Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, May 30, 2013

Rahsia Otak

RAHSIA OTAK Setiap hari hampir 10 ribu sel di otak mati dan tidak boleh digantikan. Proses ini terus menerus berlaku ketika sedang membaca kenyataan ini. Ini bermakna jika anda sudah berumur 30 tahun. 1 billion sel otak telah pupus. Sebab itulah semakin meningkat umur kita makin pelupalah kita. Bagaimanakah untuk mengurangkan gejala ini daripada berterusan. Teruskan pembacaan anda sehingga ke akhir halaman ini. Pasti anda akan menemui jawapannya. Rahsia Otak Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas. Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran. Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks. Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya. Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang remeh kepentingan berzikir dan mengabaikannya. Bagian dan Fungsi Otak Penemuan penting di dalam sejarah otak adalah kesadaran kita bahwa berbagai bagian otak mengendalikan fungsi yang berbeda-beda. Bagian-bagian otak adalah Batang Otak, mengendalikan fungsi-fungsi penyangga kehidupan dasar misalnya pernapasan dan laju denyut jantung. Mengontrol tingkat kesiagaan. Menyiagakan anda terhadap informasi sensorik yang masuk. Mengendalikan suhu. Mengendalikan proses pencernaan. Menyampaikan informasi dari serebelum. Serebelum atau otak kecil atau otak belakang, mengendalikan gerakan tubuh dalam ruang dan menyimpan ingatan untuk respon-respon dasar yang dipelajari. Sistem Limbik atau otak tengah, yang posisinya sedikit lebih ke depan dan terdiri atas Talamus dan Ganglia Basal atau otak tengah. Sistem Limbik penting bagi pembelajaran dan ingatan jangka pendek tetapi juga menjaga homeostatis di dalam tubuh (tekanan darah, suhu tubuh dan kadar gula darah). Terlibat dalam emosi ketahanan hidup dari hasrat seksual atau perlindungan diri. Menurut ilmuwan Robert Ornstein "suatu cara untuk mengingat fungsi sistem limbik adalah empat F, yang penting untuk kelangsungan hidup : Feeding (memberi makan), Fighting (berkelahi), Fleeing (melarikan diri), dan reproduksi sosial (F yang satu ini tidak disebutkan oleh sang pengarang buku.. kenapa ya.. :p). Sistem Limbik mengandung Hipotalamus, yang sering dianggap sebagian bagian terpenting dari 'otak mamalia'. Hipotalamus meskipun kecil (besarnya hanya sepatuh gula kotak) dan beratnya hanya empat gram, hipotalamus mengatur hormon, hasrat seksual, emosi, makan, minum, suhu tubuh, keseimbangan kimiawi, tidur dan bangun, sekaligus mengatur kelenjar utama dari otak (kelenjar pituitari). Hipotalamus adalah bagian otak yang memutuskan mana yang perlu mendapat perhatian dan mana yang tidak, misalnya kapan kita lapar. Serebum atau korteks serebral, membungkus seluruh otak dan posisinya berada di depan. Serebum adalah karya besar evolusi alam dan bertanggung jawab atas berbagai keterampilan termasuk ingatan, komunikasi, pembuatan keputusan dan kreativitas. Fungsi : pengaturan, ingatan, pemahaman, komunikasi, kreativitas, pembuatan keputusan, mind mapping, bicara, musik. Serebum dibungkus oleh suatu lapisan berkerut-kerut berupa sel-sel saraf setebal seperdelapan inci yang amat sangat menakjubkan, yang dikenal sebagai korteks serebral. Sifat kortekslah yang merumuskan kita sebagai manusia. Area terpenting otak yang perlu dipahami dalam mengenali kekuatan otak adalah serebrum atau yang sering disebut 'otak kiri dan kanan'. Serebum membagi tugas ke dalam dua kategori utama yaitu tugas otak kanan dan otak kiri. tugas otak kanan antara lain irama, kesadaran ruang, imajinasi, melamun, warna, dimensi dan tugas tugas yang membutuhkan kesadaran holistik atau gambaran keseluruhan. Tugas otak kiri antara lain kata-kata, logika, angka, urutan, daftar dan analisis. Istilah-istilah populer yang memayungi kegiatan belahan otak kiri adalah - Akademik - Intelektual - Bisnis Belahan otak kanan : - Artistik - Kreatif - Naluriah Sejumlah penelitian mengungkapkan bahwa kekuatan dan kelemahan yang berkelanjutan dari keterampilan kortikal setiap orang lebih merupakan fungsi kebiasaan daripada desain dasar otak. Bila seseorang memiliki kelemahan pada area tertentu, kemudian dilatih maka keterampilan dan kekuatan orang tersebut di area-area lain ikut menguat. Misalnya A lemah dalam keterampilan menggambar dilatih menggambar dan melukis, maka kinerja akademisnya akan meningkat secara keseluruhan, terutama pada bidang-bidang seperti geometri dimana persepsi dan imajinasi berperan penting. Contoh lain adalah keterampilan yang dimiliki otak kanan yaitu melamun yang sangat penting bagi ketahanan hidup otak. Melamun memberi istirahat yang sangat diperlukan kepada bagian-bagian otak yang melakukan pekerjaan analitis dan pengulangan, melatih pemikiran proyektif dan imajinatif dan memberi kita kesempatan untuk mengintehrasikan dan mencipta. Kebanyakan jenisu besar menggunakan lamunan yang diarahkan untuk membantu mereka memecahkan masalah, menghasilkan ide dan mencapai tujuan. Bila anda hanya mengandalkan salah satu sisi otak dan melalaikan sisi lainnya, anda mengurangi potensi keseluruhan otak secara drastis. kutipan dari "Buku Pintar MIND MAP" by Tony Buzan... Otak yang cerdas terletak pada badan yang sihat Untuk mendapatkan otak yang sihat atau cerdas, kita perlu memiliki tubuh badan yang sihat terlebih dahulu. Oleh itu, anda perlulah melakukan senaman, mengamalkan amalan pemakanan yang berkhasiat, berzat, seimbang dan berjadual, amalan hidup yang betul dan menyihatkan, berpuasa, berjiwa