salah satu hari yang amat bermakna dalam hidup sy....Alhamdulillah Allah satukan semula kami yang telah sekian agak lama terpisah....Semoga Engkau tautkan kembali hati2 kami dan semoga Kau eratkanlah ikatan hati2 kami ini mencari keredhaanMU sehingga ke akhir hayat dunia akhirat...amin....Kau selamatkanlah kami sekeluarga dari fitnah dunia akhir zaman, fitnah kubur, fitnah dajjal dan Kau selamatkanlah daku dan ahli keluargaku dari azab seksa api neraka....amin

Semoga segala ujian selama ini telah menemui jalan penyelesaian yang terbaik dan kami tahu pasti ada hikmah di setiap ujian yang melanda umat2Nya...itu tandanya Allah mahu menguji iman kita n tanda sayangNya kepada kita...insyaAllah...

Semoga Allah permudahkan segala urusan kami sekeluarga...amin....

Setiap dari kita ada peranan dan tanggungjawab masing2...seronok sangat hari ini apabila semua ada berkumpul bersama....terasa sume kerja dan beban menjadi ringan dengan kehadiran kami 4 adik beradik...=) Semoga bermula dari hari ini, kami akan menjadi lebih baik dari hari2 yang sebelumnya...Jadikanlah daku dan adik-adikku anak yang soleh dan solehah....amin....insyaAllah....Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita...
Allah uji setiap dari kalangan hamba2Nya mengikut kemampuan masing2...Redhalah dengan segala ujian yg diberikan dan hadapilah ia dengan penuh kesabaran...insyaAllah kita akan dapat merasai kemanisan ujian tersebut bila mana kita sentiasa berdoa dan bergantung harap denganNya kerana sebab itulah ujian itu diturunkan buat kita supaya kita lebih dekat dengan DIA...

In conclusion, I love my family very much...=)

p/s: Mungkin korang xbrape faham sangat post sy kali ini..=p Hanya yang mengalaminya saja yang mengerti...hehe...

Saturday, October 17, 2009

Rabbi Yassir Wala Tua'ssir Ya Kareem....Ameen...=)

Bismillahirrahmanirrahim....

Saat saya menulis post kali ini tinggal 3 hari sahaja lg ibu dan ayahku akan berangkat ke tanah suci...Macam2 perasaan yang terlintas di hati...Sayu, tenang, bangga (sbb ibu dan ayah berpeluang menjadi tetamu Allah dan dapat fokus beribadah di tempat yang dimuliakan Allah, amin), rasa berat untuk memikul amanah yang harus dipikul sepanjang tempoh pemergian ibu n ayahku ke tanah suci dan macam2 lagi....mungkin mase nilah Allah nak lebih mentarbiyahkan saya menjadi seorang anak yg lebih berdikari, bertindak secara lebih matang, menjadi kakak mithali =p, melayan kerenah adik2 yg pelbagai (setiap org lain2 ragam) huhu, pengurus kantin yang ber'kaki lebar' =p, pekerja dk yang komited (yeke? haha) n mungkin berlatih menguruskan hal ehwal rumah tangga (belajar jd surirumah..bagus2.. hehe =p)....byk tu tanggungjawab yg perlu dilaksanakan....

Hanya padaMu kuberserah Ya Allah...Rabbi yassir wala tu'assir ya kareem....Engkau permudahkanlah segala urusan kami dan semoga segalanya berjalan dengan lancar dan Kau lindungilah keselamatan kami Ya Allah...Amin...

Pesanan untuk diri :

1. Tabahkan hati melalui ujian hidup ini...."Life is a learning process"...caiyok2..=p
2. Redhakan pemergian ibu n ayah untuk mengerjakan ibadah haji....menunaikan fardu haji perlu diiringi dengan pengorbanan...tuntutan yang cukup besar...
3. Jaga adik2 baik2...Bersabar melayan kerenah diorang...huhu....Azwan nak pekse xlame lg n baru2 ni Allah uji die tym nak dkt pekse n ujian untuk ibu dan ayah sebelum bertolak ke tanah suci...Ayu pun nak final exam xlame lg...Erin, jom kita sama2 bekerja keras jg adik2 kita k...jgn nakal2 tau...hehe..Berikanlah daku kekuatan Ya Allah..amin...
4. Checklist brg2 keperluan kantin n bil2 yg perlu disettlekan...
5. Tingkatkan amalan2 n perbaiki diri dari semasa ke semasa...
6. Perbanyakkan berdoa semoga ibu dan ayah selamat pergi dan pulang dan memperolehi haji yang mabrur...amin...

p/s: ade pape pesanan lain??? =p

Tuesday, October 13, 2009

Udara atau Ilmu???

Bismillahirrahmanirrahim

Sedikit perkongsian daripada majalah solusi yang baru dibeli smalam....hehe...

Seorang lelaki muda pergi menemui seorang ahli hikmah.. " Tuan, ajarkan sy ilmu hikmah," pintanya..

"Kau benar2 inginkannya?" tanya ahli hikmah.
"Ya tuan."
"Kamu sedia diuji?"
"Sedia," jawabnya tanpa ragu.
"Baiklah bawa setempayan air ke hadapanku," pinta ahli hikmah.

Setempayan air segera dihadapkan di hadapan ahli hikmah oleh lelaki muda itu.

"Mari ke sini. Jengukkan kepalamu ke muka tempayan ini."

Lelaki muda itupun merapatkan kepalanya ke mulut tempayan. Tiba2 ahli hikmah itu menekan dan menenggelamkan kepala lelaki itu ke dalam air.