tenang, membersihkan perut, dan lain - lain lagi rahsia yang dipaparkan di sini. Kesihatan mental bergantung kepada kesihatan tubuh badan. SISTEM INGATAN MANUSIA Maklumat yang diterima akan disimpan di dalam ingatan. Terdapat dua jenis sistem ingatan : (i) INGATAN JANGKA PENDEK Maklumat yang diterima, disimpan di dalam ingatan jangka pendek dalam tempoh yang singkat, iaitu di antara 30 saat hingga 24 jam. Proses kehilangan maklumat dari gudang ini amat pantas kerana muatannya terhad. Ianya mudah hilang dari ingatan seperti nombor telefon, senarai harga dan nombor pendaftaran kenderaan. Sesetengah maklumat dari sistem ingatan jangka pendek akan berpindah memasuki sistem ingatan jangka panjang jika ianya diberi penumpuan dan diulang-ulang. Maklumat yang tidak berpindah ke sistem ingatan jangka panjang, kebanyakkannya akan lupus begitu saja. (ii) INGATAN JANGKA PANJANG Ingatan ini bermaksud ingatan terhadap sesuatu maklumat dalam tempoh yang lama. Sebenarnya setiap maklumat yang tersimpan dalam ingatan jangka panjang tetap kekal sehingga ke akhir hayat seseorang. Yang menyebabkan kita tidak dapat mengingati kembali ialah kerana kelemahan untuk 'memanggil kembali' (recall) maklumat tersebut dari gudang ingatan jangka panjang. Maklumat dari ingatan jangka panjang tidak akan luput. Ianya masih wujud dalam ingatan, cuma mengambil masa untuk dikeluarkan kerana sudah lama tidak digunakan. Anda mungkin pernah terserempak dengan kawan lama tetapi tidak dapat mengingati namanya. Puas anda cuba mengingati namanya semasa berbual tetapi gagal. Setelah pulang, tiba-tiba baru anda teringat namanya. Begitu juga kadang-kadang kita terlupa dengan sesuatu yang sudah diingati seperti nama jalan, bangunan atau tajuk buku. Selepas beberapa ketika kita mampu mengingatinya semula. Ini menunjukkan maklumat itu masih ada, tetap tersimpan. Kita masih 'ingat' maklumat tersebut, bukan lupa. Cuma itu adalah kelemahan kita untuk memanggil kembali maklumat itu. Itulah yang dimaksudkan dengan perkataan 'LUPA' dalam kehidupan seharian. Penyelidikan pakar psikologi dan neurologi menegaskan kenyataan "Setiap maklumat yang tersimpan di dalam ingatan jangka panjang tidak akan hilang dan musnah selama-lamanya sehingga ke akhir hayat seseorang." Ini bukanlah cakap-cakap kosong tanpa bukti ilmiah dari para pengkaji otak. Pelbagai eksperimen saintis otak dan amalan ahli hypnotisme membuktikan penyataan tersebut. Dr. Wilder Penfield, seorang saintis otak dari Universiti McGill, Montreal, telah melakukan pembedahan ke atas otak pesakitnya. Beliau telah mengalirkan arus elektrik dengan kadar yang sangat halus pada otak subjeknya iaitu pada bahagian yang dikenali sebagai neucortex. Terbukti subjeknya didapati mampu mengingati peristiwa-peristiwa puluhan tahun lampau dengan terperinci. Misalnya warna baju, nombor-nombor telefon, perbualan pada hari-hari yang tertentu pada puluhan tahun yang lalu. Begitu juga yang berlaku kepada para subjek ahli-ahli hypnotisme. Hypnotisme adalah ilmu membangkitkan minda bawah sedar seseorang dengan menidurkannya terlebih dahulu. Subjek-subejk ahli hypnotisme juga mampu mengingati kembali peristiwa lampau dan mampu menceritakan apa yang dilakukan oleh mereka pada hari-hari tertentu pada 10,20 malah 50 tahun yang lampau! Kedua-dua jenis eksperimen ini membuktikan maklumat tersebut tetap kekal di dalam ingatan dan tidak akan luput selama-lamanya.Orang genius dan yang mempunyai ingatan luar biasa ialah orang yang berkebolehan 'memanggil kembali' maklumat yang tersimpan di dalam sistem ingatan jangka panjang. Itu sahaja kebolehan mereka. Benarlah pendapat Professor Diraja Ungku Aziz bahawa manusia mempunyai kemampuan untuk menyimpan ilmu pengetahuan yang tidak terhingga banyaknya jika mengetahui tekniknya.Jika anda ingin menjadi gemius, anda haruslah menguatkan potensi otak dengan meransang, melatih, menyubur, menyihat dan mencergaskan otak melalui kaedah-kaedah moden dan tradisional. Kajian menunjukkan keupayaan otak boleh ditingkatkan perkembangannya melalui berbagai-bagai rangsangan, saranan, pemakanan, senaman, latihan, amalan dan pantang hidup. Kajian ulama-ulama Islam menambah bahawa amalan-amalan kerohanian termasuk doa, ibadah dan taqwa juga boleh menyubur dan mengaktifkan sel-sel otak. Cara meningkatkan kekuatan otak anda Pernahkah anda melihat seseorang yang tanpa usaha yang gigih dapat mempelajari konsep dan ilmu pengetahuan yang baru dengan cepat sementara orang lain harus berjuang untuk mendapatkan sesuatu ilmu itu? Napoleon Bonaparte dapat menyebutkan nama ribuan prajurit yang setia kepadanya. Juara catur peringkat dunia dapat mengingati suatu pertandingan yang telah berlangsung bertahun-tahun lalu. Kadang-kadang saya bertanya bagaimana cara para intelektual ini melakukannya. Walaupun sebagian dari mereka lahir dengan IQ yang luar biasa, sementara yang lain tidak. Namun, ada beberapa teknik yang dapat membantu anda belajar lebih cepat, belajar lebih baik, dan menyerap informasi sebaik mungkin. Berikut adalah 7 tips yang boleh meningkatkan kekuatan otak anda. 1. Ajarlah kepada orang lain. Jika ada sesuatu yang ingin anda pelajari, cubalah untuk mengajarkannya juga kepada orang lain. Proses pembelajaran tradisional membantu anda untuk menghafal sebuah idea, namun mengajarkan sesuatu kepada orang lain membuat anda benar-benar memahami konsep dan bagaimana cara mengaplikasikannya. Untuk mengajar seseorang, anda harus bersedia kemungkinan adanya pertanyaan dan melihat topik dari sudut pandangan yang berbeza. Mengajarkan orang lain akan secara praktikal meningkatkan pemahaman anda. Mengajar orang lain juga bermaksud kita sentiasa mengulang-ulang ilmu yang kita perolehi. Secara tidak langsung ilmu itu akan berkembang dan lebih mendalam di dalam minda kita. 2. Tulislah sebuah artikel. Sangat mudah untuk mempelajari sesuatu dari buku. Hanya dengan membaca anda boleh memperolehi ilmu itu. Tapi apakah ilmu itu akan lebih mendalam dan berkesan hanya dengan membaca…? Dalam suatu keadaan, jika anda harus menulis sebuah artikel yang berkenaan dengan suatu topik, apakah anda dapat menghasilkan sesuatu yang lebih baik hanya dengan menulis..? Oleh itu, jika anda mahu menjadi ahli dalam suatu topik pilihan anda, baca dan tulislah buku mengenai hal tersebut. Ini akan memungkinkan anda untuk menelusuri aspek-aspek lain yang sedang anda pelajari. Dengan menuliskannya juga, anda akan menghubungkannya dengan idea-idea yang sudah anda ketahui dan menciptakan sebuah jaringan pengetahuan yang lebih baik. 3. Bermula dengan sebuah Blog. Belajar sesuatu melalui sebuah blog dengan menulis dan bercerita mengenai pengalaman anda. Ini akan meningkatkan proses pembelajaran anda. Menulis sebuah blog membuatkan anda berfikir sesuatu yang pernah berlaku dan akan berlaku di masa hadapan yang kemudian anda tulis orang lain dapat mengetahuinya. Jika anda ingin meningkatkan kemampuan otak anda ke-level yang berikutnya, saya menyarankan anda untuk bermula dengan blog anda sendiri. Menulis blog akan menjadi hal yang menarik secara intelektual sekaligus dapat menjadi aktiviti harian yang akan menjana kemampuan minda anda. 4. Jagalah tubuh anda dengan baik. Sementara anda mencuba untuk meningkatkan kemampuan belajar anda, anda harus memastikan otak dan tubuh anda dalam keadaan sihat. Otak adalah sebahagian dari tubuh yang memerlukan banyak bahan bakar dan oksigen jika anda mengharapkannya dapat berfungsi secara efisyen. Dalam proses pembelajaran, anda harus memberi makan dan merawat tubuh dan otak anda untuk memaksimakan proses. Untuk mencapai matlamat tersebut, anda harus: Makan setiap beberapa jam untuk mempertahankan gula darah anda pada level yang tinggi. Bersukan setiap hari. Melakukan rekreasi secara releks beberapa minit setiap hari. Tidur sekurang-kurangnya tujuh jam setiap hari. Minum banyak air. Makan sedikit. Makan yang berlebihan cenderung membuat orang menjadi mengantuk. 5. Belajar dengan teknik gambaran. Belajar sesuatu dengan teknik gambaran. Mulakan proses pembelajaran dengan melihat gambar dan menterjemahkannya menjadi satu idea. Dari buku bergambar, cuba belajar dengan menggunakan panca indera dan penglihatan. Saat anda perlu memahami suatu hal dengan cepat, indera penglihatan akan membantu anda untuk membuat gambaran tentang suatu topik pada fikiran anda. Gambarkan juga pada selembar kertas. Anda boleh gambarkan apapun, sebuah imaginasi, grafik, atau hanya aliran waktu. Sentiasa tambahkan gambaran pada fikiran anda sementara anda belajar dan cuba menciptakan terus gambar di fikiran anda selagi anda berfikir. Lebih baik lagi jika anda tidak membatasi diri anda dengan gambar visual. Belajarlah dengan kekuatan panca indera tersebut yang disertakan sekali dengan idea pemikiran anda. 6. Tingkatkan motivasi anda. Motivasi adalah alat untuk meningkatkan daya ingatan dan kesedaran. Cuba fikirkan mahasiswa sekolah yang berusaha sebelum ujian bermula. Mereka memiliki motivasi yang tinggi kerana ingin memperolehi sesuatu yang lebih baik dalam peperiksaan tersebut. Mereka dapat menguasai sesuatu ilmu itu kerana mereka mahu. Motivasi ini membuat proses pembelajaran mereka pada tahap motivasi yang tinggi. Jika anda bukan lagi mahasiswa yang suka menunggu dan menanti namun tetap ingin memotivasikan diri anda, cubalah berfikir sesuatu yang berkaitan dengan cita-cita. Jika anda menciptakan suatu cita-cita yang terus anda kejar, maka anda akan belajar lebih cepat sebagai motivasi untuk mendapatkan cita-cita tersebut. Sebagai contoh, jika anda belajar atau bekerja untuk memahami satu subjek yang berlembar-lembar, anda mungkin akan memberi motivasi diri anda untuk pergi ke kedai buku atau perpustakaan, bermain video game, atau mungkin menonton rancangan TV kegemaran anda. Oleh itu, pilihlah jenis motivasi yang sesuai dengan anda. 7. Belajarlah selagi anda tidur. Alangkah indahnya bila anda dapat menghabiskan waktu tidur sambil mempelajari bahan pelajaran dengan hanya menekan tombol play pada CD player anda? Tentu saja indah…. Tapi bolehkah kita belajar sesuatu perkara semasa kita tidur. Satu kajian dari sebuah universiti mengatakan bahawa kita dapat belajar semasa tidur namun ia perkara itu tidak dapat dilakukan jika anda tertidur nyenyak. Namun, sebuah bukti menunjukan bahwa anda dapat belajar pada masa tidur ringan, sebuah keadaan sebelum anda tertidur nyenyak. Perlu diingat bahwa apa yang anda dengar itu tidak lebih dari fakta, kosa kata, dan perkara yang ringan lainnya. Anda tidak dapat mempelajari sesuatu yang berat pada tahap tidur ringan. Baru-baru ini, pengkaji di jerman menemui bahawa penggunaan stimulasi elektrik pada tahap tertentu dalam tidur dapat meningkatkan kemampuan seseorang untuk mengingat fakta. Menarik untuk dikaji, teknologi pembelajaran apa lagi yang akan muncul di masa hadapan. Kesimpulan Teknik dan cara yang boleh menjana ketajaman otak anda. Jadikan minda anda sesuatu yang kreatif dan melahirkan idea yang boleh memberikan manfaat kepada diri anda.