Dia meronta2 kelemasan.. Apabila nampak tidak berdaya, barulah kepalanya dilepaskan. Sebaik menghirup udara, ahli hikmah terus bertanya, "Apa yang kamu inginkan?"

"Saya inginkan ilmu."

Mendengar jawapan itu, sekali lagi kepala lelaki itu dibenamkan ke dalam air. Sekali lagi lelaki muda itu kelemasan. kali ini lebih teruk dari sebelumnya. setelah hampir lemas, baru dilepaskan lantas soalan yang sama diajukan.

"Apa yang kamu inginkan?"
"Saya inginkan ilmu!" jawab lelaki muda itu. kali ini dengan keadaan lebih tidak berdaya.

Mendengar jawapan yang sama, ahli hikmah itu membenamkan sekali lagi kepala lelaki itu ke dalam tempayan. Kali ini lebih lama. Lelaki itu meronta2. Kali ini jauh lebih hebat dan dahsyat dirasakannya..Setelah hampir nyawa2 ikan, barulah kepalanya dilepaskan.

"Apa yang kamu inginkan?"
Udara, udara, udara!!!" katanya hampir kehilanagn suara.

"Sekarang kamu sudah bersedia untuk belajar hikmah daripadaku. Jika kamu inginkan hikmah seperti kamu inginkan udara, barulah kamu layak mendapatnya.."

Pengajaran :

Keghairahan yang tinggi terhadap ilmu akan menjadikan seseorang itu ghairah untuk belajar. Tuntutlah ilmu...Carilah mutiara2 ilmu walau di mana jua kita berada...
"Life is a kearning process"....wallahua'lam...(^_^)

Wednesday, September 30, 2009

La Tahzan

Jika kau bersedih sahabatku,

pandanglah ke langit kerana kau akan sedar bahawa Allah sentiasa bersamamu,

mengiringi setiap langkahmu, menyusuli setiap doamu..

Jika mereka sibuk mencari cinta, biarlah kita sibuk mencari iman.

Jika mereka sibuk mencari pasangan, biarlah kita sibuk mencari keredhaan.

Jika mereka menangis kerana kecewa bercinta, biarlah kita menangis kerana mengenang

dosa-dosa lama.

Jika mereka cintakan kemanusiaan, biarlah kita penuh cinta pada Tuhan.

Jika mereka mendambakan kehidupan duniawi, kita dambakanlah kehidupan ukhrawi.

Dalam kita melangkah,terkadang diuji dgn ujian yg terasa berat hingga kita terduduk dan

menangis. Peritnya terasa. Tp ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri kerana mungkin

air mata tika itu hadir kerana Dia mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak

lantaran ada langkah2 yang tersasar dari keikhlasan..



* Sekadar untuk muhasabah diri dan menenangkan hati yang ketika ini mungkin sedang
diuji...(",)

Monday, September 21, 2009

Salam Aidilfitri...(^_^)


Bismillahirrahmanirrahim

Di kesempatan bulan syawal yang mulia ini, masih xterlambat lagi rasanya untuk sy mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada sahabat2 yg mengenali diri ini dan kepada sesiapa sahaja yg mengunjungi blog sy..Selamat hari raya aidilfitri...Maaf zahir dan batin...Mohon maaf atas segala kekhilafan diri. Semoga ibadah kita di bulan ramadhan yang lalu diterima dan Allah sampaikan kita pada ramadhan akan datang...insyaAllah..amin...

Pemergian Ramadhan ditangisi,
Bulan penuh berkat lagi dirahmati,
Semoga Ramadhan jumpa lagi,
Kerana usia di tangan Ilahi.....

Datangnya Syawal tanda kemenangan,
Sebulan berpuasa menahan cubaan,
Sambutan raya dengan kemaafan,
Moga bergembira di hari lebaran....


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Wednesday, September 16, 2009

Tasyji'

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum,

untuk post kali ini, sy petik2 kata2 semangat daripada salah seorang sahabat..

semoga kata2 hikmah ini dapat memberi motivasi kepada kita semua untuk terus

istiqamah dalam memperjuangkan agama Islam yang tercinta....

takbir!!

ALLAHUAKBAR!!!

" In ISLAM,

*there is no word for hands up,
*there is no word for surrender,
-there are only 2 things:
  1. WIN as MUJAHID, or;
  2. DIE as a SYAHID

"....sabiluna2 JIHAD, 'amaluna2 SYAHID..."


berusahalah. ...Takbir. . Allahuakbar! !




Sekadar Renungan Sahabat2 dan sahabiah2:

Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan,

Yakin pada Allah bukanlah keindahan nikmat,

Yakin pada Allah adalah meletakkan keREDHAan pada keTENTUan-Nya,


Rasa bahagia dgn UJIAN walaupun perit,

Di situ air mata yang tertitis terasa bernilai buat menyiram api neraka,

Indahnya TARBIYAH ALLAH, tersirat rahmat & hikmah,

Di uji kita sebagai tanda sayang NYA, insya Allah.

wassalam


Sunday, September 13, 2009

9 Sebab-sebab Hati Tidak Bahagia

Antara mazmumah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2 . Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq,
pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia

5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak...tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh. .)

7. Ego - ibu segala mazmumah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah. .. Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa
mati.

Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya tetapi ialah SIFAT MAZMUMAH.

Makin tinggi mazmumah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kitA sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklah padahnya.

Wallahualam