Friday, January 11, 2013

Monday, December 3, 2012

Contoh Ulasan Jurnal Dalam ICT

Ulasan Jurnal
1.0    Tajuk Jurnal
 Penggunaan ICT Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Di kalangan Guru Sekolah Menengah Teknik Dan Vokasional : Sikap Guru, Peranan ICT Dan Kekangan / Cabaran Penggunaan ICT oleh Ting Kung Shuing dan Woo Yoke Ling, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknoligi Malaysia
2.0    Penyediaan abstrak oleh penulis
ICT adalah alat bantu mengajar yang penting dalam SM Teknik dan Vokasional. Tetapi terdapat pelbagai kekangan dan cabaran seperti kekangan guru untuk menghabiskan silibus, sikap negatif guru, kekurangan kemahiran, kekurangan prasarana dan bahan sokongan, jurang ICT dan digital, sumber kewangan yang tidak mencukupi. Penulis mengesyorkan supaya penggunaan ICT bersesuaian dengan keperluan kurikulum, perubahan sikap dan nilai guru terhadap ICT, penganjuran kursus pendek untuk guru, penyediaan infrastruktur komunikasi dan multimedia serta infostruktur yang lengkap serta penyediaan kemudahan computer di luar bandar dan rangkaan sumber kewangan yang mencukupi. Kata kunci jurnal ini iala ICT dalam pendidikan guru.
3.0    Kandungan
3.1    Pengenalan.                                                                                 Penulis mengaitkan perubahan global yang pesat dalam ICT  memberi kesan kepada Negara-negara membangun seperti Malaysia (Abd. Rahim, 2005). Revolusi maklumat yang berlaku disebabkan kemajuan ICT memberi cabaran baru kepada profesion keguruan, di samping kemajuan yang berlaku ini perlu dimanafaatkan untuk mempertingkatkan martabat profesion keguruan yang sedang mengharungi perubahan abad ke – 21 (Ward & Peppard, 2003). Penulis juga memetik kata-kata B.G Yaxley (1991) pengajaran merupakan satu tindakan yang bertujuan untuk membawa perubahan dari segi kepercayaan, nilai dan makna.
3.2    Sorotan Literature
Dalam membincangkan isu jurnal ini penulis kerap merujuk kepada pernyataan dari orang lain contohnya ialah:
                                   i.        Hjetland (1995) iaitu Technology can make our lives easier. Every task are simplified.
                                 ii.        Ellington,   dan Race (1993) iaitu penggunaan computer dalam pendidikan mempunyai beberapa kekuatan dan kelemahan yang mana lebih berasaskan sebagai satu teknik pengajaran yang lebih menekankan peranan individu.
                                iii.        Chakrabarty (1979) menjelaskan bahawa leterasi computer membawa maksud mempelajarai cara menggunakan sesuatu perisisian mikrokomputer.
                                iv.        Dologite (1987) menyatakan leterasi membawa maksud yang agak mudah iaitu tahap pengetahuan dan kebolehan seseorang menggunakan computer.
                                 v.        Ngan (1994) menyatakan bahawa literasi computer membawa maksud yang lebih luas iaitu kesedaran dan pengalaman dan pengendalian computer.
                                vi.        Besag dan Levine (1984) berpendapat bahawa tahap  asas literasi computer adalah kebolehan membaca serta menulis dengan menggunakan bahasa sendiri dan definisi yang luas serta boleh menggunakannya dalam kehidupan seharian.
3.3    Kaedah
Penulis tidak menyatakan kaedah atau metadologi,  penulis hanya ada menemubual  beberapa orang guru. Tiada instrument yang dinyatakan dalam kajian ini. Penulis membuat penjelasan berdasarkan kajian orang lain terhadap ICT dalam pendidikan, sikap guru, cabaran dan halangan kepada penggunaan ICT di sekolah khususnya SM Teknik dan Vokasional. Sepatutnya penulis menyediakan instrument untuk kajian ini supaya nampak lebih ilmiah kajian ini. Penulis banyak bergantung pendapat orang lain berkaitan isu kajian ini. Di antara kenyataan orang lain yang dirujuk ialah:
                                 i)            Gbomita (1997) iaitu sikap guru terhadap computer adalah satu daripada tiga faktor yang menyumbang kepada penerimaan  guru-guru terhadap penggunaan computer selain dari faktor cirri-ciri computer.
                            ii)                Zulkifli dan Raja Maznah(1994) mengatakan sikap yang positif adalah penting untuk mendodrong seseorang bagi mempelajari apa-apa saja.
                           iii)                Zhao, Hueyshan dan Mishra (2000) menyatakan bahawa guru menggunakan computer untuk menghasilkan penyampaian yang lebih menarik serta berkesan, mengurus pelajar mereka dengan cekap dan memudahkan komunikasi dengan ibu bapa serta pelajar.
                           iv)                Ambighapathy dan Shanti (2004) menyatakan bahawa era teknologi memerlukan penglibatan guru-guru dan aktiviti pembelajaran menjurus kepada pembelajaran berterusan sepenuhnya.
3.4    Perbincangan
Penulis membahagikan perbincangan isu ini dari segi:
Kekangan dan cabaran penggunaan ICT dalam pendidikan Teknik dan Vokasional iaitu :
a)    Kekangan dari segi menghabiskan silibus
Penulis mencadngkan penggunaan ICT perlu meluaskan dimensi dunia ICT mencakupi penggunaan internet, melayari laman web, on-line, e-mel, program pendidikan yang diselaraskan di peringkat sekolah dan perisian perlu dirancang sesuai dengan spesifikasi kurikulum sekolah dan digunakan secara intensif.
b)    Sikap Negatif Guru
Penulis menyarankan supaya guru-guru harus meninggalkan amalan lama dalam p&p. Persediaan mental, pengetahuan dan kemahiran dalam anggota adalah penting kea rah sesuatu perubahan sesebuah organisasi (Steers & Black, 1994).
c)    Kekurangan Kemahiran Penggunaan IT
Penulis menyarankan supaya guru-guru diberi kursus jangka pendek untuk mendapat ilmu dan pengetahuan baru berkaitan ICT.
d)    Kekurangan Prasarana dan Bahan Bantu sokongan
Penulis menyarankan supaya pihak sekolah perlu memperbaiki infrastruktur komunikasi dan multimedia dan mempertingkatkan infostruktur seperti rangkaian, kandungan tempatan, insentif dan perundangan untuk membentuk persekitaran yang membolehkan penyediaan infostruktur.
e)    Jurang ICT dan Digital
Untuk mengatasi masalah ini penulis menyarankan supaya penggunaan computer perlu diperluaskan lagi ke kawasan-kawasan luar bandar.
f)     Sumber Kewangan Yang Tidak Mencukupi
Dalam hal ini penulis menyarankan sekolah perlu menangani  masalah kewangan dari masa kesemasa mengikut keupayaan masing-masing supaya pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berasakan ICT di sekolah berjaya dan dapat meningkatkan kemahiran guru-guru dan juga pelajar-pelajar sekolah seiring dengan kemajuan ICT dunia.
3.5    Kesimpulan
Penulis telah menyimpulkan bahawa  penggunaan ICT dalam pendidikan adalah selaras dengan dasar Pembangunan Negara oleh itu Kementerian Pelajaran Malaysia harus lah menyediakan segala kemudahan dan peralatan ICT yang sentiasa berubah mengikut  peredaran masa secara global.
Persediaan dari segi latihan dan kemahiran guru untuk mengaplikasikan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran perlu dimantapkan sepanjang masa. Sikap guru-guru perlulah diubah untuk menerima perubahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berasakan dunia abad ke 21 (21st Century Skill in Education).
Kejayaan penggunaan ICT di dalam pendidikan bergantung kepada keupayaan kerajaan menyediakan segala prasarana dan peralatan ICT di seluruh pelusuk bandar dan juga kawasan luar bandar supaya kemudahan internet dapat diekses dengan mudah. Kerajaan perlu menyediakan peruntukan kewangan yanga banyak untuk menjayakan penggunaan ICT di dalam pendidikan supaya hasrat ini tidak seperti melepaskan batuk di tangga sahaja.
4.0    Pernghargaan
Tiada penghargaan yang dtujukan oleh penulis.
5.0    Rujukan.
Penulis menggunakan bentuk rujuk berdasrkan sisitem APA.
6.0    Kekuatan dan Kelemahan
Dalam jurnal ini penulis membinvangkan isu ICT dalam pendidikan dalam konteks pelaksanaan di SM Teknik Dan Vokasional , sikap guru, cabaran dan halangan dengan bersandarkan hasil kajian orang lain. Hujah-hujah dalam perbincangan adalah pendapat pengkaji lain berdasarkan bahan rujukan yang disenaraikan. Tiada teori yang digunakan untuk perbangdingan dari segi amalan dalam pendidikan. Itulah sahaja kekuatan penulis.
Namun begitu kajian yang dilaporkan oleh penulis mempunyai kelemahan yang boleh dibaikki. Penulis dan rakan sepetutnya menyediakan instrument supaya dapat mengumpul data-data hasil kajian yang boleh dijadikan sebagai bahan bukti. Dalam kajian ini penulis tidak menyatakan bilangan SM Teknik dan Vokasional yang dijadikan lapangan untuk kajian, tidak dinyatakan juga bilangan responden yang terlibat. Kajian ini berbentuk kulitatif dan penulisan secara naratif tidak spesifik dari segi kutipan data.

Sunday, April 15, 2012

~Tips Menghafaz Al-Quran bagi bkn Aliran Tahfiz~

Satu hari sebelum tidur – aku terbaca satu kisah bagaimana hendak menghafal Al Quran dan dengan cara yang demikian dapat membina hubungan yang intim dengan Allah swt

Kisah ini berkisar pada seorang hamba Allah bernama Ahmad – seorang pelajar kejuruteraan yang telah menghafal Al-Quran dalam masa pengajiannya sebagai seorang jurutera. Beliau mengikuti dengan tekun teknik yang telah dipelajari dari seorang syeikh dari Algeria, Shaykh Zakariya al-Siddiqi yang sedang bertugas di Institute of Human Science di Perancis. Shaykh Zakaria telah menjadi hafiz pada umur 9 tahun dan mengorbankan masanya untuk mempelajari dan mengajarkan isi kandungan Al Quran. Beliau telah menceritakan kisah Ahmad ini (nama samaran).


Tip 1 – Bangun awal


Ahmad akan bangun lebih awal dari rakan-rakannya. Beliau akan beristiqamah ke masjid pada setiap waktu fajr. Apabila balik dari rumah – beliau tidak menghabiskan masa dengan TV atau internet tetapi akan menghabiskan beberapa minit setiap hari dengan menghafal ayat-ayat Al Quran.


Tip 2 – Setiap hari cuba menghafal kurang dari apa yang anda rasa anda mampu buat


Ahmad membuat satu azam untuk menghafal keseluruhan Al-Quran. Beliau tidak mengikuti jejak langkah rakan-rakannya yang cuba menghafal satu atau dua muka surat dan akhirnya berhenti kerana tidak mampu. Ahmad akan menumpukan kepada 5 baris sehari. Ini memakan masa 20 – 30 minit sehari

.

Tip 3 – Biasa-biasakan dahulu


Untuk membiasakan diri dengan 5 barisan ayat-ayat Al-Quran, beliau akan menulis lima barisan ayat tersebut di atas sekeping kertas. Kemudian beliau akan mengulangi membacanya dan cuba menghafalnya.


Tip 4 – Simpan ayat-ayat tersebut dekat dengan anda


Ahmad akan mencari masa-masa terluang – di sana sini untuk menghafal ayat yang telah ditulis tadi …kekadang semasa menunggu bas, semasa menunggu pensyarah masuk ke kelas. Kertas yang ditulis akan sentiasa berada di koceknya dan akan dirujuk jika hafalannya tersangkut


Tip 5 – Guna apa yang dihafal dalam setiap solat


Bagi memantapkan hafalan – setiap waktu sembahyangnya – beliau akan membaca ayat yang dihafal pada hari tersebut. Dalam setiap rakaat beliau, dia akan menggilirkan pembacaan 5 barisan yang dihafal pada hari tersebut dan hari sebelumnya.


Tip 6 – Pastikan Matlamat sentiasa berada di depan anda


Bagi rusham Uthmani ada 15 barisan satu muka. Maka pada setiap hujung minggu, Ahmad bukan sahaja telah menghafal 2 muka surat Al Quran malahan berjaya menulis keseluruhan 2 muka surat.


Tip 7 – Perbaiki tajweed anda


Pada hujung minggu biasanya Ahmad akan menziarahi guru Quran yang mahir dalam pembacaan. Ahmad akan minta gurunya mendengar bacaan dua muka surat yang telah dihafalnya. Dengan ini beliau menjadi yakin dengan pembacaan dan tajweed hafalannya.

Seperkara lagi – ada satu lagi rahsia kejayaan Ahmad.


Rahsia dalaman bagi kejayaan dalam penghafalan


Seminggu sekali (biasanya pada hari Jumaat malam sabtu), Ahmad akan bangun malam untuk bertahajjud. Dalam tahajjudnya, beliau akan membaca keseluruhan dua muka surat yang telah dihafalnya.

Pada ketika ini Shaykh menyatakan berkemungkinan salah satu sebab tidak ramai yang bangun malam untuk bertahajjud ialah kerana mereka tidak ada ayat baru untuk dibaca.

Kita tahu terlalu sedikit ayat-ayat Al Quran sehingga tidak ada kenikmatan dalam bangun tahajjud…kekadangkala merasakan sembahyang wajib satu beban bukan satu nikmat.


Natijahnya


Bayangkan kegembiraan dan perasaan Ahmad apabila setelah 3 bulan dapat menghafal 1 juzuk Al Quran.

Apa yang beliau dapat bukan sahaja perasaan kejayaan dan kekuatan yang diperolehi dari Al Quran tetapi satu perasaan hubungan dalaman yang cukup hebat dengan Allah swt dan perasaan ini dirasai setiap hari yang dilaluinya.

Bayangkan betapa bangganya beliau apabila pada hari Penganugerahan Sarjana Mudanya, bukan sahaja Ahmad mendapat Pangkat Pertama dalam bidang kejuruteraan (dapat tempat ketiga dalam kelas) tetapi secara rasminya telah menghafal keseluruhan Al Quran…. Dia menjadi seorang hafiz.

Shaykh Zakariya menyatakan satu pengajaran yang cukup hebat dalam kes Ahmad:

Kejayaan terbesar bagi Ahmad bukan kerana beliau telah menghafal keseluruhan Al-Quran tetapi kerana telah terjalin satu hubungan yang amat intim dengan Al-Quran bagi setiap hari hidupnya selama 5 tahun.

Seterusnya hubungannya dengan Allah telah membuat Ahmad seorang yang sungguh istimewa. Keintiman perasaan dengan Pencipta telah menjadikan kehidupannya penuh makna dan membuat dia istiqamah dengan usahanya sedikit demi sedikit agar dapat menghafal keseluruhan Al Quran.

One can only imagine what happened to Ahmed’s levels of personal fulfilment, Iman and taqwa, as he went back every single day to develop this ritual of ihsan (spiritual excellence). Each day he woke up for Fajr and wrote out another 5 lines of Quran, his self-esteem and self-confidence soared…


“Can the reward for excellence be anything other than excellence?” Surah Rahman (55: 60)


sumber asal: http://

http://pas-sembrong-bangkit.blogspot.com/2012/03/tips-hafal-al-quran-bagi-yang-bukan.html

Tuesday, April 3, 2012

~Perbualan Seorang Bayi Sebelum Kelahirannya..~

Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

* Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”

Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

* Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”

Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

* Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

* Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

* Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

* Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

* Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”

Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat.”

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu.

Sunday, April 1, 2012

Berpantang????

Bismillahirrahmanirrahim...

Pada hari ape ntah , alhamdulillah rezekiku dapat surat panggilan temuduga..Nasib baik dekat je...aku dapat 2 tawaran temuduga pada hari yg sama tp utk jawatan yg berbeza..syukur alhamdulillah 1 sesi pg n 1 lg sesi adalah pd waktu ptg..

Waktu hari temuduga tu merupakan hari ke-26 aku berpantang..huhu..namun ku gagahkan jua untuk pegi interbiu..cuma yg menjadi sedikit mencabar adalah aku perlu mencari org yg hendak menjaga Fayyadh...Alhamdulillah mak andak dapat meluangkan masa untuk menjaga Fayyadh..Memandangkan Fayyadh Ayyash menyusu jd aku perlu bekalkan susu ..

Pagi Khamis tu, ayahku menghantar Fayyadh ke rumah mak andak..aku mengajar mak andak bagaimana hendak handle susu perahan..susu perahan tidak banyak cuma 6 oz sahaja..risau juga aku takut tidak cukup hingga tgh hari..

Selepas menghantar Fayyadh Ayyash, kami pun menuju ke tempat temuduga..masyaAllah sungguh ramai org..almaklumlah sekarang ni berlambak lepasan graduan yg masih tidak mendapat pekerjaan..tp jawatan ni hanyalah memerlukan kelulusan SPM sahaja..aku ikhtiarkan jua pergi interbiu..mane tahu ade rezeki anak dpt kerja tetap..xkisahlah kelulusan pepun..yg penting mencari rezeki yg halal..betul x? betul3..=p

Disebabkan berkejar2 nak g awal n menghantar anakku, aku tidak sempat mengisi perutku..org berpantang xboleh perut kosong tau..huhu..sampai ke tempat temuduga, aku trus ke kaunter pendaftaran..yg mereka ni pun 1, spatutnye sape dtg awal, dialah yg diinterbiu dulu tp x, diorg ikut nombor siri yg tertera pd surat..giliranku adalah yg ke-37 plak tu..huhu..ok fine..diorg interbiu 4 org sekali..mungkin cptlahkan tiba giliranku...tunggu punyelah tunggu sampailah tgh hari masih blum tiba giliranku..nasib baik mase kul 10 lbh tu, aku n sorang member( baru knal kt ctu) g sarapan jap sementara panel pun mkn pagi gak..huhu..

Sementara tu, hatiku xkeruan =p memikirkan keadaan anak yg ditinggalkan..aku call mak andak bertanyakan kabar anakku..risau susu xcukup n dia xpandai minum susu guna botol..tp ada gak aku ajar Fayyadh kdg2 sbb nanti bila dah keje senang..alhamdulillah mak andak kate anakku ok..mula2 tu xpandai minum guna botol tp lame2 ok...alhamdulillah....bijak anak ummi ni..^^..fuh, lega!!!!

Masa terus berlalu...kami yg xdiinterbiu lg ni trus menunggu & menunggu..lame betul diorg interbiu untuk setiap group yg dipanggil..ingatkan kalau masuk ramai2 cptlahkan..tp x..huhu..aku dah mula xtenang kerana memikirkan bekalan susu untuk anakku yg xbyk..sian baby lapar...dlm pukul 1, aku call lg mak andak..mak andak ckp susu dah tinggal sikit..huhu..lglah hatiku xkeruan sekali lg...kalau tahu lambat camni, aku balik dulu..haha...Dalam kul 2 akhirnya baru sampai turnku..bygkanlah dr kul 8.30am, kul 2 baru turn sampai..calon2 untuk sesi ptg sudah mula kelihatan dah..tertekan juga aku..hehe..

Time aku, 7 org sekali masuk..kami adalah 7 org terakhir utk sesi pg..huhu..Ketika diinterbiu, macam biasa mereka suruh perkenalkan diri n nyatakan pekerjaan terkini...ringan je mulutku mengatakan bahawa aku sebenarnya sedang dalam berpantang..penemuduga sume terkejut..mereka kagum kerana aku tetap dtg walaupun sedang berpantang..yelah, nak dpt kerja tetapkan..mereka ckpla, insyaAllah ade rezeki anak nanti..amin..insyaAllah..moga Allah lembutkan hati mereka untuk mengambilku bekerja...amin...

Ok, habis untuk sesi pg.. aku meminta kebenaran kepada urusetia untuk dtg lewat untuk sesi ptg..mujur mereka memahami...alhamdulillah...ok, skrg aku memikirkan cara yg terbaik untuk sesi ptg..mula2 kna ambil anak dulu..risau anak lapar..then aku call suami..suami pula masih di sekolah...so, minta tlg mami hantarkan anak ke tempat temuduga, sementara suruh suami pula dtg trus ke tempat temuduga untuk jaga anak masa aku diinterbiu nanti..huhu..alhamdulillah mami n suami dtg hampir masa yg sama...then, memandangkan aku dah minta kebenaran utk dtg lewat, kami pun pulang dahulu ke rumah untuk makan n merehatkan diri...Sebab dah tahu nak tunggu turn interbiu lame, kul 5 baru aku gerak ke sana..haha..sampai2 alhamdulillah instinctku btul...xsampai turn lg...siap bawak baby lg p interbiu..=) babyku menjadi perhatianla kat sana..hehe..bkn ape, sbb bawak baby skali adalah kerana baby menyusu..alhamdulillah sesi interbiu ptg berjalan ngan lancar..tawakkal'alallah..mudah2an ada rezeki dapat kerja tetap..amin..

Hari Khamis tu, kiranya seharianla aku berada di Majlis Agama Islam Melaka...seronok gak pengalaman kali ini..anjakan paradigma sejak dah bergelar ibu..macam2 perkara kena adjust n difikirkan untuk kemaslahatan bersama..=)

Ya Allah, moga berikanlah pekerjaan yg terbaik untuk hambaMu ini..andai ini adalah pekerjaan yg terbaik untukku, ahli keluargaku , untuk dunia n akhiratku, Engkau permudahkanlah Ya Allah..amin...(^_^)



Friday, March 30, 2012

Kisah Seorang Pemuda, Seorang Sheikh dan Segelas Susu.

Seorang pemuda datang kepada seorang sheikh dan bertanya kepada sheikh itu: Aku seorang pemuda yg masih lagi muda dan keinginan-keinginanku tersangat banyak, dan aku tidak mampu untuk menghalang diriku dari melihat kepada manusia dan kepada wanita-wanita di pasar. Apakah yg patut aku lakukan?

Kemudian sheikh itu memberikan kepada pemuda itu ...segelas susu yg penuh sehingga ke bibir gelas dan memberikan pesanan kepadanya supaya dia sampaikan gelas itu kepada suatu tempat tertentu dengan melalui pasar itu tanpa air susu itu tertumpah sedikit pun.

Dan sheikh itu memanggil seorang daripada pelajarnya untuk menemaninya dalam perjalanan itu dan sheikh menyuruh pelajarnya itu memukul pemuda itu di hadapan orang ramai apabila tertumpahnya air susu itu.

Dan kemudiannya, pemuda itu sungguh dapat menghantar segelas susu itu ke tempat yg dikendaki tanpa tertumpahnya air susu itu.

Dan apabila sheikh itu bertanya kepada pemuda itu: Berapa banyakkah pemandangan dan berapa banyakkah wanita muda yg kamu lihat dalam perjalanan itu?

Pemuda itu menjawab: Wahai sheikhku, aku tidak pernah melihat mana-mana pemandangan yg indah, aku hanya takut dipukul atau dimalukan di hadapan orang ramai apabila tertumpahnya air susu itu.

Kemudian sheikh itu berkata: Dan demikianlah keadaannya orang yg beriman. Orang yg beriman takutkan Allah dan takutkan kehinaan pada hari kiamat apabila dia melakukan maksiat. Merekalah orang-orang yg beriman yg menjaga diri mereka dari melakukan maksiat. Merekalah orang-orang yg sentiasa menumpukan perhatian mereka pada "HARI KIAMAT".